29 April 2016

Seorang renjer maut, lima cedera dalam serangan bom di Yala

yala thailand
 Peta kedudukan Yala, Thailand. - GAMBAR GOOGLEMAP 
28 April 2016



 7:36 PM

 YALA 28 April - Sebutir bom buatan sendiri seberat 20 kilogram meletup di Kampung Baruh, Daerah Yaha, Yala pada 7.50 pagi tadi yang mengkibatkan seorang anggota renjer maut dan lima yang lain cedera.
Menurut Ketua Renjer Ke-47, Kol Tanuwat Pisansit, bom itu meletup ketika anggota renjer sedang membina sebuah rumah rakyat miskin yang menyebabkan rumah tersebut turut musnah.
"Motif serangan dipercayai untuk menuntut bela ke atas penahanan seorang anggota Runda Kumpulan Kecil (RKK) di kampung berkenaan dua hari lepas," katanya kepada pemberita.
Sementara itu, pasukan keselamatan di selatan Thai memperketat lagi kawalan berikutan ulang tahun ke-12 tragedi berdarah Masjid Krisek, Pattani yang mengorbankan 32 orang. - BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/seorang-renjer-maut-lima-cedera-dalam-serangan-bom-di-yala-1.293726#sthash.MSzB3QfA.dpuf

Seorang maut letupan di Yala Letupan di Yala

Pasukan keselamatan Thailand memeriksa lokasi serangan bom di

29 April 2016 12:35 AM

Pasukan keselamatan Thailand memeriksa lokasi serangan bom di Yala semalam yang menyebabkan seorang tentera terbunuh dan lima lagi cedera. AGENSI

YALA 28 April – Seorang anggota tentera terbunuh dan lima lagi ce­dera dalam satu serangan bom di wilayah bergolak di selatan Thailand, awal hari ini.
Menurut portal Bangkok Post, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 7.50 pagi waktu tempatan apabila askar daripada Unit Renjer 4708 me­ronda berdekatan Ban Khlae di daerah Yaha, wilayah Yala.
Jelas laporan itu, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Sarjan Tuanku Asi Bonbang.
Mangsa yang cedera ialah Saksek Ketrak, 41; Theerapong Kaewsuwan, 27; Surasak Suwanparn, 38; Suthas Luangsri, 35; dan Kasem Kaewsalua, 27.
Semua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Yala untuk ra­watan lanjut.
Siasatan awal menunjukkan semua askar terbabit merupakan jurutera tentera yang terlibat dalam projek pembinaan sebuah rumah di Bidor Dorloh bagi penduduk miskin.
Pasukan pemusnah bom mendapati, penyerang melancarkan serangan itu menggunakan bom buatan sendiri yang dianggarkan seberat 10 kilogram dan ditanam di tepi jalan sebelum di­letupkan ketika pasukan tentera terbabit melalui lokasi kejadian.
Tiada pihak mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/seorang-maut-letupan-di-yala-letupan-di-yala-1.293868#sthash.RIbaOAfb.dpuf

27 April 2016

Dua Maut, 13 Cedera Dalam Keganasan Terbaru Di Narathiwat, Yala


Diterbitkan: Isnin, 25 April 2016 8:25 PM

NARATHIWAT: Dua orang mati ditembak di Yala pagi ini, manakala 13 orang awam dan polis cedera dalam dua kejadian bom motosikal di bandar Narathiwat, selatan Thailand, tengah hari, Isnin.
Dalam kejadian 11 pagi di Muang, Yala, dua peniaga kayu getah dikenali sebagai Hamdi Talubo, 35, dan Yunu Late, 30, ditembak mati sekumpulan lelaki bersenjata yang mengekori kenderaan mereka.
Dua bom motosikal pula, yang masing-masing diletakkan di Lorong Lamai Uthi dan di hadapan Balai Polis Muang, meletup selang satu minit pada pukul 12.18 tengah hari tadi, kata Ketua Polis Narathiwat Mej Jen Pattanawut Angkanawin.
"Daripada 13 yang cedera, lima daripadanya adalah anggota polis dan seorang kanak-kanak perempuan. Empat rumah serta dua kereta turut mengalami kerosakan akibat letupan itu," katanya kepada pemberita hari ini.
Kesemua yang cedera dikejarkan ke Hospital Naradhiwas Rajanakarindra untuk mendapatkan rawatan. -- Bernama

2 mati ditembak 
di selatan Thai

anggota skuad pemusnah bom memeriksa lokasi letupan motosikal

27 April 2016 1:02 AM

Anggota skuad pemusnah bom memeriksa lokasi letupan motosikal di Narathiwat, selatan Thai yang mengakibatkan 13 cedera, kelmarin. AFP

