26 April 2015

PBB sambut baik Myanmar lakukan pembaharuan

Ban Ki-moon
Ban Ki-moon

NEW YORK – AMERIKA SYARIKAT.  Menyambut baik usaha dan kemajuan dicapai Myanmar dalam melakukan proses pembaharuan, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon pada masa sama mengingatkan "lebih banyak keras perlu dilakukan untuk menyelesaikan banyak cabaran di negara itu".
Ban berkata demikian pada mesyuarat Kumpulan Rakan Kongsi mengenai Myanmar pada Jumaat.
Pemimpin PBB itu juga mengakui bahawa  Myanmar telah "mencapai kejayaan ketara" dalam banyak bidang pembangunan sosio-ekonomi, perdamaian dan pendemokrasian negara, sambil menegaskan proses pembaharuan dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan  Presiden U Thein Sein terus mencatatkan kemajuan.
"Usaha Presiden Thein Sein mengadakan dialog politik dengan pemimpin lain berhubung isu-isu penting – termasuk pembaharuan perlembagaan – amat menggalakkan," kata Ban yang turut memuji "usaha cemerlang" kerajaan Myanmar dalam usaha untuk mencapai keamanan.
Pilihan raya umum yang akan diadakan pada hujung tahun ini akan menjadi langkah penting, dan untuk memastikan ia dilaksanakan secara berwibawa, memerlukan kerjasama semua pihak untuk jangka panjang, katanya.
Kerajaan Myanmar, katanya perlu membenarkan dan memberi kebebasan untuk mengadakan perhimpunan, memastikan suasana terbuka bagi media dan perlindungan terhadap hak sivil dan politik untuk semua. 
Selepas 16 bulan berunding, pada 31 Mac, kerajaan dan kumpulan etnik bersenjata mencapai persetujuan berhubung teks perjanjian gencatan senjata seluruh negara yang dapat menamatkan konflik lebih 60 tahun, kata Setiausaha Agung PBB itu.
"Bagaimanapun, masih banyak kerja keras menanti. Adalah penting bagi perjanjian gencatan senjata itu ditandatangani dan diperakukan tanpa dilengahkan lagi," katanya dan menurutnya perjanjian itu merupakan langkah pertama ke arah mengadakan dialog tentang isu-isu penting lain seperti peranan tentera dan pembaharuan perlembagaan.
Ban berkata pertempuran yang sedang berlaku di negeri Kachin dan Shan di utara Myanmar telah mengakibatkan orang awam menderita.
Pertempuran di Kokang juga amat merengsakan dari segi impaknya terhadap kehidupan penduduk dan kemusnahan serta implikasinya terhadap rantau itu untuk jangka panjang, katanya.
Ban mengingatkan bahawa permusuhan antara penduduk di Rakhine akan menyebabkan "kestabilan terjejas teruk", sambil menegaskan sudah "wujud tanda-tanda bahawa perselisihan etnik dan agama sedang dieksploitasi menjelang pilihan raya".
Kenyataan dikeluarkan jurucakap Ban pula menyatakan negara-negara anggota  pada mesyuarat itu telah menyatakan sokongan berterusan mereka terhadap usaha pembaharuan dilakukan kerajaan dalam bidang pendemokrasian, pembangunan sosio-ekonomi dan perdamaian negara. - Bernama

Perlembagaan baharu Thai disifat gugat perpaduan

Dua parti politik utama Thailand menyatakan kesanggupan menerima
Dua parti politik utama Thailand menyatakan kesanggupan menerima cadangan penundaan pilihan raya bagi mengelak daripada draf Perlembagaan baharu dilaksanakan. AGENSI

BANGKOK 24 April – Dua parti politik utama Thailand menyatakan kesanggupan mereka menerima cadangan penundaan tarikh pilihan raya bagi mengelak daripada draf Perlembagaan baharu dilaksanakan.
Laman web Bangkok Post melaporkan, kedua-dua parti berkenaan iaitu Parti Demokrat dan Parti Pheu Thai mendakwa, pelaksanaan Perlembagaan baharu hanya akan menggugat perpaduan rakyat.
Wakil dari kedua-dua parti terbabit dan pemimpin Barisan Demokrasi Terhadap Kepimpinan Diktator (UDD), hari ini menyatakan rasa tidak puas mereka terhadap beberapa isu kontroversi yang terdapat di dalam Perlembagaan berkenaan.
Selain itu, mereka turut menggesa supaya diwujudkan Perlembagaan yang adil, bertaraf dunia dan diterima oleh rakyat.
Beberapa orang pemimpin politik utama yang terlibat dalam mesyuarat Majlis Pembaharuan Nasional (NRC) juga dilihat lebih berminat untuk melakukan penundaan pilihan raya berbanding melaksanakan Perlembagaan baharu yang mereka sifatkan sebagai membawa banyak masalah.
Ketua Pasukan Perundangan Pari Demokrat, Wirat Kalayasiri berkata, pilihan raya tidak perlu dilaksanakan segera kerana semua pihak boleh menerima penundaanya, asalkan proses dapat berjalan dengan adil di bawah Perlembagaan yang dipersetujui rakyat.
“Pemimpin kami iaitu Abhisit Vejjajiva menyokong kepada pilihan raya yang baik dan tidak semestinya pilihan perlu diadakan segera,” jelas Wirat.
Dalam perkembangan lain, Perlembagaan baharu Thailand dijangka diluluskan tanpa sebarang bantahan oleh NRC, dengan tiada sebarang perubahan peruntukan yang besar dilakukan, walaupun ahli-ahli politik mengkritiknya sebagai tidak demokratik.
“Perkara penting dalam Perlembagaan itu, seperti sistem pilihan raya dan asal usul Senator tidak akan diubah. Perubahan hanya akan dibuat pada butiran kecil Perlembagaan,” kata jurucakap NRC, Jeneral Lertrat Rattanvanich.
Katanya, draf berkenaan diharap dapat mengawal kuasa yang dimiliki anggota Parlimen. – REUTERS/AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/perlembagaan-baharu-thai-disifat-gugat-perpaduan-1.84465#sthash.8LrC1QoB.dpuf

25 April 2015

Mayat bayi nak dijadikan tangkal


Bangkok: Polis semalam melancarkan siasatan selepas menemui mayat seorang bayi yang dilitupi daun emas dan ditempatkan dalam keranda kaca di tanah perkuburan sebuah kuil di Chiang Mai.
Polis menggali semula keranda berkenaan selepas menerima laporan orang ramai yang bimbang kemungkinan ia mempunyai hubungan dengan amalan sihir.
Bekas sami kuil Chalerm Duangthong mengaku mengebumikan mayat kanak-kanak itu tetapi menafikan ia ada kaitan dengan sebarang salah laku.
“Niat saya ialah menghantar roh bayi berkenaan ke tempat yang lebih baik,” menurut Chalerm ketika disoal siasat oleh polis.
Menurut polis, Chalerm mengaku membeli mayat itu daripada seorang pengurus mayat dengan harga THB3,000 (RM335) kerana mahu menjadikannya tangkal.
“Bagaimanapun, Chalerm mendakwa mengubah rancangan kerana bayi itu terlalu besar dan kelihatan terlalu ‘manusia’,” kata Timbalan Ketua Polis Chiang Mai Mejar Jeneral Pacha Rattanaphan.
Dia berkata, bedah siasat akan dilakukan terhadap mayat itu untuk mengetahui punca kematiannya.
“Kami juga akan berusaha menjejaki orang yang menjual mayat itu kepada Chalerm kerana mengesyaki dia sebahagian daripada anggota kumpulan pemerdagangan organ manusia.
Charlerm berkata, pengurus mayat itu wanita bernama Boon yang memang dikenali kerana menjual banyak mayat atau sebahagian tubuh manusia kepada mereka yang berminat terhadap amalan sihir.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/46013#sthash.kODa247t.dpuf

8 cedera dalam letupan


Narathiwat: Lapan orang cedera dalam letupan bom di Narathiwat dan Pattani, semalam.
Dalam kejadian di Narathiwat, seorang bapa dan tiga anaknya, yang berumur empat, enam dan lapan tahun cedera ringan apabila bom meletup ketika mereka dalam perjalanan dari rumah ke padang sukan, menunggang motosikal.
Ketua Polis Daerah Takbai Kolonel Jiradej Prasawang berkata, kejadian berlaku pada 8.15 pagi apabila bom buatan sendiri yang dipasang dalam tong gas seberat 20 kilogram (kg) yang ditanam di tepi jalan meletup setelah diaktifkan dengan walkie-talkie.
“Sebutir lagi bom yang ditemui 60 meter dari tempat kejadian pertama seberat 10 kilogram dapat dimusnahkan skuad pemusnah bom,” katanya.
Sementara itu, di daerah Mayo, Pattani sebutir bom buatan sendiri meletup di tepi jalan Mayo-Tungyangdaeng menyebabkan empat pegawai keselamatan yang terdiri daripada dua anggota rela dan dua tentera cedera ringan dalam satu insiden awal pagi.
Ketua Polis Daerah Mayo Kolonel Jiraseth Dao-ngentrakul berkata, pasukan keselamatan menemui sebutir lagi bom yang dipasang dalam tong gas kira-kira tiga meter dari tempat kejadian pertama.
“Pihak keselamatan juga menemui dua lagi bom seberat 50kg di bawah jambatan, iaitu 100 meter dari tempat kejadian letupan bom berkenaan dan turut berjaya memusnahkannya,” katanya. - BERNAMA
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/46209#sthash.BhAOTQlC.dpuf

24 April 2015

Lapan Orang Cedera Letupan Bom Di Narathiwat Dan Pattani


Diterbitkan: Jumaat, 24 April 2015 9:11 PM

PATTANI/NARATHIWAT: Lapan orang cedera dalam letupanbom di Narathiwat dan Pattani pada Jumaat.

Dalam kejadian di Narathiwat, seorang bapa dan tiga anaknya, yang berumur empat, enam dan lapan tahun cedera ringan apabila bom meletup ketika mereka dalam perjalanan dari rumah ke padang sukan, menunggang motosikal.

Ketua Polis Daerah Takbai Kolonel Jiradej Prasawang berkata kejadian berlaku pada 8.15 pagi apabila bom buatan sendiri yang dipasang dalam tong gas memasak seberat 20 kg yang ditanam di tepi jalan meletup setelah diaktifkan dengan walkie talkie.

Sebutir lagi bom yang ditemui 60 meter dari tempat kejadian pertama seberat 10 kg dapat dimusnahkan skuad pemusnah bom, kata beliau.

Sementara itu di daerah Mayo, Pattani sebutir bom buatan sendiri meletup ditepi jalan Mayo-Tung yang daeng menyebabkan empat pegawai keselamatan yang terdiri daripada dua anggota rela dan dua anggota tentera cedera ringan dalam satu insiden awal pagi.

Ketua Polis Daerah Mayo Kolonel Jiraseth Dao-ngentrakul berkata tiga meter dari tempat kejadian tersebut pihak keselamatan menjumpai sebutir lagi bom yang dipasang dalam tong gas seberat 20 kg dan ia berjaya dimusnahkan.

Pihak keselamatan juga menemui dua lagi bom seberat 50 kg di bawah jambatan, iaitu 100 meter dari tempat kejadian letupan bom tersebut dan turut berjaya memusnahkannya, kata beliau.

Lagi bom meletup di selatan Thailand

Thailand

NARATHIWAT - Lapan orang cedera dalam letupan bom di Narathiwat dan Pattani hari ini.
  
Dalam kejadian di Narathiwat, seorang bapa dan tiga anaknya, yang berumur empat, enam dan lapan tahun cedera ringan apabila bom meletup ketika mereka dalam perjalanan dari rumah ke padang sukan, menunggang motosikal.
  
Ketua Polis Daerah Takbai, Kolonel Jiradej Prasawang berkata, kejadian berlaku pada 8.15 pagi apabila bom buatan sendiri yang dipasang dalam tong gas memasak seberat 20 kg yang ditanam di tepi jalan meletup setelah diaktifkan dengan walkie talkie.
  
