30 December 2014

TENTER HITAMTHAI BUNUH SESAMA SENDIRI


Hari ini 30/12/2014 jam 12:15 tghr. Tentera hitam Thai bunuh sesama sendiri dengan senapang jenis M16 di sebuah Kemp di Kampung Ban Khoh - Mukim Ban Nok - Daerah Penarik - Wilayah Patani. Didapati Seorang Tentera hitam mati di tempat kejadian dan seorang lagi (Pembunuh) di tangkap Polis.
Like 

29 December 2014

Yala, Pattani berjaga-jaga

Yala: Penduduk di Yala dan Pattani diberi amaran supaya bersiap sedia menghadapi banjir selanjutnya selepas pihak berkuasa melepaskan air dari empangan Bang Lang, di sini.
Timbalan gabenor Yala Sayan Intaraphak berkata, pihak berkuasa terpaksa melepaskan air berkenaan memandangkan paras air di situ sudah mencecah 114.81 meter sedangkan jumlah yang boleh ditakungnya ialah 115 meter.
Menurutnya, tindakan itu perlu dilakukan bagi memastikan ia boleh beroperasi.
Jurutera kanan empangan Nimuhammad Nuradin Wae berkata, 30 juta kubik meter air di empangan berkenaan dilepaskan bagi memastikan struktur empangan selamat.
Menurutnya, ia akan menjejaskan penduduk di tebing Sungai Pattani di Yala dan Pattani.
Air yang dilepaskan itu tiba di Yala tengah hari semalam sementara dijangka memasuki wilayah Pattani hari ini.
Usaha membantu penduduk melindungi kawasan ekonomi sudah dilancarkan.
Gabenor Pattani Weerapong Kaewsuwan berkata, air yang dilepaskan dari empangan Bang Lang akan menjejaskan penduduk di Muang, Yarang, Nong Chik dan Mae Lan.
Dia menasihatkan penduduk di kawasan rendah sepanjang tebing Sungai Pattani supaya berpindah dengan membawa barangan serta haiwan ternakan ke tempat tinggi.
Penduduk di Yala kelmarin lega apabila hujan berhenti, membolehkan paras banjir turun selepas beberapa kawasan di wilayah itu ditenggelami air selama beberapa hari hingga memusnahkan 37 kediaman, tiga hospital desa, 27 sekolah dan empat masjid.
Sementara itu, sekurang-kurangnya lapan terbunuh dan dua hilang.
Hujan lebat di empat wilayah paling selatan negara itu juga menjejaskan lebih 1,415 kampung, menurut kenyataan pegawai Jabatan Bantuan Bencana.
“Gabenor empat wilayah berasingan meminta bantuan kecemasan dan tentera sudah dikerah membantu,” kata jurucakap Markas Operasi Keselamatan Dalam Negeri Banphot Poonpien. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Disember 2014 @ 5:09 AM


AIR di empangan Bang Lang dilepaskan kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19512#sthash.xb8uiBqe.dpuf