 YALA 26 April - Dua peniaga kayu getah terbunuh dalam kejadian tembakan di Yala, manakala 13 lagi cedera selepas dua butir bom yang disembunyikan di dalam motosikal meletup di daerah Muang, wilayah Narathiwat, semalam.
Menurut laporan bangkokpost.com, sebutir bom meletup di Balai Polis Muang, manakala sebutir lagi meletup di depan kedai loteri di bandar Soi Lammai Uthis selang seminit kemudian.
Menurut polis, seramai 13 orang cedera termasuk lima pegawai polis dan seorang kanak-kanak perem­puan.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Naradhiwas Rajanagarindra untuk mendapat rawatan.
Ketua polis Narathiwat, Mejar Jeneral Pattanawut Angkanawin dan Timbalan Ketua Balai Polis Muang, Leftenan Supoj Pongchuaydo berkata, dua motosikal jenis Honda Wave dengan nombor pendaftaran palsu digunakan semasa letupan tersebut.
Pemilik kedai loteri, Thamrong Keeratiwirojkul berkata, dia melihat seorang lelaki meletakkan motosikal tersebut di hadapan kedainya sebelum meninggalkan kenderaan itu dengan menaiki motosikal lain, namun bom berkenaan meletup sebelum sempat dia menghubungi polis.
Sementara itu di Yala, dua peniaga kayu getah terbunuh di pintu masuk pertubuhan pentadbiran Tambon Lam Mai di wilayah Muang.
Kejadian berlaku ketika mangsa, Hamdi Tolubo, 35, dan Yunu Late, 30, yang menaiki sebuah jip untuk menghantar kayu getah ke sekolah di Tambon Lam Mai diekori oleh sekumpulan lelaki yang menaiki sebuah pikap.
Lelaki-lelaki berkenaan melepaskan tembakan sebaik sahaja memotong kenderaan yang dinaiki mangsa, menyebabkan kenderaan Hamdi dan Yunu terbabas lalu me­langgar sebatang tiang.
Mangsa yang ditembak bertalu-talu meninggal dunia di tempat kejadian.
Pihak polis mengesyaki serangan itu bermotifkan perniagaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/2-mati-ditembak-8232-di-selatan-thai-1.292760#sthash.NmsybYMM.dpuf

22 April 2016

Selatan Thai Digegar Lagi Tiga Bom, 10 Anggota Keselamatan Cedera


Diterbitkan: Rabu, 20 April 2016 10:34 PM

PATTANI: Wilayah selatan Thai terus bergolak apabila 10 anggota keselamatan cedera dalam tiga kejadian letupan bom berasingan di Pattani, Yala dan Narathiwat pada Rabu.

Ketua Polis Narathiwat Mej.Jen Polis, Pattanawut Angkanawin berkata, lima anggota sukarelawan tempatan cedera apabila serangan sebutir bom terkena kenderaan dinaiki mereka ketika pulang daripada menjalankan tugas keselamatan di Takbai pada pukul 4.30 petang.

"Bom itu diletupkan ketika mereka pulang daripada menjaga keselamatan pilihan raya ketua kampung di Mukim Chek He, Takbai. Seorang daripada sukarelawan itu putus kakinya," katanya kepada pemberita di sini.

Letupan bom terbabit turut mengakibatkan kenderaan dinaiki mereka rosak teruk, katanya dan menambah, kesemua yang cedera itu telah dikejarkan ke Hospital Narathiwat Rachanakarin untuk mendapatkan rawatan.

Kira-kira sejam sebelum kejadian di Takbai itu, sebutir bom turut dilaporkan meletup di Pattani mengakibatkan lima anggota polis yang sedang melakukan rondaan keselamatan cedera.

Ketua Polis Pattani Mej.Jen Thanonsak Wangsupa berkata bom terbabit disasarkan terhadap anggota polis yang melakukan rondaan jalan raya antara daerah Nongchik dan Muang Pattani.

Sebutir bom turut dilaporkan meletup berhampiran pejabat pentadbiran Mukim Bachok, Benansetar, Yala pada 2.50 petang Rabu, tetapi tidak mengakibatkan sebarang kecederaan. -Bernama

Pasukan Keselamatan Temui Lokasi Buat Bom Di Hutan Narathiwat


Diterbitkan: Khamis, 21 April 2016 7:31 PM

NARATHIWAT: Pasukan keselamatan Thailand menemui kemudahan membuat bom di hutan Bukit Tawe, Narathiwat, dengan bom berkenaan dipercayai digunakan kumpulan militan dalam serangan Hospital Jok Irong bulan lepas.

Ketua Renjer Ke-45 Kolonel Rungroch Anantato berkata anggota renjer menemui wayar, serpihan besi, paku selain pakaian dan ubat-ubatan dipercayai digunakan oleh unit Ronda Kumpulan Kecil (RKK) kumpulan militan.

"Kita memperolehi maklumat perisikan mengatakan RKK menggunakan kawasan ituuntuk memproses bom untuk digunakan di kawasan bandar," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Untuk tiba di lokasi pembuatan bom itu, beliau berkata anggota pasukan keselamatan terpaksa menempuh perjalanan selama tiga jam melalui hutan tebal dan kebun-kebun getah.

Rungroch berkata pihaknya turut menggunakan anjing pengesan dalam operasi itu.

Pada 13 Mac lepas, sekumpulan anggota militan menyerbu Hospital Jok Irong untuk menyerang sebuah markas pasukan keselamatan berhampiran menyebabkan tujuh anggota polis cedera.

Sementara itu, Penolong Ketua Balai Polis Yarang Kapt Polis Piyapong Santhong berkata Penghulu Mukim Wad, Yarang Matyalee Wani, 56, mati ditembak ketika sedang memandu kereta pada 1 tengah hari tadi.

