29 July 2014

Raya di Selatan Thai dicemari keganasan


28/07/2014 8:12pm

NARATHIWAT- Ketibaan 1 Syawal di selatan Thailand dicemari beberapa insiden keganasan yang meragut sekurang-kurang enam nyawa manakala lapan orang cedera.
Di Narathiwat, seorang anggota tentera dan tiga anggota puak pemisah maut dalam pertempuran.
Kejadian berlaku pada kira-kira 11 pagi tadi apabila puak pemisah menyerang seorang polis yang ketika itu dalam perjalanan pulang untuk berhari raya bersama keluarga di daerah Rusok, menurut Leftenan General Polis Suchat Tirasawat.
Anggota tentera yang tinggal berdekatan lokasi kejadian kemudian membantu anggota polis berkenaan, yang cedera ditembak, sehingga berlaku pertempuran sengit selama setengah jam, kata Suchat yang merupakan Timbalan Ketua Polis Wilayah Sempadan Selatan.
Seorang anggota tentera yang parah dalam pertempuran itu meninggal dunia di Hospital Rusok manakala anggota polis yang cedera dihantar ke hospital sama sebelum dipindah ke Hospital Pusat Yala.
Sementara itu, tiga anggota puak pemisah dari kumpulan yang dikenali sebagai Runda Kumpulan Kecil (RKK) mati ditembak di tempat kejadian.
Mereka dikenali sebagai Adullah Yunuh, Saffuan Saleh dan Abdulrafa Salehru yang bergerak aktif di kawasan Rusok dan pihak berkuasa ada mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka, kata Suchat.
Abdulrafa adalah menantu kepada Imam Yakpa, yang dikatakan mati didera oleh tentera pada 2006.
Di Takbai, seorang Penolong Ketua Kampung Mat-useng HajAbubakar, 37, meninggal dunia di Hospital Takbai akibat kecederaan parah selepas di tembak di depan rumahnya.
Suchat berkata, Mat-useng ditembak selepas selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri oleh suspek yang menunggu di jalan berhadapan rumah mangsa. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0728&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_02.htm#ixzz38nuCrKK8 
Hakcipta terpelihara 

28 July 2014

Aidilfitri berdarah di selatan Thailand


  • thailand

NARATHIWAT - THAILAND. Ketibaan 1 Syawal di selatan Thailand dicemari beberapa insiden keganasan yang meragut sekurang-kurang enam nyawa manakala lapan orang cedera.

Di Narathiwat, seorang anggota tentera dan tiga anggota puak pemisah maut dalam pertempuran.

Kejadian berlaku pada kira-kira 11 pagi tadi apabila puak pemisah menyerang seorang polis yang ketika itu dalam perjalanan pulang untuk berhari raya bersama keluarga di daerah Rusok, menurut Leftenan General Polis Suchat Tirasawat.

Anggota tentera yang tinggal berdekatan lokasi kejadian kemudian membantu anggota polis berkenaan, yang cedera ditembak, sehingga berlaku pertempuran sengit selama setengah jam, kata Suchat yang merupakan Timbalan Ketua Polis Wilayah Sempadan Selatan.

Seorang anggota tentera yang parah dalam pertempuran itu meninggal dunia di Hospital Rusok manakala anggota polis yang cedera dihantar ke hospital sama sebelum dipindah ke Hospital Pusat Yala.

Sementara itu, tiga anggota puak pemisah dari kumpulan yang dikenali sebagai Runda Kumpulan Kecil (RKK) mati ditembak di tempat kejadian.

Mereka dikenali sebagai Adullah Yunuh, Saffuan Saleh dan Abdulrafa Salehru yang bergerak aktif di kawasan Rusok dan pihak berkuasa ada mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka, kata Suchat.

Abdulrafa adalah menantu kepada Imam Yakpa, yang dikatakan mati didera oleh tentera pada 2006.

Sementara itu, di Takbai, seorang Penolong Ketua Kampong Mat-useng Haji Abubakar, 37, meninggal dunia di Hospital Takbai akibat kecederaan parah selepas di tembak di depan rumahnya.

Suchat berkata Mat-useng ditembak selepas selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri oleh suspek yang menunggu di jalan berhadapan rumah mangsa.

Semalam, kira-kira sejam selepas umat Islam di Thailand diumum akan menyambut Aidilfitri hari ini, sebutir bom yang ditanam di tepi jalan diletupkan di Kampungg Kadunong dalam daerah Saiburi, Pattani.

Beliau berkata bom itu diaktifkan ketika anggota renjer melakukan rondaan dengan berjalan kaki.

Letupan bom itu menyebabkan seorang kanak-kanak berumur lima tahun maut dan dua anggota renjer serta lima orang awam termasuk dua kanak-kanak cedera. - Bernama

Aidilfitri di selatan Thailand tercemar akibat keganasan


2014/07/28

Tweet
NARATHIWAT: Ketibaan 1 Syawal di selatan Thailand dicemari beberapa insiden keganasan yang meragut sekurang-kurang enam nyawa manakala lapan orang tercedera.

Di Narathiwat, seorang anggota tentera dan tiga anggota puak pemisah maut dalam pertempuran.