28 December 2014

Misteri wangian yang hilang

http://denaihati.com/misteri-wangian-yang-hilang

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, membaca sajak nukilan Sasterawan Negara Datuk Usman Awang bertajuk “Wangian Yang Hilang Di Timur Jauh‘ pasti ramai yang masih tidak mengetahui misteri pemilihan tajuk tersebut. Tajuk tersebut tersangat indah dan sebenarnya menyimpan seribu rahsia yang masih belum terurai. Kisah ini selain pernah aku baca di beberapa blog juga Facebook tetapi sebenarnya sudah pernah diceritakan oleh beberapa Maulana bertahun-tahun dahulu. Mari kita baca sedikit dari kisah misteri yang terlalu panjang untuk dirungkai.
Bani Jawi adalah pengembara yang hebat membawa misi ke Semenanjung di hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emasatau “Golden Chersonese” dan kemudiannya dikenali sebagai Tanah Melayu. Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan dan mendukung Islam dengan sempurna. Telah lama Yahudi Illuminati mencari Bani Jawi atau ‘kaum yang hilang’. Tanah Jawi ialah gelaran kepada Tanah Melayu. Orang Jawi ialah gelaran orang Arab kepada orang Melayu. Tulisan Jawi ialah tulisan yang digunakan oleh orang Melayu. Masuk Jawi iaiatu berkhatan iaitu salah satu amalan yang diajar Nabi Ibrahim a.s dan menjadi amalan orang jawi zaman berzaman.
tahan Melayu Semenanjung Emas
Ketahuilah sesungguhnya terdapat satu kajian bahawa bangsa Melayu adalah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim a.s dari isteri ketiga yang bernama Siti Qaturah atau Keturah yang kisahnya banyak tertulis di kitab kuno Yahudi. Keturah bermaksud kemenyan atau pun wangi-wangian yang kadangkala digunakan dalam upacara ritual. Sebelum meninggal dunia Nabi Ibrahim AS telah mewasiatkan kepada anak anaknya untuk mencari sekeping tanah semenanjung di hujung dunia.
…sent them away from his son Isaac to the land of the east.” (Genesis 25:6 New International Version)
Kerana di sana nanti akan lahir dari keturunan ini satu Raja akhir zaman bernama Al Mahdi. Diceritakan juga Al Mahdi akan pulang semula ke tanah asal bersama kaumnya dan akan memusnahkan bangsa Yahudi. Wasiat ini dilaksanakan oleh anak-anak Nabi Ibrahim a.s dan kisah ini dicatit dalam kitab-kitab Yahudi. Sejarah berlalu zaman berzaman. Kisah ini juga diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat. 60 para sahabat mengembara ke Timur mencari Bani Jawi.
Akhirnya Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan. Bani Jawi terkenal dengan akhlak dan kelemah lembutan mereka kerana mereka berdarah bangsawan dan kesatria perang yang dihormati. Jawi atau Jiwi ikut bahasa sanskrit Ji=satu dan Wi=Tuhan, yakni maksudnya bangsa yang percaya kepada Satu Tuhan iaitu mentauhidkan Tuhan. Dimanakah negara di hujung dunia ini yang masih beramal dengan mempercayai adanya Tuhan yang satu? Wahai Bani Jawi, wahai keturunan kaum yang hilang. Rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam Kotak Tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, ’di penghujung dunia.’
Wallahualam.
Begitulah secebis kisah misteri satu bangsa yang masih belum terungkai tetapi dari kisah inilah asalnya tajuk indah sajak “Wangian yang hilang di Timur Jauh”. Mungkin ada pembaca yang sudah pernah membaca kisah misteri ini dan mungkin ada yang baru pertama kali.
“Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun peti Tabut itu di bawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu, jika kamu orang-orang yang beriman” – Surah Al Baqarah ayat 248
Begitulah kita usah nak mengenal bangsa sendiri masih ramai di antara kita yang tidak kenal susul galur atok nenek moyang dan keturunan sendiri dan lebih malang lagi ada di antara kita yang tidak kenal diri sendiri kerana dek sibuk dengan urusan seharian. Bila tidak kenal diri sendiri maknanya tidak kenal juga dengan Sang Pencipta yang mencipta diri kita ini. Sekarang Bangsa Melayu sibuk bergaduh sesama sendiri mungkin tujuan ALLAH untuk membersihkan dengan meninggalkan yang taat pada ALLAH untuk menjadi tentera dari Timur yang akan bersama Imam Mahadi.