“Sebutir lagi bom yang ditemui 60 meter dari tempat kejadian pertama seberat 10 kg dapat dimusnahkan skuad pemusnah bom,” kata beliau.
  
Sementara itu di daerah Mayo, Pattani sebutir bom buatan sendiri meletup di tepi jalan Mayo-Tungyangdaeng menyebabkan empat pegawai keselamatan yang terdiri daripada dua anggota rela dan dua anggota tentera cedera ringan dalam satu insiden awal pagi.
  
Ketua Polis Daerah Mayo Kolonel Jiraseth Dao-ngentrakul berkata, tiga meter dari tempat kejadian tersebut pihak keselamatan menjumpai sebutir lagi bom yang dipasang dalam tong gas seberat 20 kg dan ia berjaya dimusnahkan.

“Pihak keselamatan juga menemui dua lagi bom seberat 50 kg di bawah jambatan, iaitu 100 meter dari tempat kejadian letupan bom tersebut dan turut berjaya memusnahkannya,” kata beliau. – Bernama

Lelaki ditahan disyaki terlibat serangan bom


BANGKOK 23 April - Polis menahan seorang lelaki disyaki menjual tiga buah kereta yang digunakan dalam serangan bom di pusat membeli belah Central Festival dua minggu lalu.
Serbuan dibuat di rumah Abdulroning Dueramae, 51 yang mendakwa dia bukanlah peniaga kereta terpakai dikenali sebagai Bang Yi, yang telah disyaki menjual tiga buah kenderaan tersebut tetapi dia bekerja sebagai agen yang menjual kereta terpakai untuk Bang Yi.
Menurut jurucakap Polis Diraja Thailand, Leftenan Jeneral Prawut Thawornsiri, kenyataan Abdulroning tidak konsisten serta bertentangan dengan apa yang ditemui oleh pihak polis.
Dalam pada itu, anggota keselamatan menyerbu tiga lagi lokasi di Pattani semalam untuk mengumpul bukti berkaitan dengan serangan bom kereta tersebut serta menahan seorang lagi lelaki untuk siasatan lanjut.
Seorang lelaki, Makossafi Tuereh, 24, menjadi suspek serangan bom pada 2 April lalu di empat buah lokasi di Pattani serta turut disyaki dalam serangan di Koh Samui.

18 April 2015

Prayuth tak mahu terus berkuasa


Bangkok: Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha (gambar) semalam memuji pencapaian kerajaan tenteranya dan berkata, baik pulih perlembagaan diperlukan bagi mengeluarkan negara itu daripada krisis politik sejak bertahun lalu.
Prayuth berkata demikian dalam satu ucapan yang disiarkan di televisyen negara itu sempena genap enam bulan beliau dilantik menjadi Perdana Menteri.
Kata Prayuth, kerajaannya masih mengekalkan rancangan asal untuk mengembalikan pemerintahan demokrasi dan menegaskan tentera juga tidak menyalahgunakan kuasa mereka.
“Semua rangka masa yang saya tetapkan, saya tidak pernah menyimpang darinya,” ujarnya.
Prayuth mengetuai rampasan kuasa pada Mei tahun lalu untuk menggulingkan kerajaan bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra selepas berlakunya tunjuk perasaan selama enam bulan.
“Saya tidak mahu terus berkuasa. Saya tidak pernah mendapat sebarang manfaat selain hanya beberapa pujian dan lebih banyak kritikan,” tegasnya.
Prayuth sebelum ini dikecam hebat oleh kumpulan hak asasi manusia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kerana menggunakan mahkamah tentera untuk mengugut pembangkang dan media serta membenarkan penahanan tanpa dakwaan.
Undang-undang tentera itu diganti dengan satu undang-undang baru pada bulan ini tetapi pengkritik berkata, ia lebih bersifat diktator.
Bagaimanapun, Prayuth menolak dakwaan itu dan memberitahu undang-undang berkenaan diperlukan untuk kesesuaian birokrasi.
Tambahnya, negara luar memahami situasi yang dialami Thailand.
“Mereka (negara luar) tidak bimbang. Mereka hanya mahukan kita mengadakan pilihan raya secepat mungkin,” katanya dalam ucapan selama 90 minit.
Pilihan raya yang pada asalnya dijadualkan tahun ini tetapi ditangguhkan pada 2016 bagi memberi masa anggota parlimen yang dipilih tentera merangka perlembagaan baru. -Reuters
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/44630#sthash.7XznQkeP.dpuf

15 April 2015

7 maut serangan di selatan Thai

Anggota forensik Thailand memeriksa rumah salah seorang mangsa
ANGGOTA forensik Thailand memeriksa rumah salah seorang mangsa terbunuh dalam serangan di Narathiwat pada malam Ahad lalu. AGENSI
BANGKOK 14 April – Sebanyak tujuh orang maut termasuk seorang pegawai kesihatan tempatan dalam dua kejadian serangan berasingan di wilayah Narathiwat dan Yala di selatan negara ini.
Dalam kejadian di Mukim Moo 12 di daerah Sukhirin, Narathiwat, enam penduduk kampung maut dalam dua insiden tembakan berasingan di dua buah rumah yang terletak hanya beberapa meter antara satu sama lain, malam kelmarin.
Portal Bangkok Post melaporkan, dalam kejadian itu sebanyak empat orang terbunuh selepas diserang kumpulan yang bersenjatakan raifal M16 yang kemudiannya bertindak membakar mayat mangsa.
Kejadian itu disedari pembantu ketua kampung, Ahama Arwae yang kemudiannya meminta penduduk membantu memadamkan kebakaran sebelum menghubungi Ketua Polis Narathiwat, Mejar Jeneral Pattanawut Angkanawin dan Gabenor wilayah, Nattapong Sirichana yang kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.
Polis kemudiannya menemukan dua lagi mayat di sebuah rumah yang jaraknya 20 meter dari rumah pertama serta menemui lapan kelongsong peluru M16.
Polis masih menyiasat motif serangan tersebut.
Menurut saksi, penyerang terdiri daripada 12 orang yang kemudiannya berpecah kepada dua kumpulan sebelum melakukan serangan itu.
Sementara itu, dalam kejadian lain di daerah Rueso, Narathiwat, seorang pegawai kesihatan maut sejurus dia tiba di sebuah sekolah untuk melakukan pemeriksaan, pagi semalam selepas diserang dua lelaki bersenjata yang menaiki sebuah motosikal.
Mangsa meninggal dunia di hospital dan polis menemui lapan kelongsong peluru dari sepucuk pistol 9mm di tempat kejadian.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/7-maut-serangan-di-selatan-thai-1.81030#sthash.7oqEKcIk.dpuf