Kejadian berlaku pada kira-kira 11 pagi tadi apabila puak pemisah menyerang seorang polis yang ketika itu dalam perjalanan pulang untuk berhari raya bersama keluarga di daerah Rusok, menurut Leftenan General Polis, Suchat Tirasawat.

Anggota tentera yang tinggal berdekatan lokasi kejadian kemudian membantu anggota polis berkenaan, yang cedera ditembak, sehingga berlaku pertempuran sengit selama setengah jam, kata Suchat yang juga Timbalan Ketua Polis Wilayah Sempadan Selatan.

Seorang anggota tentera yang parah dalam pertempuran itu meninggal dunia di Hospital Rusok manakala anggota polis yang cedera dihantar ke hospital sama sebelum dipindah ke Hospital Pusat Yala.

Sementara itu, tiga anggota puak pemisah dari kumpulan yang dikenali sebagai Runda Kumpulan Kecil (RKK) mati ditembak di tempat kejadian.

Mereka dikenali sebagai Adullah Yunuh, Saffuan Saleh dan Abdulrafa Salehru yang bergerak aktif di kawasan Rusok dan pihak berkuasa ada mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka, kata Suchat.
Abdulrafa adalah menantu kepada Imam Yakpa, yang dikatakan mati didera oleh tentera pada 2006.

Sementara itu, di Takbai, seorang Penolong Ketua Kampong, Mat-useng Haji Abubakar, 37, meninggal dunia di Hospital Takbai akibat kecederaan parah selepas di tembak di depan rumahnya.

Suchat berkata Mat-useng ditembak selepas selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri oleh suspek yang menunggu di jalan berhadapan rumah mangsa.

Semalam, kira-kira sejam selepas umat Islam di Thailand diumum akan menyambut Aidilfitri hari ini, sebutir bom yang ditanam di tepi jalan diletupkan di Kampung Kadunong dalam daerah Saiburi, Pattani.

Beliau berkata bom itu diaktifkan ketika anggota renjer melakukan rondaan dengan berjalan kaki.

Letupan bom itu menyebabkan seorang kanak-kanak berumur lima tahun maut dan dua anggota renjer serta lima orang awam termasuk dua kanak-kanak cedera. - BERNAMA

27 July 2014

Rakyat kita cedera dibom keluar hospital


Oleh Muhammad Apendy Issahak

Betong: Seorang daripada dua rakyat Malaysia yang dilaporkan cedera dalam kejadian letupan bom di pekan Betong, dalam Wilayah Yala, Selatan Thailand, petang kelmarin, dibenarkan keluar dari Hospital Betong.

Konsulat Malaysia di Thailand Mohd Rozaimi Harun berkata, seorang lagi mangsa masih mendapatkan rawatan di hospital sama kerana mengalami pendarahan dalaman, namun dilaporkan stabil.

Menurut Mohd Rozaimi, kedua-dua rakyat Malaysia itu dikenali sebagai Jeemihan, 27, dan Seoh Choo Then, 68.

Kedua-duanya berasal dari Baling, Kedah.


Katanya, Seoh masih dirawat dan ahli keluarganya dimaklumkan berkaitan perkara itu.

“Wakil kami juga dihantar ke Betong untuk memantau keadaan di sana,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, berdasarkan perkembangan semasa, Mohd Rozaimi menasihatkan rakyat Malaysia tidak mengunjungi bandar di selatan negara jiran itu kerana keadaan tidak menentu dan banyak ancaman keselamatan, terutama terhadap pelancong.

“Kami mempunyai sebab untuk percaya wujud ancaman terhadap bandar di sempadan negara ini dan pelancong turut menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab.

“Kami percaya ia taktik untuk menakut-nakutkan pelancong, seterusnya melumpuhkan ekonomi di selatan Thailand,” katanya.

Menurut beliau, pihak konsulat juga memantau rapi setiap perkembangan terkini di kawasan terbabit.




Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/27

26 July 2014

Bom: Rakyat Malaysia antara cedera di Betong


  • Betong pada amnya adalah bandar yang aman dan bukan sasaran serangan puak pemisah.Betong pada amnya adalah bandar yang aman dan bukan sasaran serangan puak pemisah.

YALA - THAILAND. Seorang rakyat Malaysia adalah antara mangsa letupan bom di Betong yang terletak di wilayah Yala, selatan Thailand, yang mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang dan mencederakan berpuluh mangsa lain.
  
Daripada senarai di hospital Betong, warga Malaysia itu ialah seorang pemuda berusia 28 tahun yang dikenali sebagai Jeemihan dan dipercayai berketurunan India sementara mangsa-mangsa lain adalah rakyat Thai.
  
Menurut pihak hospital ada 24 orang yang cedera tetapi sumber lain dan laporan media tempatan ada menyebutkan sehingga hampir 40 orang.
  
Menurut maklumat sumber kakitangan di Hospital Betong, empat orang yang cedera parah dan dalam keadaan kritikal dihantar menggunakan helikopter untuk menerima rawatan di Hospital Pusat Yala.
  