Yala, Pattani berjaga-jaga

Yala: Penduduk di Yala dan Pattani diberi amaran supaya bersiap sedia menghadapi banjir selanjutnya selepas pihak berkuasa melepaskan air dari empangan Bang Lang, di sini.
Timbalan gabenor Yala Sayan Intaraphak berkata, pihak berkuasa terpaksa melepaskan air berkenaan memandangkan paras air di situ sudah mencecah 114.81 meter sedangkan jumlah yang boleh ditakungnya ialah 115 meter.
Menurutnya, tindakan itu perlu dilakukan bagi memastikan ia boleh beroperasi.
Jurutera kanan empangan Nimuhammad Nuradin Wae berkata, 30 juta kubik meter air di empangan berkenaan dilepaskan bagi memastikan struktur empangan selamat.
Menurutnya, ia akan menjejaskan penduduk di tebing Sungai Pattani di Yala dan Pattani.
Air yang dilepaskan itu tiba di Yala tengah hari semalam sementara dijangka memasuki wilayah Pattani hari ini.
Usaha membantu penduduk melindungi kawasan ekonomi sudah dilancarkan.
Gabenor Pattani Weerapong Kaewsuwan berkata, air yang dilepaskan dari empangan Bang Lang akan menjejaskan penduduk di Muang, Yarang, Nong Chik dan Mae Lan.
Dia menasihatkan penduduk di kawasan rendah sepanjang tebing Sungai Pattani supaya berpindah dengan membawa barangan serta haiwan ternakan ke tempat tinggi.
Penduduk di Yala kelmarin lega apabila hujan berhenti, membolehkan paras banjir turun selepas beberapa kawasan di wilayah itu ditenggelami air selama beberapa hari hingga memusnahkan 37 kediaman, tiga hospital desa, 27 sekolah dan empat masjid.
Sementara itu, sekurang-kurangnya lapan terbunuh dan dua hilang.
Hujan lebat di empat wilayah paling selatan negara itu juga menjejaskan lebih 1,415 kampung, menurut kenyataan pegawai Jabatan Bantuan Bencana.
“Gabenor empat wilayah berasingan meminta bantuan kecemasan dan tentera sudah dikerah membantu,” kata jurucakap Markas Operasi Keselamatan Dalam Negeri Banphot Poonpien. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Disember 2014 @ 5:09 AM


AIR di empangan Bang Lang dilepaskan kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19512#sthash.zygENCK5.dpuf

27 December 2014

Banjir makin surut di Yala

Yala: Banjir di wilayah selatan Thai ini dilapor semakin surut dengan hanya dua daerah saja masih ditenggelami air, semalam.
Menurut pihak berkuasa, sebelum ini bah menjejaskan kekehidupan 97,000 penduduk di lapan daerah dan memaksa 40 sekolah di seluruh Yala ditutup.
Tiga orang terbunuh dalam bencana itu yang bermula 17 Disember lalu sementara dua lagi cedera.
Banjir yang berpunca daripada hujan lebat itu turut memusnahkan 37 rumah, tiga hospital desa, 27 sekolah, empat masjid dan 20 kilometer persegi tanah pertanian.
Menurut Jabatan Meteorologi angin tekanan tinggi dari China semakin lemah menyebabkan monsun timur laut kurang membawa hujan ke kawasan selatan negara itu.
Ia memberi amaran, suhu tekanan tinggi akan mempengaruhi cuaca di kawasan itu bermula esok hingga Rabu depan, dan kemungkinan menyebabkan selatan Thai dilanda hujan lebat sekali lagi.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Chan-o-cha melawat mangsa banjir di daerah Tak Bai, Narathiwat, semalam. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Disember 2014 @ 9:41 PM


PENDUDUK di satu kawasan di Pattani berpindah ke tempat lebih selamat selepas kediaman mereka tenggelam akibat banjir.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/19351#sthash.vXzU0BeP.dpuf

Banjir di wilayah Yala semakin surut


mangsa banjir mengambil barangan bantuan yang diagih-agihkan kepada
mangsa banjir mengambil barangan bantuan yang diagih-agihkan kepada mereka di sebuah masjid yang dilanda banjir di wilayah Pattani pada 22 Disember lalu. – REUTERS
BANGKOK 26 Dis. – Banjir di wilayah Yala semakin surut selepas cuaca bertambah baik, hari ini.
Portal berita Bangkok Post me­laporkan hanya dua daerah di Yala iaitu Muang Yala dan Raman dilaporkan masih mengalami banjir berbanding lapan daerah sebelum ini.
Wilayah Yala dilanda banjir dan tanah runtuh sejak 17 Disember lalu, menyaksikan tiga orang maut, dua orang cedera dan 37 buah rumah, tiga hospital komuniti, 27 buah sekolah, empat buah masjid dan 20 kilometer tanah pertanian rosak.
Bencana alam tersebut turut menyebabkan 97,000 orang dipindahkan dan 40 buah sekolah terpaksa ditutup di wilayah itu.
Jabatan Meteorologi melaporkan zon tekanan tinggi dari China semakin lemah menyebabkan monsun timur laut tidak akan membawa hujan lebat ke hemisfera selatan.
Bagaimanapun, jabatan itu memberi amaran satu lagi zon tekanan tinggi akan mempengaruhi rantau ini bermula Ahad ini sehingga minggu depan yang akan me­nyaksikan hujan lebat berterusan.
Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha, hari ini melawat mangsa banjir di daerah Tak Bai, wilayah Narathiwat.
Sementara itu, di Colombo, Sri Lanka kejadian banjir lumpur meng­akibatkan seramai 14 maut dan 80,000 mangsa terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/banjir-di-wilayah-yala-semakin-surut-1.41344#sthash.RAuS7REj.dpuf

