Portal Bangkok Post melaporkan, paras banjir di daerah Rangae, Cho Airong, Si Sakhon dan Rueso dilaporkan terus mencatat peningkatan hingga memaksa 80 buah sekolah di kawasan itu terpaksa ditutup.
Pihak tentera bertindak menggunakan bot bagi memindahkan penduduk dari kawasan terjejas dengan banjir.
Di kawasan perbandaran Tha Thong di daerah Rama dekat Yala, Sungai Sai Buri mula melimpahi tebing dan menenggelami Balai Polis Tha Thong dan lebih 50 buah rumah di kawasan tersebut.
Dalam perkembangan berasingan, sebuah kapal tangki minyak kelapa sawit Indonesia yang tersadau selepas dihanyutkan laut di Narathiwat pada bulan lalu mula mengalami kebocoran minyak enjin.
Minyak dari kapal tangki Sricadi 151 itu mula sampai ke pantai Narathat, semalam selepas mengalami kebocoran akibat terkena batu di pantai daerah Muang, Narathiwat.
Usaha menyelamatkan kapal itu sejak tiga hari lalu gagal ekoran angin kencang dan ombak kuat.
Kapal itu dirampas pihak berkuasa Thailand di luar Narathiwat pada 27 November lalu dengan lapan krew kapal yang dilaporkan merampasnya di Indonesia, ditahan.