25 February 2015

Sembilan hakim tentukan nasib Yingluck

Bangkok: Mahkamah Agung semalam mencalonkan sembilan hakim untuk memutuskan nasib bekas perdana menteri, Yingluck Shinawatra dalam prosiding jenayah mengenai skim beras tajaan kerajaannya, kata sumber.
Pemilihan itu dibuat dalam sidang pleno membabitkan 170 hakim, diketuai Presiden Mahkamah Thailand, Direk Ingkhaninant.
Sebelum ini Mahkamah Agung menetapkan 19 Mac sebagai tarikh menentukan sama ada pendakwaan Pejabat Peguam Negara ke atas Yingluck diterima atau tidak.
Yingluck didakwa cuai dalam tugas dan menyalahgunakan kuasa ketika kerajaannya mengendalikan skim bantuan untuk petani Thai.
Melalui skim itu, petani yang menghadapi masalah kejatuhan harga beras dibantu, namun ia berakhir dengan kegagalan.
Negara dilaporkan mengalami kerugian bernilai lebih 500 juta baht (RM55.8 juta).
Sumber berkata, pemilihan dibuat melalui undi rahsia.
“Senarai calon hakim itu akan didedahkan dalam tempoh lima hari bagi membolehkan mereka membuat keputusan menerima atau menolak,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Februari 2015 @ 7:37 AM


YINGLUCK ketika memberi keterangan mengenai skim kontroversi kerajaannya di Parlimen Thailand pada Januari lalu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32931#sthash.ul6jMQvj.dpuf

22 February 2015

13 cedera, bom buatan sendiri meletup


NARATHIWAT - THAILAND . Sebutir bom buatan sendiri meletup di sini, hari ini menyebabkan 13 orang cedera dan tiga daripada mangsa dipercayai parah.

Kejadian bom kali ini berlaku pada pukul 1.04 tengah hari di hadapan sebuah kedai karaoke, Jalan Na Nakorn, Daerah Muang, Wilayah Narathiwat.
  
Menurut polis, saksi-saksi melihat beberapa orang lelaki meletak kenderaan dan motosikal yang dipasang bom kemudian beredar menaiki motosikal rakan mereka yang sedang menunggu.
  
Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Mejar Jeneral Pol Pattanawut Angkanawin berkata, bom buatan sendiri seberat 50 kg itu dipasang dalam sebuah kenderaan yang dicuri semasa satu kejadian tembak-menembak di Daerah Thepa pada 10 September tahun lepas.
  
Beliau berkata, kenderaan itu pernah digunakan dalam satu insiden menembak mati empat orang pegawai pentadbiran Mukim Khokpo, Pattani pada 11 September 2014, kata beliau.

Letupan hari ini menyebabkan kemusnahan atau kerosakan 20 premis perniagaan, kebanyakan adalah kedai karaoke, dan beberapa buah kereta dan motosikal
berhampiran turut terbakar.
  
Beliau berkata, sebutir lagi bom yang dipasang pada sebuah motosikal yang di diletak sejauh 200 meter dari tempat kejadian letupan dapat dimatikan pada pukul
1.55 tengah hari.
  
Manakala bom ketiga yang di lontar masuk ke dalam sebuah kedai makan 400 meter dari tempat kejadian pertama tidak meletup. - Bernama

21 February 2015

13 cedera letupan bom di Narathiwat


Sebanyak 13 orang cedera dan beberapa bangunan rosak teruk dalam kejadian letupan bom pada pukul 1.0
Sebanyak 13 orang cedera dan beberapa bangunan rosak teruk dalam kejadian letupan bom pada pukul 1.04 petang semalam berhampiran sebuah pusat hiburan di Jalan Na Nakorn, Narathiwat, Selatan Thailand. – AFP
NARATHIWAT 20 Feb. – Sebanyak 13 orang cedera dan beberapa bangunan mengalami kemusnahan teruk dalam kejadian letupan bom terbaru di sini, hari ini.
Menurut Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Jeneral Pattanawut Angkanawin, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.04 petang berhampiran sebuah pusat hiburan di Jalan Na Nakorn, di daerah Muang selepas bom buatan sendiri dipercayai seberat 50 kilogram itu diletupkan.
Saksi berkata, mereka melihat beberapa suspek meletakkan kenderaan yang mempunyai bom sebelum meninggalkan kawasan itu dengan menggunakan motosikal.
Letupan tersebut menyebabkan bangunan di sekitar kawasan itu mengalami kerosakan teruk.
Beberapa buah kenderaan yang diletakkan di kawasan berhampiran turut mengalami kerosakan berikutan kesan kebakaran.
Sementara itu, sebutir lagi bom meletup pada sebuah motosikal kira-kira 46 minit kemudian berhampiran Jalan Na Nakhon di Bang Nak.
Kejadian itu berlaku kira-kira 300 meter dari lokasi letupan pertama, bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan dalam letupan kedua itu. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/13-cedera-letupan-bom-di-narathiwat-1.61814#sthash.rCe8Lc90.dpuf