23 December 2014

Banjir di Narathiwat dijangka berlarutan

Seorang lelaki mendayung sampan selepas rumahnya di daerah Narathiwat
Seorang lelaki mendayung sampan selepas rumahnya di daerah Narathiwat ditenggelami air. - AGENSI
NARATHIWAT 23 Dis. – Gabenor Narathiwat semalam mendakwa, kejadian banjir yang berlaku di wilayah ini dijangka akan berlarutan sehingga ke Januari tahun depan.
Laman web Phuket Gazette memetik kenyataan Gabenor Natthaphong Sirichana sebagai berkata, berdasarkan laporan biro kaji cuaca, hujan lebat yang akan turun secara berterusan hari ini serta esok bakal menyebabkan kejadian banjir kilat di seluruh wilayah Narathiwat.
Banjir di wilayah berkenaan terjadi disebabkan oleh larian air deras dari kawasan pergunungan Sankalakhiri yang dilanda hujan lebat selama empat hari berturut-turut.
Limpahan air Sungai Golok juga turut mengakibatkan kira-kira 300 buah rumah yang terletak di sepanjang sungai berkenaan termasuk berhampiran kawasan pertanian di Daerah Sukhirin, Waeng dan Sungai Golok ditenggelami air setinggi dua meter.
Minggu lalu, berpuluh-puluh daerah di negara ini mengisytiharkan kawasan mereka sebagai zon banjir, dengan 115,853 orang penduduk dari 30,624 isi rumah dilaporkan terjejas.
Sementara itu, 12 buah rumah hancur musnah dengan 55 lagi rosak, manakala 115 buah sekolah telah diarahkan tutup dengan 79 batang jalan raya tidak boleh dilalui.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/banjir-di-narathiwat-dijangka-berlarutan-1.39698#sthash.77dYZWj6.dpuf

22 December 2014

Helikopter tentera Thai terhempas, 4 cedera



21 Disember 2014



YALA - THAILAND. Sebuah helikopter tentera yang meninjau keadaan banjir di Yala, selatan Thailand, terhempas menyebabkan empat orang cedera.  

 

Helikopter, model Bell 206, dari Task Force Yala yang membawa empat anggota tentera terhempas dalam kebun getah di kampong Poyak, Mukim Lamai, daerah Muang Yala pada jam 1.30 petang tadi ketika dalam perjalanan pulang dari meninjau suasana banjir di wilayah tersebut.

 

Menurut juruterbang yang cedera (enggan nama didedahkan), helikopter tersebut terbang dari Kem Sirinthon di daerah Yarang, Pattani, pada jam 1 petang dan terhempas setengah jam kemudian ditiup angin kencang.

 

Seorang saksi yang enggan disebut nama berkata, helikopter itu terbang rendah dan hampir melanggar pokok getah sebelum merempuh pokok kelapa.

 

Juga di wilayah Yala, mayat seorang guru lelaki yang dikenali sebagai Cikgu Abdullah Yakub, 33 tahun, yang dilapor hilang pada 18 Disember lalu ditemui di pintu Empangan Pattani pagi tadi.

 

Beliau dipercayai jatuh ke dalam sungai Pattani semasa menunggang motosikal. Motosikalnya dijumpai di tepi Sungai Pattani.



Sejak berlaku banjir buruk 15 Disember lepas, sudah enam orang maut termasuk dua kanak-kanak. Tiga lagi cedera akibat tanah runtuh.

 

Di wilayah Pattani sudah masuk hari ketiga penduduk di tujuh daerah menjadi mangsa banjir yang melibatkan 18,824 orang di 35 mukim dan 130 buah kampung.

 

Pejabat Pencegahan Bencana dan Penyelamat Wilayah Pattani berkata, hujan lebat dan jumlah air dari bahagian utara Sungai Pattani dan Sungai Saiburi yang melalui tujuh daerah tersebut untuk mengalir ke laut menyebabkan kawasan terbabit ditenggelami air.

 

Sementara itu, di Narathiwat mayat seorang tentera laut, Sarjan Channarong Malichuen yang hilang di pukul arus deras tiga hari lepas ketika naik perahu membantu penduduk di Sungai Golok ditemui mati lemas sejauh enam kilometer dari tempat kejadian pada kira-kira jam 4 petang semalam.

 

Ketua Polis Daerah Sungai Golok Kol. Weasamae Saleh berkata, mayat mangsa dijumpa oleh penduduk Kampong Muba, Mukim Pasir Mas, Daerah Sungai Golok tersangkut di sebatang pokok. - Bernama

21 December 2014

Narathiwat 
diisytihar zon banjir

penduduk meredah banjir di tengah bandar Narathiwat yang teruk
penduduk meredah banjir di tengah bandar Narathiwat yang teruk dilanda banjir di selatan Thailand, kelmarin. – AFP
BANGKOK 20 Dis. – Banjir di selatan Thailand semkain buruk selepas kesemua 13 daerah di Narathiwat diisytiharkan sebagai zon bencana banjir, semalam.
Portal Bangkok Post melaporkan, paras banjir di daerah Rangae, Cho Airong, Si Sakhon dan Rueso dilaporkan terus mencatat peningkatan hingga memaksa 80 buah sekolah di kawasan itu terpaksa ditutup.
Pihak tentera bertindak menggunakan bot bagi memindahkan penduduk dari kawasan terjejas dengan banjir.
Di kawasan perbandaran Tha Thong di daerah Rama dekat Yala, Sungai Sai Buri mula melimpahi tebing dan menenggelami Balai Polis Tha Thong dan lebih 50 buah rumah di kawasan tersebut.
Dalam perkembangan berasingan, sebuah kapal tangki minyak kelapa sawit Indonesia yang tersadau selepas dihanyutkan laut di Narathiwat pada bulan lalu mula mengalami kebocoran minyak enjin.
Minyak dari kapal tangki Sricadi 151 itu mula sampai ke pantai Narathat, semalam selepas mengalami kebocoran akibat terkena batu di pantai daerah Muang, Narathiwat.
Usaha menyelamatkan kapal itu sejak tiga hari lalu gagal ekoran angin kencang dan ombak kuat.
Kapal itu dirampas pihak berkuasa Thailand di luar Narathiwat pada 27 November lalu dengan lapan krew kapal yang dilaporkan merampasnya di Indonesia, ditahan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/narathiwat-8232-diisytihar-zon-banjir-1.39096#sthash.QJ7mjNrO.dpuf

20 December 2014

Banjir Narathiwat paling buruk dalam 9 tahun


19 Disember 2014

bendera thailand
Bendera Thailand



NARATHIWAT - THAILAND. Gabenor Wilayah Narathiwat, Natapong Sirichana mengisytihar kesemua 13 daerah di Narathiwat sebagai kawasan kecemasan bencana alam setelah mengalami banjir paling buruk dalam tempoh sembilan tahun.

Setakat ini tiga orang mati lemas manakala seorang anggota tentera hilang dipercayai dibawa arus deras.

Sebanyak 12 rumah musnah dan 115 sekolah ditutup serta lapan kawasan jalan raya dilanda tanah runtuh, kata Natapong ketika mengisytihar wilayah itu sebagai kawasan bencana alam.

Terdapat 335 kampung di 76 mukim di 13 daerah dalam wilayah Narathiwat. Natapong berkata jumlah penduduk yang terlibat dengan banjir ialah 115,853 orang  melibatkan 30,624 keluarga.