Mangsa ditembak oleh empat lelaki yang menunggang dua motosikal, katanya.-Bernama

1 maut 11 cedera serangan bom di Songkhla

Thepa bom

20 April 2016 11:05 AM

SONGHKLA, Thailand 20 April - Anggota tentera Thailand sedang melakukan siasatan ke atas kawasan serangan di daerah Thepha di Songkhla, Thailand semalam. - RUETERS
BANGKOK 20 April - Seorang lelaki maut manakala 11 lagi termasuk seorang kanak-kanak cedera dalam satu serangan bom di daerah Thepha, Songkhla, malam tadi.
Jurucakap polis berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, bom disembunyikan di sebuah motosikal yang diletakkan di belakang stesen kereta api Thepha. - AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/1-maut-11-cedera-serangan-bom-di-songkhla-1.277932#sthash.wxCQPtQF.dpuf

Junta tolak autonomi lebih luas

Prayut Chan-O-Cha

22 April 2016 12:25 AM BANGKOK 21 April – Pemimpin junta Thailand menolak idea pemberian autonomi yang lebih meluas kepada wilayah bergolak di selatan negara ini yang dihuni majoriti penduduk Islam, antara tuntuan utama yang diutarakan oleh pemberontak yang memperjuangkan penubuhan negara merdeka di wilayah itu sejak 12 tahun yang lalu.
Ketua kerajaan tentera, Prayut Chan-O-Cha, yang memimpin kerajaan junta selepas rampasan kuasa pada 2014 berkata, beliau bersedia mengadakan rundingan dengan pemberontak, walaupun setakat ini gagal mengadakan rundingan berskala penuh atau mengambil tindakan drastik bagi membendung keganasan.
Lebih 6,500 orang terbunuh, majoritinya orang awam sejak 2004 dalam pertempuran antara pemberontak dan pasukan keselamatan Thailand di wilayah bergolak itu.
“Jangan tanya tentang kuasa autonomi... daripada segi pembangunan (di selatan Thailand) kerajaan pusat boleh menyediakan segala-galanya,” kata Prayut kepada pemberita, sambil menambah kata, konflik itu membuatkan beliau menjadi “marah”.
Beliau merujuk kepada isu pemberian kuasa autonomi yang lebih luas di selatan Thailand, antara beberapa tuntutan yang dikemukakan secara terbuka oleh kumpulan-kumpulan pemberontak.
Prayut juga menafikan perkembangan terbaharu membabitkan perunding tertinggi tentera, Nakrob Boonbuathong, ada kaitan dengan kegagalan rundingan penuh.
“Beliau tidak perlu melakukan tugas itu sehinggalah beliau mati,” herdik ketua junta itu kepada pemberita.
“Rundingan itu akan tetap berlangsung seperti dirancang, jika kita tidak boleh berunding sekarang, kita boleh berunding kemudian,” tambahnya.
Pentadbiran Prayut merancang untuk melaksanakan aktiviti ekonomi di wilayah bergolak di selatan Thailand, namun usaha itu sukar dilakukan ekoran kejadian tembakan dan letupan yang sering berlaku, yang menyasarkan kakitangan kerajaan, termasuk guru dan orang awam.
Kumpulan pemberontak yang tidak bersatu dan mantap menyebabkan mereka tidak mempunyai jurucakap rasmi.
Kumpulan-kumpulan hak asasi menuduh pihak berkuasa Thailand cuba menghapuskan budaya penduduk Islam, menyiksa tahanan dan menahan penduduk Islam dengan berselindung di bawah undang-undang darurat yang dikuatkuasakan di wilayah itu. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/junta-tolak-autonomi-lebih-luas-1.283345#sthash.9QFNyr5t.dpuf

20 April 2016

1 maut 11 cedera serangan bom di Songkhla

Thepa bom

20 April 2016 11:05 AM SONGHKLA, Thailand 20 April - Anggota tentera Thailand sedang melakukan siasatan ke atas kawasan serangan di daerah Thepha di Songkhla, Thailand semalam. - RUETERS
BANGKOK 20 April - Seorang lelaki maut manakala 11 lagi termasuk seorang kanak-kanak cedera dalam satu serangan bom di daerah Thepha, Songkhla, malam tadi.
Jurucakap polis berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, bom disembunyikan di sebuah motosikal yang diletakkan di belakang stesen kereta api Thepha. - AGENSI

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/1-maut-11-cedera-serangan-bom-di-songkhla-1.277932#sthash.ldKFTqQq.dpuf

12 April 2016

Kanak-Kanak, Anggota Polis Maut Serangan Bom Di Songkla


Diterbitkan: Selasa, 12 April 2016 9:00 AM

SONGKLA: Seorang anggota polis dan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut, manakala lapan yang lain cedera dalam kejadian serangan bom di hadapan stesen kereta api Chana, di selatan Thai, petang Isnin.
Timbalan Ketua Polis Bahagian Ke-9 Songkla, Mejar Jeneral Polis Akkapop Prasitwattanachai berkata empat daripada yang tercedera dalam kejadian pada 5.30 petang itu, adalah dua anggota polis dan dua kanak-kanak perempuan.
Kanak-kanak lelaki yang maut itu dikenali sebagai Ahmad Yassin Madsan, manakala dua kanak-kanak perempuan yang cedera dipercayai mempunyai kaitan kekeluargaan dengan mangsa yang terbunuh itu, katanya.
"Bom itu dipasang pada sebuah motosikal yang di parkir di tempat letak kenderaan stesen berkenaan. Letupan turut menyebabkan beberapa kenderaan rosak teruk," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata empat lagi yang cedera adalah orang awam yang berada di lokasi kejadian ketika bom yang dipasang pada motosikal itu meletup.
Akkapop berkata setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan bom itu, dan pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung motif insiden tersebut.

Mangsa letupan bom Songkhla meningkat 15 orang


12 APRIL 2016

Mangsa letupan bom Songkhla meningkat 15 orang

 Mangsa letupan bom Songkhla meningkat 15 orang Sumber internet
SONGKLA - THAILAND.  Jumlah mereka yang cedera dalam kejadian letupan bom di stesen keretapi Chana di sini petang semalam meningkat kepada 15 orang berbanding lapan orang semalam.

