Menurut Prayut, rundingan damai itu sepatutnya menunjukkan kemajuan jika pihak terlibat bersetuju dengan cara pihak berkuasa Thailand menangani isu keganasan.
Menjawab kritikan media berhubung dakwaan kerajaan tidak mempunyai mesej jelas untuk menyelesaikan konflik selatan Thailand menerusi rundingan damai, Prayut berkata, kumpulan yang terlibat dalam serangan dan tembakan secara jelas melanggar undang-undang negara ini.
Selain itu, katanya, rundingan perlu diadakan di luar negara kerana kerajaan mematuhi undang-undang dan Perlembagaan negara ini.
“Kerajaan Thailand tidak terlibat dalam rundingan itu tetapi, kerajaan sebelum ini mahu berbincang menyebabkan kami perlu menyelesaikan masalah itu.
“Adakah masalah di selatan Thailand dapat ditamatkan menerusi rundingan itu?,” katanya seperti dilaporkan portal Bangkok Post.
Prayut berkata demikian selepas pertemuan antara wakil tentera Thailand dan kumpulan Majlis Syura Patani (Mara Patani) di Kuala Lumpur pada Rabu lalu gagal membuahkan sebarang hasil.