Seorang kanak-kanak lelaki, Sulaiman Yusuf, 14, dilapor mati lemas di Sungai Golok.

Dia yang tinggal di kawasan Jarenket, Pekan Sungai Golok dihanyut arus deras ketika bermain air bersama rakan-rakannya, menurut pihak berkuasa.  

Semalam seorang anggota tentera hilang dibawa arus ketika membantu penduduk di Sungai Golok dan mayatnya belum lagi ditemui. - Bernama

Thai tanggung kos subsidi beras 680 bilion Bath


19 Disember 2014

 - Gambar Hiasan
- Gambar Hiasan

BANGKOK - THAILAND.  Thailand dijangka menanggung kerugian kira-kira 680 bilion Baht daripada program jaminan padi yang kini digantung yang dilaksanakan semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.
   
Angka itu adalah berdasarkan kepada pemeriksaan selama berbulan-bulan simpanan stok beras di rumah gudang kerajaan, kata Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan-ocha, di sini, hari ini.
   
Simpanan stok berjumlah 17.8 juta tan metrik ini terdiri daripada 2.35 juta tan metrik beras berkualiti baik dan 14.4 juta tan metrik beras standard rendah tetapi boleh dijual. 

Sebanyak 694,000 tan metrik lagi adalah beras tidak berkualiti dan dianggap sebagai beras tidak elok, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Dasar dan Pengurusan Beras di Pejabat Kerajaan di sini, hari ini.
   
"Kami akan menjual keseluruhan gudang beras sekiranya ia berkualiti baik tetapi kami akan menjual pada masa yang sesuai agar tidak memberi tekanan kepada harga tanaman baharu," katanya.
   
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengeksport Beras Thailand, Charoen Laothamatas berkata Thailand akan menjadi pengeksport utama beras tahun ini dengan jangkaan eksport 10.5-10.6 juta tan metrik.
   
Tahun depan, Thailand juga dijangka mengeksport jumlah yang lebih kurang sama, katanya, sambil menggesa petani mengurangkan kawasan tanaman luar musim bagi membantu mengurangkan simpanan stok.
   
"Eksport beras kita tahun ini dijangka yang paling tinggi, memecah rekod 10.3 juta tan metrik beberapa tahun lalu," katanya sambil menambah eksport semasa tempoh skim jaminan padi hanya kira-kira 6.5 juta tan metrik.  - Bernama

Korban pertama banjir di selatan Thai

Sebahagian penduduk berjalan melalui air banjir selepas hujan
Sebahagian penduduk berjalan melalui air banjir selepas hujan lebat melanda kawasan penempatan mereka di wilayah Narathiwat, kelmarin. - AFP
NARATHIWAT 19 Dis. – Banjir buruk di sempadan Thailand dan Malaysia hari ini telah meragut korban pertama seorang kanak-kanak, manakala dua orang penduduk lagi dilaporkan hilang.
Hujan lebat sejak beberapa hari lalu turut menenggelamkan berpuluh-puluh buah kampung, selain pintu sempadan Thai-Malaysia di Sungai Golok masih ditutup.
Laman web Bangkok Post melaporkan, seorang kanak-kanak berusia 7 tahun dikenali sebagai Suhaila Ngajoo mati selepas tanah runtuh melanda rumahnya di wilayah Yala pada kira-kira pukul 2 petang waktu tempatan (3 petang waktu Malaysia).
Ahli keluarga mangsa dilaporkan turut mengalami kecederaan, namun maklumat lanjut mengenai keadaan mereka tidak didedahkan.
Hujan lebat yang bermula sejak 13 Disember lalu mengakibatkan 41 buah kampung di wilayah Yala tenggelam, termasuk kampung Krong Pinang, Muang Yala dan Yaha.
Gabenor Narathiwat, Natthapong Sirichana berkata, 13 buah kampung di daerah Waeng serta Sukhirin dilabelkan sebagai zon banjir dan kesemua penduduk di kawasan berkenaan diarah berpindah ke pusat penempatan sementara.
“Sebanyak sembilan buah sekolah di Waeng dan Sukhirin turut diarahkan tutup selepas paras air mencecah 1.5 hingga 2 meter. Banjir banyak berlaku di kawasan yang rendah,’ jelas Natthapong.
Sementara itu, hujan dilaporkan berlaku sepanjang malam di wilayah Phatthalung, kelmarin mengakibatkan kemusnahan tanaman pokok getah, bunga orkid, padi dan sayur-sayuran.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/korban-pertama-banjir-di-selatan-thai-1.38599#sthash.wJo1bvnK.dpuf