Ketua Polis Bahagian Ke-9 Songkla, Lt Jen Polis, Wirapon Chunpakdee berkata, bom yang dipasang pada motosikal itu dianggarkan seberat 20 kilogram meledak bersebelahan sebuah kenderaan polis.

Beliau berkata, dalam kejadian jam 5.30 petang itu, seorang anggota polis berpangkat kapten dan seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Ahmad Yasin Madsan, 2, terbunuh.

"Turut tercedera ialah seorang bayi perempuan berusia 10 bulan dan kanak-kanak perempuan berumur dua tahun selain anggota polis dan orang awam," katanya kepada pemberita hari ini.

Wirapon berkata, hasil daripada rakaman kamera litar tertutup di tempat kejadian menunjukkan seorang penunggang motosikal meletakkan motosikalnya di sebelah kereta polis sebelum menaiki sebuah lagi motosikal yang ditunggang rakannya.

Menurutnya, bom itu yang diletupkan mengguna alat walkie-talkie turut memusnahkan sebahagian daripada bangunan keretapi terbabit.

"Pihak polis telah diarah untuk mengetatkan lagi kawalan keluar masuk kenderaan terutama di pusat ekonomi dan pelancongan di Danok, Sadao dan Hatyai sempena Perayaan Songkran pada 13 hingga 15 April ini," katanya. - Bernama

Kanak-Kanak, Anggota Polis Maut Serangan Bom Di Songkhla


Diterbitkan: Isnin, 11 April 2016 10:15 PM
- Gambar hiasan

SONGKLA: Seorang anggota polis dan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut, manakala lapan yang lain cedera dalam kejadian serangan bom di hadapan stesen kereta api Chana, di selatan Thai, petang Isnin.

Timbalan Ketua Polis Bahagian Ke-9 Songkla, Mejar Jeneral Polis Akkapop Prasitwattanachai berkata empat daripada yang tercedera dalam kejadian pada 5.30 petang itu, adalah dua anggota polis dan dua kanak-kanak perempuan.

Kanak-kanak lelaki yang maut itu dikenali sebagai Ahmad Yassin Madsan, manakala dua kanak-kanak perempuan yang cedera dipercayai mempunyai kaitan kekeluargaan dengan mangsa yang terbunuh itu, katanya.

"Bom itu dipasang pada sebuah motosikal yang di parkir di tempat letak kenderaan stesen berkenaan. Letupan turut menyebabkan beberapa kenderaan rosak teruk," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Beliau berkata empat lagi yang cedera adalah orang awam yang berada di lokasi kejadian ketika bom yang dipasang pada motosikal itu meletup.

Akkapop berkata setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan bom itu, dan pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung motif insiden tersebut.

6 April 2016

Lelaki dipaksa pandu 
kenderaan sarat bom di Yala


Anggota Unit Pemusnah Bom Thailand mengangkut dua tong gas sarat

Anggota Unit Pemusnah Bom Thailand mengangkut dua tong gas sarat dengan 160 kilogram bom untuk dilupuskan di daerah Muang, wilayah Yala, semalam. REUTERS
YALA 5 April – Seorang lelaki dipaksa sekumpulan individu bersenjata yang menjadikan isterinya sebagai tebusan, memandu sebuah pikap yang sarat dengan bahan le­tupan seberat 160 kilogram ke dae­rah Muang di Yala, selatan Thailand, awal hari ini.
Ketua Polis Yala Mejar Jeneral Polis Ittipon Achariapradit berkata, pikap itu gagal diletupkan selepas lelaki berkenaan, Nai Sunan Thongnet, 53, memaklumkan kepada polis tentang bom itu dalam kejadian pada 10 pagi ini.
“Polis telah mengosongkan kawasan sekeliling dan hasil pemeriksaan terhadap kenderaan itu mendapati dua tong gas berisi bahan letupan seberat 160 kilogram sedia untuk diletupkan menggunakan walkie-talkie,” katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata, Nai Sunan pada mulanya diculik oleh sekumpulan lapan individu lengkap bersenjata ketika memandu bersama isterinya Renu Jitban, 61, di Kampung Kua Long, daerah Bannang Sata, petang semalam.
Menurut Ittipon, kumpulan ber­senjata itu memaksa mangsa memandu pikap sarat dengan bom itu ke daerah Muang pagi ini dan mengancam untuk mencederakan isterinya yang dijadikan tebusan jika beliau gagal berbuat demikian.
Sejurus Nai Sunan memandu kenderaan itu ke lokasi berkenaan, iste­rinya dibebaskan oleh individu bersenjata terbabit tanpa diapa-apakan.
Ittipon berkata, lelaki terbabit meletakkan keretanya di hadapan sebuah pusat pameran kereta sebelum lari mendapatkan anggota keselamatan dan memaklumkan tentang bom itu.
“Pasukan pemusnah bom me­ngambil masa dua jam untuk mematikan bom di dalam kereta itu," katanya. – BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/lelaki-dipaksa-pandu-8232-kenderaan-sarat-bom-di-yala-1.212536#sthash.A2sjP2t5.dpuf

