13 May 2016

Pemimpin pemisah Thai meninggal


Pengerusi Majlis Syura Pattani, Awang Jabat (tengah) menghadiri

Pengerusi Majlis Syura Pattani, Awang Jabat (tengah) menghadiri sidang media selepas menyertai persidangan di Kuala Lumpur pada Ogos tahun lalu. AGENSI
BANGKOK 12 Mei – Tokoh penting kumpulan pemisah Islam di selatan Thailand, Masae U-seng dilaporkan meninggal dunia akibat batuk kering di sebuah hospital di Malaysia, baru-baru ini.
Satu sumber keselamatan berkata, Masae dari daerah Cho Airong, Narathiwat meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 30 April lalu dan jenazahnya turut dikebumikan di Malaysia.
Tentera Thailand, semalam mengesahkan kematian Masae yang merupakan seorang pemimpin kanan dalam sebuah daripada enam kumpulan pemisah Islam yang menganggotai Barisan Revolusi Nasional (BRN).
Masae pernah mengetuai sayap pemuda kumpulan pemisah dan menentang idea rundingan damai diadakan antara kerajaan Thailand dan Majlis Syura Pattani (Mara Pattani) di Kuala Lumpur.
Pada 2004, Masae didakwa atas tuduhan melakukan pemberon­takan dan terbabit dengan ke­giatan haram, selepas pasukan ke­selamatan menggeledah rumah­nya dan sekolah agama Samphan Witthaya, apabila mereka me­nemukan dokumen tentang teori tangga tujuh yang dipercayai pelan induk bagi pergerakan pemisah di selatan Thailand.
Bangkok Post melaporkan Masae dipercayai merupakan individu yang merancang pelan induk itu.
Kata sumber itu, kematian Masae tidak didedahkan lebih awal kerana bimbang anggota pemuda di bawah kepimpinannya menjadi kecewa.
Menurut sumber tersebut, Se­tiausaha Agung BRN, Abdulasis Salae, yang merupakan seorang bekas gu­ru menggantikan tempat Masae.
Abdulasis merupakan seorang daripada sembilan suspek yang ditahan di Thailand atas dakwaan melakukan pemberontakan dan terbabit dengan kegiatan haram.
Beliau kemudiannya diikat jamin dan masuk ke Malaysia.
Seorang lagi daripada sembilan suspek yang ditahan pihak berkuasa Thailand adalah Mazukri Hari, ketua Mara Patani yang mewa­kili kumpulan pemisah itu dalam rundingan damai dengan kerajaan Thailand yang tertangguh, baru-baru ini apabila Thailand enggan mencatatkan terma rujukan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pemimpin-pemisah-thai-meninggal-1.325415#sthash.L2f4onyA.dpuf

