Menurut Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Jeneral Pattanawut Angkanawin, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.04 petang berhampiran sebuah pusat hiburan di Jalan Na Nakorn, di daerah Muang selepas bom buatan sendiri dipercayai seberat 50 kilogram itu diletupkan.
Saksi berkata, mereka melihat beberapa suspek meletakkan kenderaan yang mempunyai bom sebelum meninggalkan kawasan itu dengan menggunakan motosikal.
Letupan tersebut menyebabkan bangunan di sekitar kawasan itu mengalami kerosakan teruk.
Beberapa buah kenderaan yang diletakkan di kawasan berhampiran turut mengalami kerosakan berikutan kesan kebakaran.
Sementara itu, sebutir lagi bom meletup pada sebuah motosikal kira-kira 46 minit kemudian berhampiran Jalan Na Nakhon di Bang Nak.
Kejadian itu berlaku kira-kira 300 meter dari lokasi letupan pertama, bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan dalam letupan kedua itu. – AFP