25 April 2015

8 cedera dalam letupan


Narathiwat: Lapan orang cedera dalam letupan bom di Narathiwat dan Pattani, semalam.
Dalam kejadian di Narathiwat, seorang bapa dan tiga anaknya, yang berumur empat, enam dan lapan tahun cedera ringan apabila bom meletup ketika mereka dalam perjalanan dari rumah ke padang sukan, menunggang motosikal.
Ketua Polis Daerah Takbai Kolonel Jiradej Prasawang berkata, kejadian berlaku pada 8.15 pagi apabila bom buatan sendiri yang dipasang dalam tong gas seberat 20 kilogram (kg) yang ditanam di tepi jalan meletup setelah diaktifkan dengan walkie-talkie.
“Sebutir lagi bom yang ditemui 60 meter dari tempat kejadian pertama seberat 10 kilogram dapat dimusnahkan skuad pemusnah bom,” katanya.
Sementara itu, di daerah Mayo, Pattani sebutir bom buatan sendiri meletup di tepi jalan Mayo-Tungyangdaeng menyebabkan empat pegawai keselamatan yang terdiri daripada dua anggota rela dan dua tentera cedera ringan dalam satu insiden awal pagi.
Ketua Polis Daerah Mayo Kolonel Jiraseth Dao-ngentrakul berkata, pasukan keselamatan menemui sebutir lagi bom yang dipasang dalam tong gas kira-kira tiga meter dari tempat kejadian pertama.
“Pihak keselamatan juga menemui dua lagi bom seberat 50kg di bawah jambatan, iaitu 100 meter dari tempat kejadian letupan bom berkenaan dan turut berjaya memusnahkannya,” katanya. - BERNAMA
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/46209#sthash.BhAOTQlC.dpuf

No comments:

Post a Comment