Letupan bom di Narathiwat sebabkan 13 cedera


NARATHIWAT 21 Feb. - Sebutir bom buatan sendiri meletup di sini, semalam menyebabkan 13 orang cedera dan tiga daripada mangsa dipercayai parah.
Kejadian bom kali ini berlaku pada pukul 1.04 tengah hari di hadapan sebuah kedai karaoke, Jalan Na Nakorn, Daerah Muang, Wilayah Narathiwat.
Menurut polis, saksi-saksi melihat beberapa orang lelaki meletak kenderaan dan motosikal yang dipasang bom kemudian beredar menaiki motosikal rakan mereka yang sedang menunggu.
Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Mej. Jen. Pol Pattanawut Angkanawin berkata, bom buatan sendiri seberat 50 kilogram itu dipasang dalam sebuah kenderaan yang dicuri semasa satu kejadian tembak-menembak di Daerah Thepa pada 10 September tahun lepas.
Beliau berkata, kenderaan itu pernah digunakan dalam satu insiden menembak mati empat orang pegawai pentadbiran Mukim Khokpo, Pattani pada 11 September 2014, kata beliau.
Letupan semalam menyebabkan kemusnahan atau kerosakan 20 premis perniagaan, kebanyakan adalah kedai karaoke, dan beberapa buah kereta dan motosikal berhampiran turut terbakar.
Beliau berkata sebutir lagi bom yang dipasang pada sebuah motosikal yang di diletak sejauh 200 meter dari tempat kejadian letupan dapat dimatikan pada pukul 1.55 tengah hari.
Manakala bom ketiga yang di lontar masuk ke dalam sebuah kedai makan 400 meter dari tempat kejadian pertama tidak meletup. - BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/letupan-bom-di-narathiwat-sebabkan-13-cedera-1.61665#sthash.xi90SWCr.dpuf

20 February 2015

13 Cedera Letupan Bom Di Narathiwat


Diterbitkan: Jumaat, 20 Februari 2015 9:01 PM

NARATHIWAT: Sebutir bom buatan sendiri meletup di sini, pada Jumaat menyebabkan 13 orang cedera dan tiga daripada mangsa dipercayai parah.

Kejadian bom kali ini berlaku pada pukul 1.04 tengah hari di hadapan sebuah kedai karaoke, Jalan Na Nakorn, Daerah Muang, Wilayah Narathiwat.

Menurut polis, saksi-saksi melihat beberapa orang lelaki meletak kenderaan dan motosikal yang dipasang bom kemudian beredar menaiki motosikal rakan mereka yang sedang menunggu.

Ketua Polis Wilayah Narathiwat Mej Jen Pol Pattanawut Angkanawin berkata  bom buatan sendiri seberat 50 kg itu dipasang dalam sebuah kenderaan yang dicuri semasa satu kejadian tembak-menembak di Daerah Thepa pada 10 September tahun lepas.
Pasukan bomba memadamkan kebakaran membabitkan sebuah kenderaan.
Beliau berkata kenderaan itu pernah digunakan dalam satu insiden menembak mati empat orang pegawai pentadbiran Mukim Khokpo, Pattani pada 11 September 2014, kata beliau.

Letupan hari ini menyebabkan kemusnahan atau kerosakan 20 premis perniagaan, kebanyakan adalah kedai karaoke, dan beberapa buah kereta dan motosikal berhampiran turut terbakar.

Beliau berkata sebutir lagi bom yang dipasang pada sebuah motosikal yang di diletak sejauh 200 meter dari tempat kejadian letupan dapat dimatikan pada pukul 1.55 tengah hari.

