15 September 2014

Yala dilanda kemarau


Yala: Pihak berkuasa wilayah selatan Thai ini meminta Kementerian Pertanian Thai melakukan pembenihan hujan di wilayah itu yang dilanda kemarau sejak enam bulan lalu.

Datuk Bandar Nakhon Yala, Pongsak Yingchoncharoen berkata, musim kemarau itu mennyebabkan lebih 16,200 penduduk, khususnya di kawasan majlis perbandaran, berdepan dengan masalah bekalan air.

Menurutnya, Yala amat memerlukan hujan bagi mengurangkan kesan kemarau itu memandangkan paras air di Sungai Pattani, sumber utama bekalan air, terlalu cetek.

Majlis perbandaran itu sebelum ini meminta pihak berkuasa empangan Bang Lan di Pattani membekalkan air mentah tetapi ditolak.

Empangan berkenaan hanya mempunyai baki 24 peratus bekalan air dan perlu membantu wilayah Pattani menangani masalah air masin.



Pihak berkuasa Yala berkata, ia memerlukan pembenihan hujan untuk membolehkan ia memperoleh bekalan air sementara menanti kedatangan musim monsun pada November dan Disember.

- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/15

No comments:

Post a Comment