12 May 2016

Dua cedera dalam insiden letupan di stesen kereta api

bendera thailand

11 MEI 2016 BANGKOK - THAILAND. Satu letupan kecil yang berlaku di stesen kereta api Hualamphong yang sibuk di Bangkok tengah hari tadi menyebabkan dua lelaki cedera dan polis Thailand menolak ia berpunca daripada letupan bom.
Timbalan Ketua Polis Thailand Jen Pol Sriwara Rangsiphrammanakul berkata, letupan itu berlaku pada kira-kira 11.56 pagi (waktu Thailand) dan berpunca daripada serbuk yang belum dikenal pasti yang diisi dalam sebiji botol kecil dan diletupkan menggunakan puntung rokok.
"Ia (letupan) bukan berpunca daripada 'bom ping pong'," katanya kepada pemberita di Rumah Kerajaan hari ini, dan pada masa sama menolak politik sebagai punca insiden itu.
Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (NSC) yang dipengerusikan Perdana Menteri Jen Prayuth Chan-o-cha, di sini hari ini.
Media-media tempatan dalam laporan mereka mendakwa letupan itu berpunca daripada bahan letupan dikenali "Bom Ping Pong", bola ping pong yang diisi dengan serbuk letupan.
Sementara itu, Setiausaha Agung NSC Jen Thawip Netniyom berkata pihak berkuasa akan menjalankan ujian forensik untuk mengenal pasti punca letupan itu walaupun kejadian letupan itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
"Kami perlu mengumpulkan lebih banyak bukti untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku, walaupun letupan dirakam CCTV," katanya kepada pemberita.
Dua mangsa yang cedera dalam letupan itu dikenal pasti sebagai Thanong Maisao, 25, dan Lamai Aungamsap, 30. Mereka dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan.
Rakaman CCTV menunjukkan kedua-dua lelaki sedang merokok sebelum letupan itu berlaku.
Pegawai polis Thailand termasuk daripada unit Pemusnah Bahan Letupan (EOD) masih menjalankan pemeriksaan di kawasan letupan untuk mengumpul lebih banyak bukti bagi membantu siasatan mereka terhadap insiden itu.
Pada Ogos tahun lepas, bom meletup di kawasan tumpuan ramai Kuil Erawan di Rachaprasong, Bangkok, menyebabkan 20 orang maut termasuk beberapa rakyat Malaysia. - Bernama

10 May 2016

Thailand dilanda keganasan lagi

Anggota Unit Pemusnah Bom melakukan pemeriksaan di lokasi letupan

10 Mei 2016 12:21 AM Anggota Unit Pemusnah Bom melakukan pemeriksaan di lokasi letupan bom di Yala pada Mei tahun lalu. AGENsi
YALA 9 Mei - Keganasan terbaharu di selatan Thailand meragut nyawa seorang penduduk dan mencederakan lima orang lagi dalam tiga serangan berasingan di wilayah Yala, semalam.
Menurut portal Bangkok Post, serangan pertama berlaku di dae­rah Thanto apabila seorang penoreh getah ditembak mati dalam serangan hendap pada kira-kira pukul 4 petang ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah.
Mangsa dikenali sebagai Saensuk Wongsawat dan pihak polis turut menemukan 10 butir peluru raifal M16 di lokasi kejadian, menurut laporan itu.
Serangan kedua berlaku apabila sebutir bom yang ditanam di tepi lokasi kejadian diletupkan ketika pasukan penyelamat yang diiringi sepasukan polis dalam perjalanan membawa mayat Saensuk ke Hospital Thanto.
Letupan itu menyebabkan seorang anggota polis, Korporal Surachart Jaikla cedera dan kini dirawat di Hospital Yala.
Beberapa jam kemudian, dua butir bom buatan sendiri diletupkan di kawasan Ban Pathu, menyebabkan empat sukarelawan kampung cedera ketika mereka sedang melakukan rondaan di sekitar Jalan Rassadorn Samakkhi.
Siasatan polis mendapati, bom terbabit disembunyikan di dalam timbunan sampah sebelum dile­tupkan ketika pasukan peronda itu tiba di lokasi kejadian.
Empat mangsa yang cedera itu dikenali sebagai Waenuseng Purong, 46, Kariya Ake, 55, Mahamakri Yo, 41, dan Apinan Chaiseng, 27.
Semua mangsa dihantar ke Hospital Yaha untuk rawatan lanjut.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/thailand-dilanda-keganasan-lagi-1.321590#sthash.MgpQpxsr.dpuf

4 May 2016

Bangkok Teruskan Rundingan Dengan Kumpulan Militan Di Selatan Thai


Diterbitkan: Selasa, 3 Mei 2016 5:43 PM
Aksara Kerdphol

BANGKOK:  Bangkok akan terus berunding dengan kumpulan-kumpulan militan di selatan Thai dalam usaha mewujudkan keamanan yang berkekalan di wilayah itu walaupun kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan mengenai aspek utama rundingan semasa pertemuan di Kuala Lumpur minggu lepas.

Ketua panel rundingan kerajaan ke rundingan damai, Jen Aksara Kerdpholberkata, rundingan damai antara kerajaan dan kumpulan militan ialah satu-satunya opsyen bagi menangani masalah di selatan Thai.