Manakala bom ketiga yang di lontar masuk ke dalam sebuah kedai makan 400 meter dari tempat kejadian pertama tidak meletup.

19 February 2015

Pendakwa fail tuduhan ke atas Yingluck susulan subsidi beras



Gambar fail menunjukkan bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra di Bangkok pada 29 September tahun lalu. - Foto AFP
BANGKOK: Pejabat Peguam Negara Thailand hari ini memfailkan pendakwaan ke atas bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra atas tuduhan rasuah berhubung peranannya dalam skim subsidi beras yang diperkenalkannya.
Ia bakal menyaksikan Yingluck berdepan dengan hukuman penjara sehingga satu dekad jika didapati bersalah.
"Hari ini kita sudah memfailkan pendakwaan ke atas bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra ... kerana 'kelalaian tugas' yang ada kaitan dengan kes skim beras," kata Chutichai Sakhakorn, Ketua Pengarah Jabatan Litigasi Khas di Pejabat Peguam Negara.

Mahkamah Agung Thai akan memutuskan sama ada untuk menerima kes itu atau sebaliknya pada 19 Mac depan. - AFP

Dua hari kaji saman terhadap Yingluck

Yingluck Shinawatra

BANGKOK - THAILAND. - Kementerian Kewangan Thailand akan mengambil masa kira-kira dua hari untuk membuat keputusan berhubung tindakan undang-undang terhadap bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra, untuk memperoleh semula kerugian akibat skim subsidi beras yang menimbulkan kontroversi.
 
Kementerian perlu berunding dengan agensi kerajaan yang berkaitan mengenai perkara itu, kata Menteri Kewangan Sommai Phasi.
 
Ini ekoran syor oleh Suruhanjaya Anti Rasuah Kebangsaan (NACC) semalam supaya Kementerian Kewangan menyaman Yingluck atas kerugian yang dialami dianggarkan 600 bilion baht (RM60 bilion).
 
Sommai berkata NACC telahpun menghantar butiran syor kepada kementerian bagi memfailkan saman ke atas Yingluck.
 
Sementara itu, Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayuth Chan-ocha berkata beliau telah menugaskan Timbalan Perdana Menteri bertanggungjawab bagi hal ehwal guaman, Wissanu Kruengarm, untuk mengkaji isu perundangan berhubung syor oleh NACC.

"Saya menugaskan timbalan perdana menteri untuk mengkaji cara dan bidang yang berada dalam akauntabiliti perundangan," katanya kepada media selepas mesyuarat mingguan Kabinet di Rumah Kerajaan di sini hari ini.
 
Menurut NACC, tuntutan pampasan adalah tidak lebih rendah daripada taksiran kerugian sebanyak 600 bilion baht.
 
Skim subsidi itu, yang menyaksikan kerajaan membeli beras petani pada harga lebih tinggi daripada harga pasaran, dihentikan tahun lepas setelah Yingluck digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada 22 Mei. - Bernama

14 February 2015

Makan mi pun perlu kebenaran


Bangkok: Ketua junta Thailand, Prayut Chan-O-Cha berkata, tentera mengawasi bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra sehinggakan dia tidak boleh makan semangkuk mi tanpa kebenaran mereka.

Chan, bekas jeneral tentera, berkata demikian sebagai mewajarkan keputusan beberapa anggota tentera menahan konvoi membawa Yingluck ke satu upacara keagamaan untuk mengingati nenek moyangnya di Chiangmai, utara negara itu, awal minggu ini.
Hari berikutnya bekas perdana menteri itu dirakam memakan mi di bandar berkenaan, kubu kuat keluarganya.
“Jika dia mahu pergi makan mi, dia boleh pergi, tetapi jika kami melarangnya dia tidak boleh pergi,” kata Prayut kepada wartawan sambil berkata pihak tentera akan sentiasa memantau pergerakannya.
Menurutnya, keputusan memeriksa konvoi Yingluck adalah sebahagian daripada jaminan keselamatan untuk bekas perdana menteri itu.
Prayut mendapat perhatian kerana kenyataan luar biasa sejak merampas kuasa Mei lalu.
Pihak berkuasa minggu lalu berkata, perdana menteri wanita pertama Thailand itu yang juga adik perempuan jutawan yang juga bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra dilarang mengadakan lawatan ke luar negara selepas menghadapi tuduhan jenayah rasuah berkait dengan skim subsidi beras ketika pentadbirannya.
Dia diputuskan akan didakwa bulan lalu oleh Parlimen yang dilantik tentera berhubung program subsidi itu.
Keputusan itu secara automatik menyekatnya daripada berpolitik selama lima tahun. Pendakwa juga berkata dia bakal menghadapi tuduhan berasingan berkait dengan jenayah rasuah yang boleh menyebabkan dia dipenjara sehingga sepuluh tahun.
Pemerhati berkata, tuduhan jenayah itu ialah satu lagi cubaan terbaru kumpulan elit istana dan tentera untuk menghapuskan pengaruh politik keluarga Shinawatra yang memenangi setiap pilihan raya sejak 2001.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/30543#sthash.ZcMomh9m.dpuf

