4 February 2015

Enam ditahan hina monarki


Bangkok: Pihak berkuasa Thai semalam menahan enam suspek semalam berhubung dakwaan terbabit dalam komplot rangkaian Bunpodj untuk menghina monarik negara itu.
Tangkapan itu dibuat oleh polis Bahagian Penindasan Jenayah Teknologi (TCSD) dan Jabatan Penyiasatan Khas (DSI).
Menurut jurucakap Polis Diraja Thailand Leftenan Jeneral Prawut Thavornsiri dalam sidang media semalam, polis menangkap Damrong Chansittichok atau lebih dikenali dengan nama Facebooknya Dum Samray dan beberapa anggota lain laman sesawang Bundpoj Thailand atas dakwaan membuat rancangan jahat untuk menggulingkan sistem monarki.
Menurut Timbalan Komander TCSD Kolonel Siripong Timula, rangkaian Bunpodj melaksanakan aktivitinya melalui tiga peringkat.
“Peringkat pertama, ketua bertanggungjawab menyebarkan idea dan menghasilkan klip video dan artikel. Peringkat operasi ditugaskan mengeneralisasikan idea kumpulan menerusi media sosial dan terakhir peringkat usahasama didakwa menguruskan kewangan rangkaian,” katanya.
Siripong berkata, enam suspek yang ditahan semalam sebahagian daripada golongan peringkat operasi.
“Seorang daripada mereka adalah penjawat awam dari Jabatan Hasil. DSI akan menyiasat perkara ini,” katanya.
Menurut pihak berkuasa, ketua rangkaian itu didakwa meninggalkan negara itu dan masih menyiarkan maklumat yang menyasarkan kejatuhan monarki.
Sehubungan itu, semua penyokong rangkaian terbabit diminta berhenti menyokong gerakan itu dengan apa cara sekalipun.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28369#sthash.c68a6q22.dpuf

No comments:

Post a Comment