5 June 2015

4 askar Thai mati, 8 cedera

POLIS dan tentera Thai memeriksa mayat empat askar yang ditembak mati kumpulan disyaki pemisah di Yala, kelmarin.
Hat Yai: Empat askar mati dan lapan lagi cedera dalam dua serangan berasingan oleh kumpulan disyaki anggota pemisah selatan Thai.
Polis berkata semalam, serangan pertama berlaku petang kelmarin apabila empat askar dalam sebuah kereta persendirian ditembak oleh lima atau enam lelaki di daerah Raman, wilayah Yala.
Ketua polis tempatan Kolonel Lukman Bakoh berkata, penyerang yang bersembunyi dalam lori mengangkut pasir mengacu raifal untuk memaksa kereta itu berhenti sebelum mereka menarik anggota tentera berkenaan keluar dan menembak mereka berulang kali.
Lukman juga berkata, penyerang turut mengambil tiga raifal dan sepucuk pistol anggota tentera itu sebelum melarikan diri.
Dalam satu lagi kejadian, sekumpulan lelaki meletupkan sebuah kereta berisi bom ketika sebuah trak membawa lapan askar melintas kenderaan itu di Pattani.
Kelapan-lapan anggota tentera itu cedera, kata jurucakap polis Yala Somjai Poonpanang.
Keganasan di Yala, Pattani dan Narathiwat, tiga wilayah selatan Thai yang majoriti penduduknya beragama Islam sering meningkat beberapa minggu menjelang Ramadan.
Lebih 5,000 orang terbunuh sejak keganasan meletus di wilayah berkenaan pada awal 2004.
Walaupun tidak membuat sebarang tuntutan khas, keganasan itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap penindasan yang dilakukan pihak berkuasa Thai terhadap penduduk Islam keturunan Melayu di wilayah berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2015 @ 7:02 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55794#sthash.oM4oyl6r.dpuf

No comments:

Post a Comment