"Setiap kali apabila saya kembali dari rundingan damai, Saya sentiasa melaporkan kepada Perdana Menteri (Jen Prayuth Chan-o-cha), yang memberitahu saya bahawa rundingan (damai) perlu diteruskan tetapi ia memerlukan masa."

"Jika kita tidak meneruskan rundingan (damai) (dengan militan), apakah penyelesaian masih ada untuk menangani masalah (di selatan Thai)," katanya kepada Bernama dalam temu bual menerusi telefon baru-baru ini.

Beliau menjawab cadangan oleh media tempatan di sini bahawa rundingan damai yang Malaysia bertindak sebagai fasilitator akan dihentikan selepas kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan mengenai Terma Rujukan (TOR) bagi rundingan damai.

Minggu lepas, wakil daripada kerajaan dan Mara Patani, sebuah kumpulan militan di selatan Thai, bertemu di Kuala Lumpur tetapi gagal mencapai apa-apa kemajuan dalam rundingan damai.

Menurut Aksara, kedua-dua pihak masih menghadapi percanggahan besar mengenai beberapa isu utama dalam rundingan damai dan perlu menyelesaikannya sebelum rundingan damai dapat mencapai kemajuan dalam peringkat seterusnya.

"Kami (kerajaan) mahukan keamanan dahulu, kemudian barulah persetujuan mengenai isu-isu berkaitan tetapi mereka (militan) mahu menandatangani (perjanjian) dahulu sebelum mencapai keamanan," katanya.

Aksara mengaku bahawa Mara Patani melahirkan rasa kesal terhadap keengganan kerajaan untuk memperakukan Terma Rujukan, tetapi mereka memahaminya.

Beliau berkata, kerajaan tidak bersetuju dengan Mara Patani mengenai keperluan untuk secara rasmi mengiktiraf kumpulan itu sebagai rakan dalam rundingan damai dan masih merujuk mereka sebagai "Pihak B."

Mengenai mesyuarat seterusnya dengan kumpulan militan, beliau berkata, tarikhnya belum diputuskan tetapi kedua-dua pihak perlu mempunyai agenda sebelum menetapkan temu janji bagi mesyuarat tersebut.-Bernama

2 May 2016

Rundingan selatan Thai masih gagal

Prayuth Chan-ocha

02 Mei 2016 1:12 AM BANGKOK 1 Mei – Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-o-cha menyuarakan kekecewaan terhadap rundingan damai di selatan Thailand yang masih gagal membuahkan hasil selain terpaksa mengatasi beberapa masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.
Menurut Prayut, rundingan damai itu sepatutnya menunjukkan kemajuan jika pihak terlibat bersetuju dengan cara pihak berkuasa Thailand menangani isu keganasan.
Menjawab kritikan media berhubung dakwaan kerajaan tidak mempunyai mesej jelas untuk menyelesaikan konflik selatan Thailand menerusi rundingan damai, Prayut berkata, kumpulan yang terlibat dalam serangan dan tembakan secara jelas melanggar undang-undang negara ini.
Selain itu, katanya, rundingan perlu diadakan di luar negara kerana kerajaan mematuhi undang-undang dan Perlembagaan negara ini.
“Kerajaan Thailand tidak terlibat dalam rundingan itu tetapi, kerajaan sebelum ini mahu berbincang menyebabkan kami perlu menyelesaikan masalah itu.
“Adakah masalah di selatan Thailand dapat ditamatkan menerusi rundingan itu?,” katanya seperti dilaporkan portal Bangkok Post.
Prayut berkata demikian selepas pertemuan antara wakil tentera Thailand dan kumpulan Majlis Syura Patani (Mara Patani) di Kuala Lumpur pada Rabu lalu gagal membuahkan sebarang hasil.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/rundingan-selatan-thai-masih-gagal-1.304603#sthash.rvb1Cl2M.dpuf