14 April 2015

3 maut dalam kejadian tembak-menembak


Pattani: Tiga orang, termasuk seorang ketua kampung terbunuh dalam kejadian tembak-menembak di daerah Mayo, di sini, awal semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Abdulrosak Laomae berkata, kejadian berlaku sejurus selepas tengah malam apabila ketua kampung tiba di rumahnya selepas memeriksa kawalan keselamatan di sebuah sekolah.
“Kira-kira 50 meter dari rumahnya, sekumpulan lelaki di belakang sebuah pikap yang berhenti melepaskan tembakan ke arahnya dengan raifal AK47 dan senapang patah.
“Meskipun terkena tembakan, Masukree masih mampu membalas serangan,” kata Abdulrosak.
Timbalan ketua kampung yang kebetulan tiba di tempat kejadian turut menembak penyerang terbabit.
Kedua-dua penyerang itu yang kemudian dikenali sebagai Hawae Nawae, 49, dan Boheng Taye, 45, penduduk kampung sama, mati dalam serangan balas itu.
Masukree cedera parah, tetapi meninggal dunia di hospital. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/43377#sthash.RC1uegDA.dpuf

13 April 2015

Letupan di Koh Samui didorong sentimen politik


AHAD, 12 APRIL 2015 @ 11:57 PM 

BANGKOK: Pihak berkuasa yakin letupan bom di Koh Samui Jumaat lalu didorong sentimen politik. Pemerhati percaya serangan itu bertujuan mencabar kerajaa kerana ia berlangsung menjelang Festival Songkran yang cukup popular di kalangan pelancong. Sementara itu, kawalan keselamatan ditingkatkan di destinasi popular pelancong di selatan selepas insiden itu, termasuk Phuket, Hat Yai dan Samui. Tujuh orang termasuk, budak perempuan Thailand-Itali berusia 12 tahun cedera dalam letupan bom kereta di tempat letak kereta bawah tanah dekat pusat beli belah Central Festival. Mereka yang cedera ringan kemudian dibenarkan pulang. Jurucakap NCPO, Winthai Suvari berkata, terdapat kumpulan tertentu yang berniat buruk dengan mengambil kesempatan untuk mengganggu keamanan dan mencetus keganasan. Beliau meminta orang ramai yang punya maklumat untuk membantu penyiasat berhubung serangan bom itu. Timbalan jurucakap kerajaan, Mejar Sansern Kaewkamnerd berkata, laporan awal menunjukkan mereka yang bertanggungjawab adalah dari kumpulan yang sama pernah meledakkan bom di Bangkok. "Sejak pihak berkuasa mengenakan pemeriksaan ketat di Bangkok, penjenayah mula beralih ke kawasan lain. Pihak berkuasa mendapati ia ada kaitan dengan pengebom di Samui. Kami sedang menjejaki bukti dari lokasi kejadian," kata Sansern. Jurucakap Isoc, Kolonel Banpot Poonpian berkata, sebuah trak pikap dengan nombor pendaftaran 4892 dari Yala, yang dicuri dekat Persatuan Pentadbiran Tambon La Ae di Yala pada 31 Mac, digunakan dalam serangan bom itu. - Agensi

12 April 2015

Empat Maut Ditembak Di Pattani


Diterbitkan: Sabtu, 11 April 2015 6:41 PM
Anggota skuad pemusnah bom Thailand memeriksa lokasi letupan bom di daerah Takbai, selatan Narathiwat pada Sabtu.

PATTANI: Empat orang terbunuh dalam kejadian tembak-menembak di kawasan hutan Kampung Salalak, Daerah Naperadu di sini Jumaat.
Kejadian berlaku pukul 11 malam waktu tempatan. 
Menurut polis, tiga ditemui mati ditempat kejadian dan seorang lagi cedera parah dan meninggal di hospital.

Timbalan Ketua Polis Wilayah Pattani, Kolonel Polis Prappal Mimongkol berkata semua mangsa berumur antara 23-38 tahun ditembak di kepala dalam jarak dekat.

Polis percaya motif kejadian mempunyai kaitan dengan kumpulan penagih daun ketum.

Polis menyoal siasat dua orang saksi yang selamat dalam kejadian tersebut.
Sementara itu pada 12.30 tengah hari Sabtu, sebutir bom yang ditanam di tepi jalan meletup menyebabkan seorang tentera yang sedang meronda patah kaki.

Dalam satu lagi kejadian, sebutir bom meletup pada pulul 10.30 malam semalam di pulau pelancongan Koh Samui, Surat Thani, menyebabkan tujuh orang cedera.

Bom buatan sendiri itu dipasang dalam kereta dan diletak di tempat letak kereta di pusat beli-belah Central Festival Samui.

Kejadian berlaku ketika pelancong menuju ke kawasan tersebut bagi meraikan perayaan Songkran yang bermula secara rasmi dari 13 hingga 15 April.

Pihak polis berkata yang cedera merupakan enam warga Thailand dan seorang warga Itali yang kesemua mereka cedera akibat terkena serpihan cermin pecah.
Ketua Polis Wilayah Yala, Mej Jen Pol, Thanonsak Wangsupa berkata pegawai tentera telah menyoal siasat pemandu kereta berumur 54 tahun tersebut yang dilapor dicuri sebelum ini.

Setengah jam selepas kejadian di Pulau Samui itu, Koperasi Surat Thani pula yang terletak 150 kilometer daripada Pulau Samui dilapor terbakar selepas bunyi letupan bom dari ruang jualan makanan. 
Bangunan satu tingkap itu rentung dijilat api.