19 December 2014

Ekstradisi rakyat dakwa hina raja

Bangkok: Kerajaan Thai mengadakan kerjasama dengan pegawai negara asing untuk mengekstradisi rakyat negara itu yang dituduh menghina raja dan melakukan kesalahan lain.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan Prawit Wongsuwan berkata, semalam, antara mereka yang diharap dapat diesktradisi ialah bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra.
“Kita perlu menjejaki mereka. Kerajaan akan mengambil langkah untuk membawa mereka pulang untuk dibicarakan di Thailand.
“Kita akan bekerjasama dengan negara terbabit supaya mereka yang kini menetap di luar negara selepas melarikan diri daripada undang-undang Thai akan diekstradisi,” kata Prawit.
Dia bagaimanapun mengaku berdepan dengan kesukaran kerana menghina raja tidak dianggap jenayah di negara tempat tertuduh menetap.
Prawit juga berkata, dia tidak tahu jumlah sebenar pesalah, tetapi menyebut, bilangannya ramai.
Selain itu, katanya, kerajaan juga berusaha membawa pulang pelarian politik yang dikehendaki di tanah air atas tuduhan salah guna kuasa. Mereka termasuk Thaksin, katanya.
“Pihak bertanggungjawab sudahpun melakukan tugas mereka dan memastikan semuanya selaras dengan undang-undang,” kata Prawit.
Dalam pada itu, panglima tentera Jeneral Udomdej Sitabutr yang juga timbalan menteri pertahanan menafikan kerajaan menggunakan undang-undang menghina raja untuk menahan musuh politik. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Disember 2014 @ 5:14 AM


Thaksin
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/17393#sthash.Ne7WN2W8.dpuf

Cadang lucut Parlimen Thai


19 Disember 2014


BANGKOK - THAILAND. Sebuah majlis tentera yang dilantik di Thailand mencadangkan pelucutan kuasa Parlimen negara yang sebelum ini berfungsi untuk memilih Perdana Menteri dan barisan Kabinet baharu.

Majlis Reformasi Kebangsaan mengusulkan cadangan sebagai sebuah badan yang dilantik kerajaan junta, mencadangkan bahawa pegawai eksekutif atasan akan dipilih melalui undian orang ramai secara langsung.

Seterusnya, cadangan tersebut akan diambil kira Jawatankuasa Penggubalan Perlembagaan negara yang juga ditubuhkan tentera untuk menggubal satu perlembagaan baharu berikutan rampasan kuasa 22 Mei lalu, menurut Press TV.

Bagaimanapun, parti politik utama di negara itu mencabar cadangan tersebut dengan alasan ia akan melemahkan semakan dan keseimbangan parlimen serta menggalakkan politik naungan.