4 February 2015

Udomdej: Bukan konspirasi kerajaan

Bangkok: Komander tentera Thai Udomdej Sitabutr semalam menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa letupan di pusat beil-belah Siam Paragon dibuat kerajaan untuk memanjangkan tempoh pemerintahan tentera.
“Kerajaan tidak mungkin melakukan perkara seperti itu.
“Kami jujur dalam melaksanakan tugas dan tidak mewujudkan keadaan yang membahayakan,” katanya.
Sementara itu, Udomdej turut menafikan cadangan bahawa kejadian itu usaha untuk mencabar kerajaan dan Majlis Keamanan dan Ketenteraman Awam Negara (NCPO).
Sebaliknya, dia menegaskan motif kejadian masih belum dikenal pasti, malah tidak menafikan kejadian itu sekadar perbuatan ‘gurauan nakal.’
Pihak tentera menamakan tiga pihak dipercayai mungkin bertanggungjawab atas kejadian itu, manakala polis ‘90 peratus’ pasti kejadian itu bermotifkan politik.
Menurut sumber, tiga kumpulan disyaki adalah mereka yang terkesan akibat usaha NCPO membanteras rasuah dan peras ugut; kumpulan politik yang tidak berpuas hati dengan kerajaan tentera; atau polis yang tidak berpuas hati apabila dipindahkan.
“Dalam kejadian seperti ini, NCPO akan memfokuskan kumpulan dengan haluan politik. Ramai juga tidak berpuas hati dengan tuduhan terhadap bekas perdana menteri Yingluck Shinawatra dan membuat kenyataan yang kini menjadikan mereka suspek,” kata sumber itu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Februari 2015 @ 5:48 AM


POLIS mengawal keadaan di luar pusat beli-belah di mana dua bom meletup, hujung minggu lalu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28367#sthash.YGkCsGuc.dpuf

Ganjaran RM1.4j tahan 4 suspek cetus keganasan


Bangkok: Polis Diraja Thailand mengeluarkan ganjaran 13 juta baht (RM1.4 juta) ke atas empat lelaki yang dipercayai mencetuskan keganasan di wilayah selatan, lapor agensi berita biro Thailand semalam.
Suspek termasuk dua ketua pemberontak, Sapa-ing Bazor dan Mazae Useng serta dua lagi suspek Adul Munee dan Kareema Yalapae.
Semuanya disyaki terbabit dalam perbuatan keganasan dan penderhakaan.
Di daerah Rusoh Narathiwat, dua kumpulan keselamatan yang bergabung dalam operasi malam Ahad lalu menahan tiga suspek lelaki berusia antara 29 dan 33 tahun.
Selepas menggeledah sebuah pondok di Reuso Ok, mereka menemui senapang, peluru dan 10 pil dadah.
Ekoran itu, pihak berkuasa masih membuat siasatan untuk menentukan sekiranya senapang itu digunakan dalam pembunuhan membabitkan tiga pekerja roti 28 Januari lalu, di kawasan sama.
Sementara itu, ketua polis Yala Thanongsak Wangsupa berkata semalam, pegawai keselamatan di wilayah Yala sedang menjejak kereta Honda City yang dilaporkan digunakan pemberontak dalam serangan seterusnya.
Katanya, suspek pemberontak Saudi Satapor yang terbunuh 30 Januari lalu dikehendaki kerana terbabit dalam tujuh kes jenayah dan satu kes keselamatan negara.
Selepas diperiksa, polis menemui suspek membawa sepucuk pistol yang disyaki menjadi senjata dalam serangan maut ke atas dua pelajar kejururawatan. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28368#sthash.xhsSK2nm.dpuf