Thailand kembali bergolak


bendera thailand

BANGKOK - THAILAND. Tujuh cedera apabila sebutir bom meletup di tempat letak kereta di sebuah pulau peranginan Thailand, kelmarin.

Insiden itu berlaku kira-kira pukul 10.40 malam (waktu tempatan) di pusat membeli belah Central Festival di Pulau Samui, 700 kilometer di selatan Bangkok.

Polis Samui berkata, antara yang cedera adalah seorang budak perempuan warga Itali berusia 12 tahun.

Dalam insiden berasingan, sebuah gudang di Surat Thani dibakar dipercayai berlaku pada tempoh sama semasa kejadian letupan bom kereta di Samui.

Gabenor wilayah berkata, kebakaran itu mungkin berpunca daripada bahan letupan.  Februari lalu, Thailand dikejutkan dengan dua serangan bom di tengah Bangkok. - dpa

Koh Samui bergegar

Agensi
Koh Samui, Thailand: Sebuah bom kereta yang meletup di pusat pelancongan popular di sini, lewat kelmarin menyebabkan tujuh orang cedera termasuk seorang kanak-kanak perempuan warga Itali, kata polis, semalam.
Bom berkenaan diletakkan di dalam sebuah lori pikap jenis
Mazda dan diletupkan di tempat letak kereta bawah tanah sebuah pasar raya di sini.
Jurucakap polis Thailand, Prawut Thavornsiri berkata, lori itu yang menggunakan nombor pendaftaran palsu dilaporkan hilang di Yala, selatan negara itu pada 31 Mac lalu.
“Ini serangan bom kereta, tetapi kami masih belum dapat mengesahkan jenis bom yang digunakan,” katanya.
Enam rakyat Thailand dan seorang kanak-kanak perempuan warga Itali berusia 12 tahun dilaporkan cedera ringan dalam serangan berkenaan.
Bagaimanapun, semua mangsa dibenarkan pulang selepas dirawat di hospital.
Sementara itu, jurucakap tentera Sansern Kaewkamnerd berkata, serangan itu mungkin berkaitan dengan kekacauan politik di negara berkenaan.
“Laporan awal menunjukkan serangan itu dilakukan oleh kumpulan sama yang melancarkan serangan bom di Bangkok,” ujarnya.
Menurutnya, serangan itu mempunyai kaitan dengan dua serangan bom kecil yang meletup di luar sebuah pusat beli-belah di Bangkok dan mencederakan dua orang pada Februari lalu.
Ketua junta tentera yang juga Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha sebelum ini berkata, serangan di Bangkok itu bertujuan untuk memburukkan kerajaan.
Serangan berkenaan berlaku ketika junta tentera berusaha meyakinkan pelancong bahawa negara itu masih selamat dikunjungi selepas rampasan kuasa pada tahun lalu.
Koh Samui antara pulau pelancongan popular di Thailand.
Setiap tahun seramai 20 juta pelancong melawat negara itu.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 April 2015 @ 5:11 AM


ANGGOTA polis memeriksa bangkai sebuah lori pikap yang musnah dalam kejadian bom kereta di sebuah pusat beli-belah di pulau Koh Samui.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/43225#sthash.HaYmafu0.dpuf

Bom kereta meletup di pulau pelancongan Samui


PEGAWAI polis melakukan siasatan kejadian letupan bom kereta di sebuah pusat beli-belah di Pulau Koh Samui, Thailand kelmarin. - REUTERS


BANGKOK – Letupan bom dalam sebuah kereta di pulau pelancongan terkenal Koh Samui malam kelmarin mencederakan tujuh orang termasuk seorang kanak-kanak warga Itali.
Bom yang diletakkan di dalam kenderaan pikap jenis Mazda dengan nombor plat palsu itu meletup di tempat letak kereta ketika orang ramai masih berada di dalam pusat beli-belah Central Festival.
Menurut polis, kenderaan itu dicuri pada 31 Mac di Yala yang merupakan salah satu kawasan yang masih bergolak hampir 10 tahun lalu dengan mengorbankan lebih 6,300 orang.
“Kami masih tidak dapat mengesahkan jenis bahan letupan yang digunakan dalam kejadian tersebut,” ujar jurucakap polis, Leftenan Jeneral, Prawut Thavornsiri.
Thavornsiri turut mengesahkan kenderaan itu dicuri di Yala tetapi tidak menyatakan sama ada kejadian berkenaan mempunyai kaitan dengan konflik di selatan Thailand.
Seorang pegawai bencana, Poonsak Sophonsasmorong memberitahu, enam penduduk tempatan dan seorang kanak-kanak Itali berusia 12 tahun mengalami kecederaan ringan dalam insiden tersebut.
Polis Thai sebelum ini dikritik kerana gagal mengendalikan dengan baik kes pembunuhan dua warga Britain di Pulau Koh Tao tahun lalu termasuk melakukan kesilapan besar memberikan informasi awal kepada pihak media. – AFP

11 April 2015

Tujuh cedera dalam letupan di Pulau Samui


samui
Pikap yang tinggal rangka, selepas sebutir bom meletup di tingkat bawah tanah pusat beli-belah Central Festival, di Pulau Samui, lewat malam semalam. - Foto Twitter @Nouytnews/ Bangkok Post

BANGKOK, 11 April:

Tujuh cedera, apabila sebuah kenderaan meletup di sebuah pusat beli-belah di Pulau Samui, Wilayah Surat Thani, malam semalam.
Bom buatan sendiri yang disembunyikan dalam sebuah pikap, di tingkat bawah tanah pusat beli-belah Central Festival itu, meletup kira-kira jam 11.30 malam tadi, sejurus selesai satu pertunjukan fesyen.
Mangsa cedera terdiri daripada enam warga tempatan dan seorang kanak-kanak perempuan dari Itali.
“Tujuh mangsa cedera ringan, selepas terkena serpihan letupan itu,” kata Komander Polis Wilayah Surat Thani, Kolonel Apichart Boonsriroj kepada AFP.
Sementara itu, Ketua Pencegahan Bencana Pulau Samui, Poonsak Sophonpathumrak yang dipetik AP sebagai berkata, letupan itu hampir memusnahkan keseluruhan pikap berkenaan, selain merosakkan beberapa kenderaan berhampiran.
Lokasi letupan itu terletak beberapa ratus meter dari Pantai Chaweng yang popular di kalangan pelancong tempatan dan asing.
Pihak berkuasa percaya, kenderaan itu dicuri di satu daripada tiga wilayah, di selatan Thailand yang dibelenggu pemberontakan yang meragut lebih 5,000 nyawa, sejak 2004.
“Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan di tempat kejadian untuk mencari lebih banyak petunjuk dan maklumat, sebelum boleh mengaitkan ia dengan mana-mana kumpulan pemberontak,” katanya.
Kumpulan pemberontak kerap melancarkan letupan kenderaan dalam serangan-serangan di destinasi pelancongan lain di wilayah selatan Thailand, namun tidak pernah menyasarkan Pulau Samui yang merupakan sebuah daripada destinasi pelancongan terkenal di Negara Gajah Putih itu.


Read more: http://bm.therakyatpost.com/?p=79004#ixzz3WyfedBz9

Empat maut ditembak di Pattani


Kes tembak
PATTANI - Empat orang terbunuh dalam kejadian tembak-menembak di kawasan hutan Kampung Salalak, Daerah Naperadu di sini, semalam.
  
Kejadian berlaku pukul 11 malam waktu tempatan.
  
Menurut polis, tiga ditemui mati ditempat kejadian dan seorang lagi cedera parah dan meninggal di hospital.
  
Timbalan Ketua Polis Wilayah Pattani, Kolonel Polis Prappal Mimongkol berkata, semua mangsa berumur antara 23-38 tahun ditembak di kepala dalam jarak dekat.
  
Polis percaya motif kejadian mempunyai kaitan dengan kumpulan penagih daun ketum.
  
Polis menyoal siasat dua orang saksi yang selamat dalam kejadian tersebut.
  
Sementara itu pada 12.30 tengah hari tadi, sebutir bom yang ditanam di tepi jalan meletup menyebabkan seorang tentera yang sedang meronda patah kaki.
  
Dalam satu lagi kejadian, sebutir bom meletup pada pulul 10.30 malam semalam di pulau pelancongan Koh Samui, Surat Thani, menyebabkan tujuh orang cedera.
  
Bom buatan sendiri itu dipasang dalam kereta dan diletak di tempat letak kereta di pusat beli-belah Central Festival Samui.
  
Kejadian berlaku ketika pelancong menuju ke kawasan tersebut bagi meraikan perayaan Songkran yang bermula secara rasmi dari 13 hingga 15 April.
  
Pihak polis berkata yang cedera merupakan enam warga Thailand dan seorang warga Itali yang kesemua mereka cedera akibat terkena serpihan cermin pecah.
  
Ketua Polis Wilayah Yala, Mej Jen Pol, Thanonsak Wangsupa berkata pegawai tentera telah menyoal siasat pemandu kereta berumur 54 tahun tersebut yang dilapor dicuri sebelum ini.
  
Setengah jam selepas kejadian di Pulau Samui itu, Koperasi Surat Thani pula yang terletak 150 kilometer daripada Pulau Samui dilapor terbakar selepas bunyi letupan bom dari ruang jualan makanan.
  
Bangunan satu tingkap itu rentung dijilat api. - Bernama

9 April 2015

Tentera Thai mohon maaf orang awam terbunuh


bendera thailand
PATTANI - THAILAND. Seorang pegawai tentera di selatan Thailand memohon maaf berikutan empat orang awam terbunuh dan 22 lagi ditahan dalam operasi yang dilakukan pihak keselamatan di wilayah itu pada 25 Mac lepas.

Komander Tentera Bahagian Keempat Left Jen Prakarn Chollayuth, semalam, memohon maaf daripada penduduk tempatan dan anggota keluarga mangsa yang  maut dan ditahan itu.

"Sebagai pimpinan bertanggungjawab dengan keselamatan dalam kawasan saya...saya meminta maaf atas kejadian itu yang menyebabkan keganasan," katanya.    

Beliau memohon maaf tersebut setelah Jawatankuasa Siasatan Kebenaran Kejadian di Kampong Tokchud, Pattani, mendapati keempat-empat mangsa yang terbunuh bukan anggota Gerakan Pembebasan Pattani, seperti didakwa oleh pegawai keselamatan tersebut.

Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pattani Wae Deramae Matmingcik, anggota dan wakil jawatankuasa siasatan itu, membaca keputusan siasatan tersebut kepada media, pegawai kerajaan dan anggota keluarga mereka yang terlibat.

Antara keputusan siasatan tersebut, jawatankuasa berkenaan mendapati senjata api dan bom tangan yang dijumpai berdekatan dengan mayat mangsa, bukan milik mangsa.

Hasil siasatan juga mendapati bahawa tiga laras senjata api AK-47 tidak mempunyai rekod polis bahawa senjata tersebut pernah digunakan oleh Gerakan Pembebasan Pattani, sebelum ini.  

Ia juga mahukan pegawai keselamatan bertanggungjawab, dihadapkan ke  mahkamah bagi mendapat keadilan dan mengembalikan keyakinan semua pihak.

Kerajaan juga diminta memberi perlindungan keselamatan kepada saksi-saksi.

Jawatankuasa tersebut ditubuhkan oleh Gabenor Wilayah Pattani Wirapong Keawsuwang pada 27 Mac lepas, dan terdiri daripada 15 anggota daripada pelbagai
organisasi tempatan.

Mereka diberi tempoh tujuh hari untuk menyiasat, mencari maklumat dan kebenaran melalui maklumat daripada mangsa yang ditahan, anggota keluarga dan dan pegawai yang bertugas pada hari tersebut.

Pihak keselamatan mendakwa operasi tersebut berdasarkan maklumat risikan pergerakan anggota gerakan dalam merancang untuk menyerang pegawai  keselamatan di daerah Tung-Yang-Deang, Pattani.

Anuar Merah, bapa kepada Madari Merah yang maut dalam operasi itu, berkata beliau menerima keputusan jawatankuasa siasatan tersebut.

"Saya puas hati. Kita tunggu dan lihat pada masa depan bagaimana pula. Kalau ikut hati, saya nak mereka yang bersalah dihukum sejajar dengan apa yang mereka lakukan," katanya.

Dalam pada itu, Rektor Universiti Fathoni Dr Ismail Lutfi Chapakia berucap dalam nada sebak dan tidak mampu menahan air mata kerana dua mangsa yang terbunuh adalah pelajar universiti berkenaan.  

"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, tidak kira pemberita yang mengambil sifat berwaspada dalam menyebar berita ini bagi melahirkan kedamaian dalam kawasan ini," katanya yang gembira dengan proses keadilan tersebut. - Bernama

8 April 2015

4 dibunuh tentera sah bukan pejuang pemisah



Yala: Siasatan pihak berkuasa Thai semalam mendapati empat lelaki Islam tidak bersenjata yang ditembak mati bulan lalu bukan pejuang pemisah.
Ia sekaligus menimbulkan kemungkinan tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap pasukan keselamatan.
Dua penduduk kampung dan dua pelajar mati ditembak pada 25 Mac lalu dalam serbuan di kampung Ban To Chut di Pattani apabila pasukan keselamatan menembak mangsa yang disyaki pejuang pemisah.
Pembunuhan orang awam di wilayah itu sering berlaku.
Bagaimanapun, panel penyiasat diketuai Gabenor Pattani Werapong Kaewsuwan mendapati mereka tidak bersenjata dan disalah anggap sebagai pemberontak.
“Mereka jelas bukan pemberontak.
“Tindakan pasukan keselamatan memberi kesan negatif kepada orang awam dan wajar dikenakan tidakan undang-undang,” katanya.
Menurutnya, senjata yang dirampas ketika serbuan juga bukan milik mangsa.
Kumpulan hak asasi manusia menuduh pasukan keselamatan Thailand sering melaksanakan pembunuhan sewenang-wenangnya di kawasan terpencil. - AFP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/42240#sthash.XGCOOzaE.dpuf

Pilihan raya Thailand tahun depan


Pilihan raya Thailand tahun depan
Prayuth akan kekal menjadi pemimpin Thailand jika negara berdepan ancaman yang mengganggu keselamatan rakyat. - Foto AFP
BANGKOK - THAILAND. Kerajaan junta Thailand akan mengikut perancangan asal berkaitan negara termasuk mengadakan pilihan raya pada awal tahun depan, menurut jurucakap tentera, semalam.

"Kami komited kepada pelan tindakan di mana pilihan raya akan berlaku selepas perlembagaan baharu diwujudkan. Perlembagaan dijangka siap hujung tahun ini," menurut Kolonel Winthai Suvaree.

Winthai bagaimanapun enggan mengulas kenyataan dibuat beberapa pegawai kerajaan yang mengatakan junta akan terus berkuasa jika diperlukan.

Difahamkan, kenyataan itu dibuat selepas pertemuan Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha dengan seorang peramal yang meramalkan beliau akan terus menyandang jawatan itu selama tiga tahun lagi.

Sementara itu, timbalan jurucakap kerajaan Mejar Jeneral Sansern Kaewkamnerd berkata, junta akan terus berkuasa di Thailand sehingga ia mencapai matlamatnya atau selagi usaha untuk menggulingkan kerajaan berterusan.

"Jika semuanya berlangsung seperti dirancang, tidak perlu bagi kerajaan untuk terus memerintah. Perdana menteri selalu berkata bahawa kerajaan ini tidak mahukan kuasa, tetapi hanya mahu bekerja demi kepentingan negara.

"Tetapi jika ada percubaan yang menghalang pembaharuan negara atau yang membawa kepada huru hara kepada pegawai dan rakyat, kerajaan tidak mempunyai pilihan selain mempertahan rakyat," katanya. - dpa

7 April 2015

Pertahan undang-undang tentera


Bangkok: Ketua junta tentera Thai Prayuth Chan-ocha semalam mempertahankan undang-undang keselamatan kontroversinya dua hari selepas junta berkenaan menarik balik undang-undang tentera.
Prayuth turut memberi amaran, beliau tidak akan bertolak ansur dengan kecaman yang dilemparkan terhadap tentera Thai yang mengekalkan kuasa mutlak di bawah undang-undang keselamatan baru itu.
Ketua hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebelum ini menyuarakan rasa bimbang terhadap langkah baru itu dengan berkata, undang-undang baru itu lebih kejam daripada undang-undang tentera.
Kata pengkritik, langkah itu memberi kuasa mutlak kepada Prayuth.
Bercakap di sebuah akademi tentera di Bangkok, Prayuth berkata, pengkritiknya dikelirukan oleh media asing.
“Jika ada pihak yang berkata sesuatu hingga menjejaskan imej Tentera Diraja Thai atau kepada negara, saya tidak akan bertolak ansur. Saya tidak gentar.
“Saya akan menutup media jika mereka hanya melaporkan mengenai keburukan sistem baru. Saya boleh menutup sebarang media, tetapi tolong tulisnya secara baik,” katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/41354#sthash.A9L7RSxS.dpuf

10 aktivis Islam masih ditahan tentera Thai


Bangkok: Tentera Thai semalam memberitahu bahawa pihaknya masih menahan 10 daripada 22 aktivis Islam yang ditahan di selatan negara itu kerana disyaki terbabit dalam satu serangan bom kereta.
Kesemua aktivis berkenaan ditahan dalam beberapa serbuan di asrama pelajar di wilayah Narathiwat pada 2 April lalu.
Mereka ditahan di bawah undang-undang tentera negara itu.
Serbuan itu dikritik oleh pertubuhan hak asasi manusia kerana mereka tidak didakwa dan ditahan tanpa sebarang bukti yang kukuh.
Bagaimanapun, jurucakap pusat kawalan operasi keselamatan dalaman tentera, Pramote Prommin memberitahu empat aktivis mengaku mempunyai kaitan dengan serangan bom kereta pada 20 Februari lalu.
Serangan bom kereta di selatan negara itu menyebabkan seramai 13 orang cedera.
Pramote berkata, pihaknya membebaskan 12 tahanan dan empat lagi dilepaskan semalam.
Ujarnya, semua aktivis yang masih ditahan ditempatkan di tiga kem tentera.
“Kami menggunakan undang-undang tentera untuk memburu dan menahan mereka yang terbabit dalam jenayah,” tegasnya. - Reuters
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/41771#sthash.3JlMi3wg.dpuf