16 December 2014

Dua wilayah selatan Thai ditenggelami banjir


SEBUAH kapal tangki milik syarikat Indonesia terdampar berhampiran
SEBUAH kapal tangki milik syarikat Indonesia terdampar berhampiran kawasan pantai di wilayah Narathiwat, selatan Thailand selepas dipukul ombak kuat, semalam. – AFP
BANGKOK 15 Dis. – Beberapa kawasan di dua wilayah di selatan Thailand ditenggelami air selepas hujan lebat tidak henti-henti sejak Sabtu lalu, mengakibatkan seorang penduduk dilaporkan hilang setakat ini.
Laporan portal berita Bangkok Post menyebut, lebih 200 buah rumah di tiga perkampungan di Chumphon di wilayah Phatthalung ditenggelami air sedalam satu hingga 1.3 meter.
Tambah laporan itu, sebatang jalan utama sejauh satu kilometer di Phetkasem turut ditenggelami air sedalam 80 sentimeter, sekali gus menyebabkan kesesakan lalu-lintas dan sepasukan askar dikerah untuk melancarkan laluan trafik.
Sementara itu, lebih 150 keluarga di enam kampung di Khuan Khanun dan Chamuang telah diarahkan berpindah ke kawasan yang lebih tinggi selepas paras air sungai berdekatan rumah mereka semakin meningkat.
Di wilayah Nakhon Si Thammarat, pasukan penyelamat masih bertungkus-lumus mencari seorang penduduk yang hilang akibat dihanyutkan arus banjir ketika mangsa memancing di sebuah terusan.
Daerah Phipun merupakan kawasan paling teruk terjejas akibat banjir dengan purata kedalaman air sehingga 50 sentimeter.
Pejabat Jabatan Meteorologi di timur wilayah selatan mengeluarkan amaran bahawa kawasan di Surat Thani dan Songkhla mungkin berdepan ancaman banjir memandangkan hujan lebat dijangka berterusan sehingga esok.
Pihak berkuasa turut memberi amaran kepada nelayan kecil di wilayah Trang agar tidak turun ke laut ekoran bahaya ombak yang mencapai tinggi sehingga dua meter.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/dua-wilayah-selatan-thai-ditenggelami-banjir-1.36887#sthash.1mnfZJFa.dpuf

13 December 2014

Malaysia cadang tubuh 
pejabat rundingan damai

pasukan polis Thai memeriksa mayat seorang wanita Islam yang dipercayai
Pasukan polis Thai memeriksa mayat seorang wanita Islam yang dipercayai ditembak mati oleh kumpulan pemisah di selatan Thailand di wilayah Narathiwat pada 4 Disember lalu. – AFP
BANGKOK 12 Dis. – Kerajaan Malaysia mencadangkan sebuah pejabat khas ditubuhkan bagi memudahkan proses rundingan damai antara kerajaan Thailand dan kumpulan pemisah, dengan harapan dapat menamatkan konflik pemberontakan di selatan Thailand.
Portal berita The Nation, yang memetik kenyataan sumber keselamatan Thailand melaporkan, usul berkenaan dikemukakan kepada ketua perunding kerajaan Thailand, Jeneral Aksara Kerdpol ketika beliau berkunjung ke Malaysia pada minggu ini untuk bertemu pasukan fasilitator daripada kerajaan Malaysia yang diketuai Datuk Seri Ahmad Zamzamin Hashim.
Menurut portal berkenaan, ke-dua-dua wakil berkenaan dipercayai membincangkan rangka kerja baharu untuk rundingan damai itu, di mana Malaysia mencadangkan agar pejabat baharu ditubuhkan di selatan Thailand bagi memudahkan rundingan berlangsung antara kedua-dua pihak terbabit.
Menurut laporan itu, penubuhan pejabat berkenaan dijangka dapat mempercepatkan proses melaksanakan perjanjian damai pada pertengahan tahun depan.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada Bangkok bersetuju dengan cadangan Malaysia itu atau tidak.
Satu lagi sumber kerajaan Thailand mengesahkan kunjungan Aksara ke Malaysia pada Isnin lalu, tetapi menjelaskan bahawa lawatan itu hanya sebagai sesi mengenali pasukan fasilitator Malaysia.
Jelas sumber berkenaan, syarat-syarat baharu yang dikemukakan untuk meneruskan rundingan damai akan menentukan kejayaan misi perbincangan dan peranan antara ketiga-tiga pihak iaitu Thailand, wakil orang tengah dari Malaysia dan kumpulan pemisah.
“Syarat kali ini menunjukkan skop yang lebih luas berbanding sebelum ini yang hanya menonjolkan peranan orang tengah (Malaysia).
“Banyak dasar telah diubah dan kita perlu mengemukakan syarat-syarat baharu termasuk perkara membabitkan pihak yang perlu menanggung kos sepanjang rundingan dijalankan,” kata sumber itu.
Kerajaan akan menamakan pasukan perunding yang baharu pada minggu depan, manakala kumpulan pemisah akan diminta menghantar wakil mereka bagi menghadiri rundingan berkenaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/malaysia-cadang-tubuh-8232-pejabat-rundingan-damai-1.35796#sthash.iEI47gCb.dpuf