12 April 2016

Mangsa letupan bom Songkhla meningkat 15 orang


12 APRIL 2016

Mangsa letupan bom Songkhla meningkat 15 orang

 Mangsa letupan bom Songkhla meningkat 15 orang Sumber internet
SONGKLA - THAILAND.  Jumlah mereka yang cedera dalam kejadian letupan bom di stesen keretapi Chana di sini petang semalam meningkat kepada 15 orang berbanding lapan orang semalam.

Ketua Polis Bahagian Ke-9 Songkla, Lt Jen Polis, Wirapon Chunpakdee berkata, bom yang dipasang pada motosikal itu dianggarkan seberat 20 kilogram meledak bersebelahan sebuah kenderaan polis.

Beliau berkata, dalam kejadian jam 5.30 petang itu, seorang anggota polis berpangkat kapten dan seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Ahmad Yasin Madsan, 2, terbunuh.

"Turut tercedera ialah seorang bayi perempuan berusia 10 bulan dan kanak-kanak perempuan berumur dua tahun selain anggota polis dan orang awam," katanya kepada pemberita hari ini.

Wirapon berkata, hasil daripada rakaman kamera litar tertutup di tempat kejadian menunjukkan seorang penunggang motosikal meletakkan motosikalnya di sebelah kereta polis sebelum menaiki sebuah lagi motosikal yang ditunggang rakannya.

Menurutnya, bom itu yang diletupkan mengguna alat walkie-talkie turut memusnahkan sebahagian daripada bangunan keretapi terbabit.

"Pihak polis telah diarah untuk mengetatkan lagi kawalan keluar masuk kenderaan terutama di pusat ekonomi dan pelancongan di Danok, Sadao dan Hatyai sempena Perayaan Songkran pada 13 hingga 15 April ini," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment