1 April 2015

Junta gantung lesen dua saluran televisyen Thailand

GAMBAR fail menunjukkan Pengerusi Baju Merah, Jatuporn Prompan dalam sebuah rancangan di saluran Peace TV pada 10 Oktober 2014.
BANGKOK – Dua saluran televisyen Thailand yang mempunyai kaitan dengan pergerakan pembangkang Baju Merah akan ditutup selama tujuh hari kerana melanggar arahan junta tentera, kata seorang pegawai semalam.
Langkah itu dianggap sebagai pencabulan terbaharu terhadap hak kebebasan bersuara di negara itu.
Saluran-saluran tele­vi­syen politik Thailand sebelum ini disekat daripada beroperasi selepas perisytiharan perintah darurat susulan rampasan kuasa tentera pada Mei tahun lalu.
Bagaimanapun, lara­ngan tersebut ditarik balik tiga bulan kemudian dengan syarat saluran-saluran berkenaan tidak memainkan isu politik.
Seorang pegawai kanan Suruhanjaya Telekomunikasi Kebangsaan (NTC) memberitahu agensi beri­ta AFP bahawa draf surat penggantungan sedang disediakan untuk saluran Peace TV yang memaparkan program harian bersama Pengerusi Baju Merah, Jatuporn Prompan dan saluran berita 24 News.
“NTC membuat keputusan untuk menggantung lesen dua saluran televisyen tersebut selama tujuh hari kerana melanggar arahan junta tentera. Penggantungan akan bermula apabila surat rasmi tersebut diterima oleh mereka,” katanya.
Gerakan Baju Merah secara rasminya dikenali sebagai Barisan Bersatu untuk Demokrasi Menentang Diktator (UDD) menyokong kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra yang digulingkan tentera. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0401&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3W0atpWaY 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment