4 February 2015

Ganjaran RM1.4j tahan 4 suspek cetus keganasan


Bangkok: Polis Diraja Thailand mengeluarkan ganjaran 13 juta baht (RM1.4 juta) ke atas empat lelaki yang dipercayai mencetuskan keganasan di wilayah selatan, lapor agensi berita biro Thailand semalam.
Suspek termasuk dua ketua pemberontak, Sapa-ing Bazor dan Mazae Useng serta dua lagi suspek Adul Munee dan Kareema Yalapae.
Semuanya disyaki terbabit dalam perbuatan keganasan dan penderhakaan.
Di daerah Rusoh Narathiwat, dua kumpulan keselamatan yang bergabung dalam operasi malam Ahad lalu menahan tiga suspek lelaki berusia antara 29 dan 33 tahun.
Selepas menggeledah sebuah pondok di Reuso Ok, mereka menemui senapang, peluru dan 10 pil dadah.
Ekoran itu, pihak berkuasa masih membuat siasatan untuk menentukan sekiranya senapang itu digunakan dalam pembunuhan membabitkan tiga pekerja roti 28 Januari lalu, di kawasan sama.
Sementara itu, ketua polis Yala Thanongsak Wangsupa berkata semalam, pegawai keselamatan di wilayah Yala sedang menjejak kereta Honda City yang dilaporkan digunakan pemberontak dalam serangan seterusnya.
Katanya, suspek pemberontak Saudi Satapor yang terbunuh 30 Januari lalu dikehendaki kerana terbabit dalam tujuh kes jenayah dan satu kes keselamatan negara.
Selepas diperiksa, polis menemui suspek membawa sepucuk pistol yang disyaki menjadi senjata dalam serangan maut ke atas dua pelajar kejururawatan. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28368#sthash.xhsSK2nm.dpuf

No comments:

Post a Comment