4 April 2016

Junta Thailand rampas lebih 6,000 mangkuk merah politik

DUNIA ISNIN, 4 APRIL 2016 @ 12:21 AM


 BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand merampas lebih 6,000 mangkuk merah memaparkan mesej daripada bekas Perdana Menteri disingkir Thaksin Shinawatra, menurut seorang anggota polis hari ini dalam cubaan baharu junta menyekat kebangkitan parti politik. Rampasan itu dilakukan susulan penahanan seorang wanita minggu lalu yang dilihat bergambar dengan mangkuk terbabit di media sosial. Wanita itu didakwa menghasut di mana kumpulan hak asasi menyifatkan perkembangan itu sebagai mengarut. Mangkuk plastik digunakan untuk menyiram air dalam upacara agama Buddha ketika sambutan tahun baharu Thailand, memaparkan nota ditandatangani Thaksin. Thaksin digulingkan dalam satu rampasan kuasa pada tahun 2006 dan kini hidup dalam buangan sementara kerajaan diterajui adik perempuannya, Yingluck digulingkan junta pada 2014. Mangkuk yang mempunyai tandatangan Thaksin berwarna merah itu kali pertama diagihkan dalam satu pameran kuil minggu lalu di wilayah utara, Chiang Mai dan bertulis: "Situasi mungkin panas, namun saudara saudari memperoleh kesejukan daripada air dalam bekas ini." Kelmarin, polis dan tentera merampas 5,800 mangkuk air itu daripada rumah seorang bekas ahli parlimen Parti Puea Thai pimpinan keluarga terbabit di wilayah utara Nan, menurut seorang pegawai polis tempatan. -AFP


 Mangkuk merah memaparkan mesej daripada bekas Perdana Menteri disingkir Thaksin Shinawatra yang dirampas pihak berkuasa Thailand.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/140214

Malaysia diberi kepercayaan selesai pergolakan


Tentera turut mengawal sekolah-sekolah di selatan Thailand.  AGENSI

Tentera turut mengawal sekolah-sekolah di selatan Thailand. AGENSI
Pergolakan di selatan Thailand yang berlanjutan lebih satu dekad telah memberi kesan mendalam terhadap kualiti kehidupan penduduk, pendidikan kanak-kanak serta hu­bungan antara masyarakat Islam dan penganut Buddha.
Menurut statistik terbaharu pertubuhan bukan berasaskan keuntungan, Deep South Watch yang berpangkalan di Universiti Pattani, sebanyak 15,091 insiden keganasan direkodkan sejak tercetusnya konflik pada Januari 2004 hingga Julai 2015 yang mengorbankan sebanyak 6,500 nyawa dan mencederakan 11,730.
Usaha membawa kumpulan-kumpulan pemisah ke meja run­dingan merupakan satu-satunya penyelesaian politik terbaik yang harus dilakukan kerajaan Thailand secepat mungkin bagi menghentikan pergolakan yang berlaku.
Terdapat pelbagai kumpulan yang mewakili kepentingan masyarakat Islam di selatan Thailand seperti Barisan Revolusi Nasional (BRN), Kumpulan Pembebasan Pattani Bersatu (PULO), Gerakan Mujahideen Islam Patani (GIMP) dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Pattani (PLNF).
Perjuangan semua kumpulan ter­sebut dipelopori oleh ulama terkenal dan pengasas Gerakan Rakyat Pattani, Haji Sulong Al-Fatani yang me­lancarkan kempen petisyen, menuntut autonomi, bahasa, dan hak-hak budaya, serta pelaksanaan undang-undang Islam pada tahun 1947 sebelum beliau ditahan dan dipercayai dibunuh pada tahun 1954.
Kebangkitan penduduk di selatan negara itu untuk berpisah paling ketara berlaku di bawah kelolaan PULO yang ditubuhkan pada tahun 1968 selepas kejayaan penubuhan Barisan Nasional Pembebasan Pattani (BNPP) pada tahun 1959.
Kumpulan-kumpulan ini kebia­saannya diterajui oleh seorang ketua atau pemimpin utama, namun selepas kejadian serangan berdarah oleh tentera kerajaan di Masjid Keri­sik pada 28 April 2004, terdapat laporan menyatakan tiada suatu kumpulan pun yang berani menamakan ketua masing-masing, dipercayai bagi mengelakkan ketua terbabit ditahan pihak berkuasa Thailand.
Justeru, Malaysia yang mempunyai rekod sebagai orang tengah dalam memuktamadkan perdamai­an antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) sekali lagi diberi kepercayaan menggalas tugas sama untuk memberi nafas baharu kepada rundingan damai di wilayah tersebut.
Kerajaan Thailand memberi mandat kepada Malaysia untuk menjadi fasilitator bagi dialog damai antara kedua-dua pihak itu berdasarkan persetujuan yang ditandatangani pada 28 Februari 2013.
Namun usaha damai terhenti sejak November 2013 akibat cubaan menggulingkan bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra sebelum disambung semula oleh Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayuth Chan-och pada tahun berikutnya.
Majlis Amanah Rakyat Pattani (Mara Patani) kemudian ditubuhkan pada 25 Oktober 2014 oleh BRN dan pada Mac tahun yang sama, kumpulan itu membuka peluang kepada organisasi perjuangan Pattani yang lain untuk menyertainya.
Proses rundingan damai di ba­wah kerajaan Thailand dan Mara Patani yang dipimpin oleh Prayuth telah mengadakan dua dialog tertutup pada April dan Jun tahun lalu di Malaysia.
Tinjauan oleh Deep South Watch menyatakan, sekitar 80.6 peratus penduduk di selatan Thailand yakin dengan peranan Malaysia, manakala 80.2 peratus pula, yakin terhadap proses damai yang dijalankan secara berterusan oleh kerajaan Thailand sejak 2013.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengadakan perbincangan dengan Prayuth, manakala fasilitator Malaysia Datuk Seri Ahmad Zamzamin Hashim telah berusaha berkomunikasi dengan penduduk tempatan sejak tahun 2014.
Mara Patani mengemukakan tiga tuntutan kepada kerajaan Thailand termasuk menjadikan dialog damai dengan mereka sebagai agenda nasional bagi menamatkan konflik di wilayah-wilayah selatan negara itu.
Selain itu, mereka mahu kerajaan Thailand mengiktiraf mereka sebagai organisasi sah dalam rundingan damai pusingan ketiga yang diadakan di Kuala Lumpur pada Ogos tahun lalu.
Walaupun rundingan damai ter­sebut dilaporkan tertangguh susulan perbalahan yang timbul melibatkan pangkat wakil rundingan kedua-dua pihak, namun pada 25 Februari lalu, kerajaan Thailand mengesahkan pihaknya bersetuju dengan cadangan Mara Patani supaya menjadikan proses damai yang diadakan atas daya usaha Malaysia itu sebagai Agenda Nasional.
Melalui pendekatan dan polisi yang tepat serta adanya usaha yang bersungguh-sungguh daripada ke­dua-dua belah pihak, krisis di selatan Thailand boleh diselesaikan secara aman walaupun mungkin memakan masa yang panjang.
Masyarakat minoriti Islam terbabit pula perlu meletakkan masa depan generasi muda mereka sebagai asas perbincangan bertunjangkan pembangunan ekonomi dan fizikal tanpa mengabaikan pemba­ngunan Islam secara keseluruhannya.
Satu formula bersama boleh dirangka yang bakal meletakkan situasi menang-menang dan konsep wasatiyyah yang mengutamakan kesederhanaan serta penolakan aktiviti ekstremis boleh dikongsi oleh pemimpin Malaysia dalam membantu menyelesaikan pergolakan yang berlaku.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/malaysia-diberi-kepercayaan-selesai-pergolakan-1.208257#sthash.6lt36D8m.dpuf