Enam ditahan hina monarki


Bangkok: Pihak berkuasa Thai semalam menahan enam suspek semalam berhubung dakwaan terbabit dalam komplot rangkaian Bunpodj untuk menghina monarik negara itu.
Tangkapan itu dibuat oleh polis Bahagian Penindasan Jenayah Teknologi (TCSD) dan Jabatan Penyiasatan Khas (DSI).
Menurut jurucakap Polis Diraja Thailand Leftenan Jeneral Prawut Thavornsiri dalam sidang media semalam, polis menangkap Damrong Chansittichok atau lebih dikenali dengan nama Facebooknya Dum Samray dan beberapa anggota lain laman sesawang Bundpoj Thailand atas dakwaan membuat rancangan jahat untuk menggulingkan sistem monarki.
Menurut Timbalan Komander TCSD Kolonel Siripong Timula, rangkaian Bunpodj melaksanakan aktivitinya melalui tiga peringkat.
“Peringkat pertama, ketua bertanggungjawab menyebarkan idea dan menghasilkan klip video dan artikel. Peringkat operasi ditugaskan mengeneralisasikan idea kumpulan menerusi media sosial dan terakhir peringkat usahasama didakwa menguruskan kewangan rangkaian,” katanya.
Siripong berkata, enam suspek yang ditahan semalam sebahagian daripada golongan peringkat operasi.
“Seorang daripada mereka adalah penjawat awam dari Jabatan Hasil. DSI akan menyiasat perkara ini,” katanya.
Menurut pihak berkuasa, ketua rangkaian itu didakwa meninggalkan negara itu dan masih menyiarkan maklumat yang menyasarkan kejatuhan monarki.
Sehubungan itu, semua penyokong rangkaian terbabit diminta berhenti menyokong gerakan itu dengan apa cara sekalipun.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28369#sthash.c68a6q22.dpuf

3 February 2015

Junta Thailand perketat kawalan keselamatan

DUA anggota unit forensik membuat pemeriksaan berhampiran pintu masuk pusat beli belah Paragon di Bangkok semalam.
BANGKOK – Junta Thailand semalam berjanji akan mengetatkan kawalan keselamatan selepas dua bom paip buatan sendiri diletupkan berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini.
Pihak berkuasa enggan membuat spekulasi sama ada letupan dua bom kecil itu mempunyai kaitan dengan kemelut politik dalaman Thailand.
Serangan itu menyebabkan dua pejalan kaki mengalami cedera ringan.
Namun, Timbalan Perdana Menteri, Prawit Wongsuwon memberi amaran bahawa orang ramai kini berdepan kawalan keselamatan lebih ketat.
“Kami akan mengetatkan kawalan keselamatan di seluruh negara. Kami perlu melakukan pemeriksaan keselamatan lebih ketat di sesetengah kawasan,” katanya kepada wartawan di sini.
Unit forensik polis memeriksa lokasi letupan yang berlaku sekitar pukul 8 malam waktu tempatan kelmarin di laluan pejalan kaki menuju ke pusat beli belah Paragon.
“Senjata itu merupakan bom paip. Bom tersebut tidak mendatangkan kemusnahan besar,” kata jurucakap polis nasional, Prawut Thavornsiri.
“Letupan itu bertujuan untuk mencetuskan kekacauan,” tambahnya.
Thailand berada di bawah undang-undang tentera sejak satu rampasan kuasa menumbangkan kerajaan pimpinan Yinluck Shinawatra pada tahun lalu.
Di bawah undang-undang tersebut, segala bentuk perhimpunan dan kritikan terhadap pemerintah junta telah diharamkan.
Undan-undang itu turut membenarkan orang awam dibicarakan di mahkamah tentera tanpa hak untuk mengemukakan rayuan.
Junta tentera Thai berulang kali memberi alasan bahawa undang-undang tentera perlu bagi mengembalikan perpaduan selepas rakyat bertelagah kerana perbezaan politik. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0203&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3QeBNfr4L 
Hakcipta terpelihara