25 April 2015

Mayat bayi nak dijadikan tangkal


Bangkok: Polis semalam melancarkan siasatan selepas menemui mayat seorang bayi yang dilitupi daun emas dan ditempatkan dalam keranda kaca di tanah perkuburan sebuah kuil di Chiang Mai.
Polis menggali semula keranda berkenaan selepas menerima laporan orang ramai yang bimbang kemungkinan ia mempunyai hubungan dengan amalan sihir.
Bekas sami kuil Chalerm Duangthong mengaku mengebumikan mayat kanak-kanak itu tetapi menafikan ia ada kaitan dengan sebarang salah laku.
“Niat saya ialah menghantar roh bayi berkenaan ke tempat yang lebih baik,” menurut Chalerm ketika disoal siasat oleh polis.
Menurut polis, Chalerm mengaku membeli mayat itu daripada seorang pengurus mayat dengan harga THB3,000 (RM335) kerana mahu menjadikannya tangkal.
“Bagaimanapun, Chalerm mendakwa mengubah rancangan kerana bayi itu terlalu besar dan kelihatan terlalu ‘manusia’,” kata Timbalan Ketua Polis Chiang Mai Mejar Jeneral Pacha Rattanaphan.
Dia berkata, bedah siasat akan dilakukan terhadap mayat itu untuk mengetahui punca kematiannya.
“Kami juga akan berusaha menjejaki orang yang menjual mayat itu kepada Chalerm kerana mengesyaki dia sebahagian daripada anggota kumpulan pemerdagangan organ manusia.
Charlerm berkata, pengurus mayat itu wanita bernama Boon yang memang dikenali kerana menjual banyak mayat atau sebahagian tubuh manusia kepada mereka yang berminat terhadap amalan sihir.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/46013#sthash.kODa247t.dpuf

No comments:

Post a Comment