Mencari keadilan untuk penduduk selatan Thai


MUHAMAD ZAID ADNAN 
DAN NAWWAR ABDUL RAHIM  |  04 April 2016 12:08 AM




INSIDEN serangan tujuh butir bom yang meletup di pekan Ya­ring, wilayah Pattani pada 31 Mac lalu sehingga mengorbankan seorang penduduk mungkin insiden keganasan terbaharu yang berlaku di selatan Thailand.
Namun apa yang pasti, insiden itu bukanlah yang terakhir dilakukan kumpulan pemisah yang pasti akan melakukan serangan demi serangan sehinggalah wilayah selatan Thailand dianugerahkan pemerintahan sendiri, seperti yang dituntut kumpulan-kumpulan pejuang pemisah.
Konflik yang berlarutan sejak 2001 mula memburuk pada 2004 selepas tercetusnya insiden di Masjid Krue Se pada April 2004 yang me­ngakibatkan 32 orang anggota pemisah maut ditembak oleh tentera di dalam masjid berkenaan.
Namun, tragedi Tak Bai pada Oktober 2004 yang mengorbankan seba­nyak 85 lelaki yang mati lemas akibat berasak-asak di dalam trak tentera, masih dekat di hati penduduk dipercayai antara faktor keganasan terus berlaku.
Setakat ini, konflik di selatan Thailand sudah meragut kira-kira 6,500 orang nyawa tanpa mengira agama dan kedudukan penduduk di wilayah Pattani, Yala, dan Narathiwat.
Antara punca yang mencetuskan konflik adalah tahap pendidikan dan pendapatan yang rendah masyarakat kebanyakannya Melayu di selatan Thai berbanding rakyat di wilayah Thailand yang lain.
Konflik diburukkan lagi de­ngan isu pembangunan apabila tiga wilayah tersebut sering disisihkan sehingga seperti tidak ada langsung projek dilaksanakan berbanding wilayah lain khususnya Bangkok yang dihuni penduduk Buddha.
Malah, pihak berkuasa Thailand didakwa memberi layanan buruk terhadap penduduk di selatan Thai yang majoritinya beragama Islam dengan insiden paling diingati adalah ‘pembunuhan’ Tak Bai yang berlaku pada bulan Ramadan 2004.
Peristiwa tersebut yang menyaksikan maruah Islam seperti dipijak-pijak pasti akan diingati sehingga bergenerasi lamanya, sekali gus menyukarkan usaha damai dicapai
Perdana Menteri Thailand ketika itu, Thaksin Shinawatra pula se­olah-olah menutup mata terhadap isu selatan Thai, malah paling serius tiada pihak dipertanggungjawabkan berhubung tragedi Tak Bai.
Sementara itu, penganalisis ke­selamatan Asia Tenggara, Zacha­ry Abuza mendakwa, konflik itu adalah mengenai identiti budaya komuniti etnik Melayu di wilayah selatan yang menolak asimilasi ke dalam masyarakat Thailand.
“Setiap kaum minoriti di Thailand telah menerima asimilasi bagi proses kerakyatan kecuali etnik Melayu yang terus berjuang terhadap apa yang dianggap mereka sebagai kegagalan eksperimen penjajahan Thailand selain mahu mempertahankan budaya, agama, dan cara hidup mereka,’’ katanya.
Meskipun pihak tentera mengetatkan kawalan keselamatan dengan menempatkan kira-kira 70,000 anggota keselamatan di sempadan ketiga-tiga wilayah itu, namun insiden letupan bom boleh dikatakan berlaku hampir saban minggu tanpa mengira waktu dan tempat.
Ironinya, bukan sahaja nyawa tentera dan kumpulan pemisah yang mela­yang, namun guru, sami, dan kakitangan kerajaan yang dianggap sebagai simbol kerajaan juga akan menjadi mangsa serangan sama ada menerusi teknik letupan bom atau tembak menggunakan motosikal.
Malah, sepanjang konflik bersenjata itu berlangsung, tidak ada pihak tampil mengaku bertanggungjawab dalam setiap keganasan yang dilakukan sehingga membingungkan pasukan keselamatan.
Perkembangan pantas era digital dalam menyebarkan maklumat seperti penggunaan Facebook dan pendedahan teknik membuat senjata di laman perkongsian video juga bakal membawa fasa baharu sekali gus dijangka memburukkan lagi konflik itu.
Sedangkan boleh dikatakan, kejayaan pasukan keselamatan dalam membanteras aktiviti pemisah adalah terlalu sedikit dengan yang terbaharu, kerajaan memusnahkan sebuah kilang membuat bom milik kumpulan militan di Nong Chik pada 10 Februari lalu.
Oleh itu, satu penyelesai­an politik secara berkekalan perlu dicari oleh kerajaan Thailand yang baharu dengan membawa kumpulan pemisah ke meja rundi­ngan.
Namun rundingan itu seharus­nya tidak hanya melibatkan Barisan Revolusi Kebangsaan (BRN) seperti yang dilakukan sebelum ini, sebaliknya membabitkan kumpulan pemisah lain seperti Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO), Barisan Pembebasan Islam Patani (BIPP) dan Gerakan Mujahideen Islam Patani (GIMP).
Hal ini kerana, semasa rundingan perdamaian bersama BRN sebelum ini, insiden pengeboman oleh kumpulan pemisah tetap berlaku dan ini menunjukkan, BRN tidak mewakili suara majoriti kumpulan pemisah.
Selain itu, pembabitan rakan-rakan daripada negara anggota ASEAN secara aktif sebagai pengantara juga dilihat sebagai alternatif yang boleh diambil bagi meredakan kon­flik berdarah di wilayah tersebut.
Kerajaan Thailand pada masa sama wajar mencontohi kerajaan Filipina dan Indonesia yang berjaya memuktamadkan perdamaian dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di wilayah Mindanao serta kumpulan pemisah Gerakan Acheh Merdeka (GAM) melalui cara rundingan dan bukannya menerusi kekerasan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/mencari-keadilan-untuk-penduduk-selatan-thai-1.208253#sthash.WOHbeK1a.dpuf

