30 June 2015

Harta Yingluck meningkat RM4.25j


Bangkok: Kekayaan bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra meningkat 38 juta baht (RM4.25 juta) kepada 579 juta baht (RM64.76 juta) sepanjang beliau berkuasa.

Suruhanjaya Antirasuah Kebangsaan semalam mendedahkan senarai aset dan hutang yang diisytiharkan Yingluck serta sembilan lagi bekas menteri kabinetnya.

Pengisytiharan harta itu dibuat setahun selepas pemimpin itu digulingkan dalam satu rampasan kuasa tahun lalu.

Yingluck mengisytiharkan aset miliknya, suami dan anak lelakinya bernilai 612 juta baht (RM68.44 juta) dengan hutang 33 juta baht (RM3.69 juta), menjadikan aset bersihnya 579 juta baht (RM64.76 juta).

Aset bersih keluarga Yingluck didapati meningkat 38 juta baht (RM4.25 juta) berbanding harta yang diisytiharkan beliau ketika menjadi Perdana Menteri pada Ogos 2011.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Plodprasop Suraswadi pula mempunyai aset bernilai 967 juta baht (RM108.14 juta) dengan hutang 1.6 juta baht (RM178,919). - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Jun 2015 @ 5:11 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/60512#sthash.QUVkzoBP.dpuf

16 June 2015

Pilihan raya umum Thailand boleh diadakan Ogos tahun depan

Wissanu Krea-ngam

Wissanu Krea-ngam

BANGKOK 15 Jun – Pilihan raya umum Thailand boleh diadakan pada Ogos tahun depan sekiranya draf Perlembagaan baharu negara ini diluluskan dalam satu pungutan suara umum, kata Timbalan Perdana Menteri, Wissanu Krea-ngam.
Katanya, beliau membuat ramalan itu berdasarkan pelan tindakan Majlis Ke­amanan dan Ketenteraman Nasional Thailand (NCPO) di bawah satu senario yang mana draf Perlembagaan baharu itu diluluskan pada satu pungutan suara.
Sekiranya draf Perlembagaan baharu itu diluluskan oleh Majlis Pembaharuan Nasional (NRC) dan disokong dalam pungutan suara yang dijangka diadakan pada Januari ini, Jawatankuasa Penggubalan Perlembagaan (CDC) kemudiannya akan menggubal undang-undang tambahan atau asas pada Februari.
Draf undang-undang asas itu akan diserahkan kepada Parlimen Thailand (NLA) pada Mac atau April depan untuk diluluskan dan akan dibawa ke Mahkamah Perlembagaan pada Mei depan, lapor portal Bangkok Post.
Selepas undang-un­dang asas itu di­luluskan oleh Mahkamah Perlembagaan, persediaan akan dibuat pada Julai atau Ogos depan bagi mengadakan satu pilihan raya umum yang mungkin berlangsung pada Ogos.
Beliau berkata, keputusan pilihan raya itu akan diumumkan 30 hari kemudian dan apabila kerajaan baharu dibentuk, lima ‘aliran’ utama iaitu, kerajaan, NCPO, NRC, NLA dan CDC akan dibubarkan.
“Apa yang saya perkatakan adalah berdasarkan kalendar kerja. Pilihan raya tidak akan menjadi kenyataan sepertimana yang dirancang sekiranya draf Perlembagaan tidak diluluskan pada pungutan suara itu,’’ kata Wissanu, semalam.
Wissanu berkata, NRC akan dibubarkan selepas pungutan suara itu diadakan tanpa mengira keputusan semasa hari pungutan suara itu dan digantikan dengan sebuah jawatankuasa pemandu pembaharuan nasional.
Dalam perkembangan berasingan, responden dalam satu tinjauan terbaharu menentang pindaan ke atas Perlembagaan sementara 2014 untuk membenarkan individu yang diharamkan daripada berpolitik supaya dilantik sebagai anggota Parlimen atau menyertai Kabinet.
Tinjauan oleh Institut Pembangunan Pentadbiran Nasional (Nida) yang diadakan Khamis dan Jumaat lalu melibatkan seramai 1,251 responden berumur 18 tahun ke atas di seluruh negara bagi melihat pendapat mereka tentang cadangan pindaan kepada Perlembagaan sementara 2014.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pilihan-raya-umum-thailand-boleh-diadakan-ogos-tahun-depan-1.103512#sthash.QeCtGDGO.dpuf

5 June 2015

4 askar Thai mati, 8 cedera

POLIS dan tentera Thai memeriksa mayat empat askar yang ditembak mati kumpulan disyaki pemisah di Yala, kelmarin.
Hat Yai: Empat askar mati dan lapan lagi cedera dalam dua serangan berasingan oleh kumpulan disyaki anggota pemisah selatan Thai.
Polis berkata semalam, serangan pertama berlaku petang kelmarin apabila empat askar dalam sebuah kereta persendirian ditembak oleh lima atau enam lelaki di daerah Raman, wilayah Yala.
Ketua polis tempatan Kolonel Lukman Bakoh berkata, penyerang yang bersembunyi dalam lori mengangkut pasir mengacu raifal untuk memaksa kereta itu berhenti sebelum mereka menarik anggota tentera berkenaan keluar dan menembak mereka berulang kali.
Lukman juga berkata, penyerang turut mengambil tiga raifal dan sepucuk pistol anggota tentera itu sebelum melarikan diri.
Dalam satu lagi kejadian, sekumpulan lelaki meletupkan sebuah kereta berisi bom ketika sebuah trak membawa lapan askar melintas kenderaan itu di Pattani.
Kelapan-lapan anggota tentera itu cedera, kata jurucakap polis Yala Somjai Poonpanang.
Keganasan di Yala, Pattani dan Narathiwat, tiga wilayah selatan Thai yang majoriti penduduknya beragama Islam sering meningkat beberapa minggu menjelang Ramadan.
Lebih 5,000 orang terbunuh sejak keganasan meletus di wilayah berkenaan pada awal 2004.
Walaupun tidak membuat sebarang tuntutan khas, keganasan itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap penindasan yang dilakukan pihak berkuasa Thai terhadap penduduk Islam keturunan Melayu di wilayah berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2015 @ 7:02 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55794#sthash.oM4oyl6r.dpuf

Empat tentera Thai maut diserang hendap

Anggota tentera Thailand, memeriksa lokasi serangan hendap yang

Anggota tentera Thailand, memeriksa lokasi serangan hendap yang mengorbankan empat rakan mereka di daerah Raman, Yala, kelmarin. AFP

BANGKOK 4 Jun – Empat orang anggota tentera Thailand, ditembak mati dalam satu serangan hendap di wilayah Yala semalam, ketika pulang dari menyaksikan perlawanan bola sepak, kata anggota polis hari ini.
Serangan tersebut berlaku petang semalam di daerah Raman, Yala.
Timbalan Ketua Polis Raman, Leftenan Kolonel Chanwut Raksapram berkata, mangsa ketika itu sedang dalam perjalanan pulang ke berek selepas menyaksikan perlawanan bola sepak persahabatan dengan penduduk tempatan di pejabat daerah.
“Mereka yang berpakaian biasa diserang hendap oleh lima hingga enam orang lelaki bersenjata. Semua mereka terbunuh di lokasi kejadian,” katanya.
Imej yang disebarkan oleh media tempatan, menunjukkan kesan darah di jalan raya, selain sebuah kereta hitam yang penuh dengan lubang kerana terkena peluru. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/empat-tentera-thai-maut-diserang-hendap-1.99180#sthash.lkbHltJQ.dpuf