3 April 2015

Junta Thailand kukuh kuasa

Laksana undang-undang baharu ganti undang-undang tentera

Prayuth Chan-ocha
Prayuth Chan-ocha

BANGKOK 2 April - Langkah junta tentera Thailand menguatkuasakan undang-undang baharu bagi menggantikan undang-undang tentera yang dibubarkan semalam, mencetuskan kebimbangan banyak pihak junta akan mengukuhkan kedudukannya di negara ini.
Undang-undang itu yang merupakan sebahagian daripada Perlembagaan sementara Thailand yang sedang digubal oleh sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh kerajaan junta dilihat akan membantu mengukuhkan kedudukan tentera dalam pentadbiran negara.
Pendekatan keselamatan yang dilaksanakan kerajaan junta selepas membubarkan undang-undang tentera turut melibatkan pengharaman perhimpunan politik melebihi lima orang, terus menyelubungi negara ini yang melihat kebebasan sivil semakin berkurangan sejak tentera merampas kuasa pada Mei tahun lepas.
Tentera dalam satu pengumuman berkata, pendekatan baharu itu akan menangani sebarang tindakan yang boleh mengancam keamanan dan ketenteraman serta keselamatan negara, selain melanggar arahan kerajaan junta.
Pendekatan tersebut dilihat satu langkah yang memberikan tentera kuasa pentadbiran yang sama di bawah undang-undang tentera.
Kebimbangan meningkat, selepas satu rang undang-undang didakwa telah diluluskan akan memberi kekebalan kepada pihak yang melancarkan rampasan kuasa pada tahun lepas.
Dua daripada 36 anggota Jawatankuasa Merangka Perlembagaan tersebut yang enggan dikenali berkata, artikel Perlembagaan berhubung pengampunan tersebut telah diluluskan pada minggu lepas tanpa sebarang bantahan.
Pengkritik kerajaan junta berkata, peruntukan itu merupakan sebahagian daripada perubahan Perlembagaan yang akan mengembalikan Thailand ke era 1997 yang mana tentera dan kerabat raja menguasai pentadbiran negara.
Peruntukan dalam Perlembagaan itu juga dilaporkan menimbulkan keraguan termasuk cadangan memilih anggota Dewan Tertinggi Parlimen daripada calon-calon yang dipilih oleh bekas ahli politik dan pegawai tentera.
Draf Perlembagaan tersebut mencadangkan penubuhan satu majlis untuk memantau perubahan yang diluluskan kerajaan junta dan satu rancangan untuk perwakilan berkadar yang akan membolehkan kerajaan perikatan berpotensi mengawal pembangkang.
Pemimpin Parti Demokrat, Nipit Intrasombat berkata, kerajaan junta dan Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha cuba mengekalkan kuasa pentadbiran mereka.
“Sejak minggu lepas, Prayuth memberikan petunjuk membimbangkan dengan menunjukkan jika keselamatan Thailand tidak dikawal oleh tentera, pilihan raya umum yang dirancang pada tahun depan akan ditangguhkan,’’ katanya.
Pilihan raya umum yang sepatutnya diadakan pada tahun ini telah ditangguhkan dan parti-parti politik yang menentang kerajaan junta bimbang tentera akan menangguhkannya lagi.
Jawatankuasa Merangka Perlembagaan yang mula bertugas pada Januari lalu, mengadakan mesyuarat tertutup setiap hari di Bangunan Parlimen di sini dengan hanya rundingan awam secara terhad walaupun berikrar menyediakan satu ‘Perlembagaan Rakyat’. – Reuters
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/junta-thailand-kukuh-kuasa-1.76565#sthash.yXFLP9Zi.dpuf

2 April 2015

Empat Letupan Bom Gegar Bandar Pattani


Diterbitkan: Khamis, 2 April 2015 8:56 PM
Dua anggota keselamatan berkawal di hadapan premis pameran kereta di mana salah satu dari empat butir bom diletupkan di Bandar Pattani awal pagi Khamis -- fotoBERNAMA (2015)

PATTANI: Pattani digegarkan lagi dengan kejadian empat letupan bom serentak yang menyebabkan seorang awam cedera parah.

Ketua Polis Daerah Muang Pattani, Pol Col Kirati Waeyusuf berkata letupan berlaku pada pukul 2.00 pagi di kawasan pekan dengan sasaran adalah syarikat peniagaan dan bekalan elektrik.

Letupan berlaku hanya beberapa jam selelepas kerajaan Perdana Menteri, Jen Prayuth Chan-Ocha membatalkan penguatkuasaan undang-undang tentera dan menggantikannya dengan Artikel 44 Perlembagaan Sementara yang memberi kuasa mutlak kepada Majlis Keselamatan Kebangsaan untuk Keamanan dan Ketenteraman (NCPO) yang diketuai Prayuth mengeluarkan arahan dan perintah.

Bom pertama meletup di hadapan bilik pameran syarikat kereta Isuzu yang menyebabkan cerminnya pecah dan tiga buah kereta rosak serta turut merosakkan 10 premis perniagaan lain.

Bom kedua pula meletup di hapadan bilik pameran motosikal, 30 meter daripada kawasan letupan bom pertama yang menyebabkan lima buah motosikal dan sebuah kereta rosak.

Bom ketiga meletup di hadapan kedai menjual minumn keras di Jalan Yarang yang menyebabkan cerminnya pecah, sebuah kereta serta tiga buah rumah turut rosak.

Manakala bom keempat meletup di tepi tiang elektrik yang mengakibatkan lima tiang elektrik tumbang dan menyebabkan bekalan elektrik di bandar Pattani terputus selama 30 minit.

Ia turut mencederakan seorang orang awam apabila tiang elektrik tumbang ke atas motosikalnya.

Pihak polis percaya mereka yang melakukan kesemua serangan itu tidak kurang daripada 10 orang.