3 April 2016

Dua penduduk kampung 
maut ditembak di Yala


Anggota EOD memeriksa kedai kopi di daerah Raman, Yala ekoran

Anggota EOD memeriksa kedai kopi di daerah Raman, Yala ekoran serangan oleh lelaki bersenjata sehingga mengakibatkan dua orang penduduk kampung maut, kelmarin. - AGENSI
BANGKOK 2 April – Sebanyak dua orang penduduk kampung terbunuh, manakala seorang lagi cedera parah dalam serangan di sebuah kedai kopi di daerah Raman, wilayah Yala, malam tadi ketika pergolakan di wilayah selatan Thailand tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda akan reda.
Portal Bangkok Post melaporkan, serangan itu berlaku kira-kira pukul 10 malam, apabila sekurang-kurangnya tiga lelaki bersenjata yang menaiki sebuah trak pikap berhenti di hadapan kedai kopi berkenaan.
Seorang daripada lelaki terbabit kemudian melontar sebutir bom tangan ke dalam premis berkenaan yang ketika kejadian terdapat 10 orang penduduk sedang minum di situ.
Namun, kata polis yang me­nemubual saksi yang juga pemilik kedai, Asae Umasalae, 46, bom tangan itu tidak meletup, sekali gus mendorong penyerang melepaskan tembakan rambang sebelum melarikan diri.
Dua penduduk kampung yang terbunuh dikenal pasti sebagai Abdulkaling Hanirae, 48, dan Bueraheng Kareng, 52, yang maut sejurus tiba di Hospital Raman.
Arbah Torluemaehawor, 48, pula terkena tembakan pada kaki kirinya dan masih dirawat di hospital.
Sementara itu, pegawai polis, tentera dan Pemusnah Ordnans Letupan (EOD) diketuai Timbalan Ketua Polis Yala, Piyawat Chalermsri memeriksa lokasi kejadian pagi ini.
Anggota EOD kemudiannya menemukan bom tangan jenis M79 di kedai kopi berkenaan lalu memusnahkannya.
Sebanyak tiga buah motosikal turut musnah dalam serangan berkenaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/dua-penduduk-kampung-8232-maut-ditembak-di-yala-1.207798#sthash.TVqi3JlY.dpuf

2 April 2016

Siri pengeboman gegar wilayah selatan Thai


1 APRIL 2016

Siri pengeboman gegar wilayah selatan Thai

 Siri pengeboman gegar wilayah selatan Thai Anggota Unit Pemusnah Bom (EOD) melakukan pemeriksaan selepas siri serangan bom di daerah Yaring, Pattani, semalam. - Foto: EPA
PATTANI - THAILAND . Sekurang-kurangnya seorang maut manakala beberapa lagi cedera dalam beberapa insiden pengeboman di wilayah bergolak di selatan Thailand, menurut tentera, semalam.

Kolonel Yuthanam Phetmuang berkata, gelombang keganasan terbaharu itu berlaku di wilayah Pattani berhampiran sempadan Malaysia pada kelmarin dan semalam.

"Sekurang-kurangnya 11 bom meletup di daerah Yaring termasuk dua menyasarkan mesin pengeluaran tunai. Kira-kira 11 anggota polis cedera dalam kejadian itu," katanya.

Dalam satu kejadian berasingan, seorang lelaki terbunuh dalam letupan berhampiran salon rambut di daerah tersebut.

Sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan pengeboman itu, namun polis tidak menolak kemungkinan ia didalangi puak pemisah di wilayah terbabit. - Reuters

Keganasan terbaru di Pattani

Pattani: Seorang terbunuh dan ramai lagi cedera apabila beberapa butir bom meletup dalam keganasan terbaru di selatan Thai semalam.
Kejadian berlaku di daerah Yaring di wilayah Pattani, satu daripada tiga wilayah majoriti penduduk Islam di negara itu.
Antara sasaran ialah dua mesin pengeluar wang automatik (ATM).
Jurucakap tentera berkata, kira-kira 10 bom diletupkan dalam serangan yang menyebabkan seorang orang awam terbunuh dan mencederakan 11 anggota polis.
Orang awam terbabit mati selepas terperangkap dalam letupan berhampiran sebuah kedai gunting rambut.
“Mereka yang terbabit dalam serangan itu mahu menunjukkan mereka masih aktif,” kata timbalan jurucakap Markas Operasi Keselamatan Dalam Negeri, Kolonel Yuthanam Phetmuang.
Belum ada pihak mengaku bertanggung jawab. Bagaimanapun, pihak berkuasa percaya ia dilakukan kumpulan pemisah.
Tentangan terhadap pemerintahan kerajaan pusat di Bangkok wujud sejak puluhan tahun lalu dan memuncak pada 2004.
Lebih 6,500 orang terbunuh sejak itu.
Keganasan semalam menyusuli serangan bersenjata dan bom di Narathiwat, beberapa minggu lalu.
Penduduk selatan Thai yang beragama Islam dan keturunan Melayu mengadu sudah sekian lama ditindas kerajaan yang dikuasai penganut Buddha. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 April 2016 @ 7:46 AM


ANGGOTA tentera memeriksa lokasi serangan bom di Yaring.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/126996#sthash.mSDF5DfG.dpuf

Yingluck mahu junta beri penjelasan

Bangkok: Bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra (gambar) semalam menggesa junta tentera menjelaskan sama ada pilihan raya umum tetap diadakan tahun depan seperti dirancang walaupun perlembagaan baru negara itu ditolak rakyat.
Tentera yang menumbangkan kerajaan Yingluck pada 2014 membuat persediaan bagi mengadakan pungutan suara pada Ogos ini untuk meluluskan perlembagaan berkenaan.
Tetapi junta tentera tidak memberitahu apa akan berlaku sekiranya perlembagaan itu ditolak, sekali gus mencetuskan kebimbangan janji untuk mengembalikan demokrasi pada 2017 mungkin tertangguh lagi.
“Saya menggesa Majlis Kebangsaan untuk Keamanan dan Undang-Undang (NCPO) mengumumkan secara jelas apa yang bakal berlaku selepas pungutan suara berkenaan,” kata Yingluck dalam laman Twitter miliknya.
“Adakah NCPO akan mengadakan pilihan raya umum seperti dijanjikan kepada masyarakat antarabangsa,” katanya.
Junta tentera yang juga dikenali sebagai NCPO beberapa kali menangguhkan tarikh pilihan raya umum.
Draf perlembagaan itu dikritik ramai pihak kerana dilihat cuba mengekalkan pengaruh tentera dalam kerajaan. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 April 2016 @ 5:05 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/127254#sthash.9EUfE6HK.dpuf

1 April 2016

Bom di pattani, seorang maut

01 April 2016 12:56 AM

Sebuah keluarga mangsa yang terbunuh dalam kejadian letupan bom

 Sebuah keluarga mangsa yang terbunuh dalam kejadian letupan bom di sebuah kedai gunting rambut membersihkan kedainya di Yaring, wilayah Pattani, Thailand, semalam. Reuters

PATTANI 31 Mac - Sekurang-kurangnya seorang maut dan lima anggota polis cedera apabila tujuh butir bom meletup di sekitar pekan Yaring di sini, malam tadi.
Letupan tersebut turut menyebabkan kerosakan pada beberapa bangunan di pekan itu.
Pihak berkuasa menghantar pakar forensik dan tentera bagi menyi­asat kejadian itu dan mening­katkan kawalan keselamatan.
Ketua Polis Daerah Yaring, Kolonel Montree Khonwadmai berkata, letupan bom itu berlaku pada kira-kira pukul 11 malam, di hadapan sebuah bank, pejabat koperasi, beberapa premis perniagaan dan rumah ketua kampung.
“Kelima-lima anggota polis ter­babit cedera apabila sebutir bom di­letakkan di hadapan rumah ketua kampung meletup ketika mereka sedang menjalankan tugas di situ,” katanya, hari ini
Beliau berkata, semua mangsa yang cedera dirawat di Hospital Pattani. Jurucakap tentera, Jeneral Yuthanan Petchmuang berkata, le­tupan bom itu bertujuan mencetuskan keadaan huru-hara terhadap operasi pasukan keselamatan di situ dan mencetuskan kekeliruan.
Sementara itu, penghuni yang tinggal dalam sebuah kedai runcit di situ, Suprani Pechwilai, 66, berkata, beliau dan lima cucunya nyaris maut apabila bom diletupkan di kedai tersebut.
“Anggota polis menyelamatkan mereka selepas letupan bom itu,” katanya.
Menurut Montree, polis percaya 10 suspek terlibat dalam serangan bom itu, tetapi akan menjalankan siasatan lebih lanjut termasuk me­ngenal pasti individu bertanggungjawab menerusi rakaman kamera litar tertutup. – dpa/BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/bom-di-pattani-seorang-maut-1.207188#sthash.NJbeQSIv.dpuf