Penduduk tempatan berkata bom tersebut meletup sekitar jam 4.45 petang waktu tempatan.

Ia dipasang dalam sebuah trak pikap dan diletak serta diletupkan di hadapan Hotel Holiday Hill di pekan pelancongan Betong.
  
Ia merosakkan empat premis perniagaan serta berpuluh buah motosikal dan kereta.
  
Betong pada amnya adalah bandar yang aman dan bukan sasaran serangan puak pemisah sebelum ini.
  
Menurut maklumat pejabat pelancongan Daerah Betong, sekitar 80 peratus daripada ribuan pelancong yang datang ke situ merupakan rakyat Malaysia yang datang untuk berhibur. - Bernama

Betong bergegar


Daripada senarai di Hospital Betong, warga Malaysia itu ialah seorang pemuda berusia 28 tahun yang dikenali sebagai Jeemihan dan dipercayai berketurunan India sementara mangsa lain adalah rakyat Thailand.
Menurut pihak hospital ada 24 orang yang cedera tetapi sumber lain dan laporan media tempatan melaporkan hampir 40 orang cedera.

Menurut sumber kakitangan di Hospital Betong, empat orang yang cedera parah dan dalam keadaan kritikal dihantar menggunakan helikopter untuk menerima rawatan di Hospital Pusat Yala.
Foto
API marak diiringi asap tebal menyelubungi pekan Betong.

Penduduk tempatan berkata, bom itu meletup sekitar jam 4.45 petang waktu tempatan.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/26

Bom kereta meletup di Betong, dua terbunuh dan 36 cedera


BANGKOK 25 Julai - Sebutir bom kereta meletup di Betong, selatan Thailand yang menyebabkan dua terkorban dan 36 orang, termasuk sekurang-kurangnya seorang rakyat Malaysia mengalami kecederaan.
Pekan Betong di daerah Yala yang bersempadan dengan Pengkalan Hulu, Perak merupakan antara pekan sempadan Thailand yang menjadi tumpuan pelancong dari Malaysia.
Polis berkata, bom yang ditinggalkan di dalam kenderaan kira-kira 50 meter dari Hotel Holiday Hill di bandar Betong meletup kira-kira pukul 4 petang ini (0900 GMT). - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140725/lu_20/Bom-kereta-meletup-di-Betong-dua-terbunuh-dan-36-cedera#ixzz38WTPDnjY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rakyat Malaysia antara yang cedera dalam letupan bom di Betong


YALA (Thailand) 25 Julai - Seorang rakyat Malaysia adalah antara mangsa letupan bom di Betong yang terletak di wilayah Yala, selatan Thailand, yang mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang dan mencederakan berpuluh mangsa lain.
Daripada senarai di hospital Betong, warga Malaysia itu ialah seorang pemuda berusia 28 tahun yang dikenali sebagai Jeemihan dan dipercayai berketurunan India sementara mangsa-mangsa lain adalah rakyat Thai.
Menurut pihak hospital, ada 24 orang yang cedera tetapi sumber lain dan laporan media tempatan ada menyebutkan sehingga hampir 40 orang.
Menurut maklumat sumber kakitangan di Hospital Betong, empat orang yang cedera parah dan dalam keadaan kritikal dihantar menggunakan helikopter untuk menerima rawatan di Hospital Pusat Yala.
Penduduk tempatan berkata bom tersebut meletup sekitar jam 4.45 petang waktu tempatan.
Ia dipasang dalam sebuah trak pikap dan diletak serta diletupkan di hadapan Hotel Holiday Hill di pekan pelancongan Betong.
Ia merosakkan empat premis perniagaan serta berpuluh buah motosikal dan kereta.
Betong pada amnya adalah bandar yang aman dan bukan sasaran serangan puak pemisah sebelum ini. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140725/lu_22/Rakyat-Malaysia-antara-yang-cedera-dalam-letupan-bom-di-Betong#ixzz38WT7hLzV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Letupan di Yala, 2 terbunuh


Pasukan bomba memadam kebakaran di sebuah bangunan yang terbakar selepas bom diletupkan di luar sebuah hotel di Betong, Yala, semalam. - AFP
BANGKOK 25 Julai - Sekurang-kurangnya dua orang maut, manakala 36 orang lagi termasuk seorang rakyat Malaysia cedera apabila bom diletupkan di luar sebuah hotel di selatan Thailand, hari ini.
Ketua Polis Daerah Yala, Wasan Puangnoi berkata, dalam kejadian pada pukul 4.40 petang waktu tempatan (5.40 petang waktu Malaysia), bom tersebut ditempatkan dalam sebuah kereta kira-kira 50 meter dari sebuah hotel di Betong, Yala yang merupakan kawasan pelacongan popular dalam kalangan rakyat Malaysia.
"Letupan bom itu dipercayai dilancarkan kumpulan pemisah di wilayah selatan di mana ia sering berlaku pada bulan Ramadan, '' katanya.
Akhbar Bangkok Post melaporkan letupan tersebut turut merosakkan bangunan hotel dan kenderaan di sekitar kawasan itu, selain menyebabkan sebuah rumah dan sebuah kedai runcit terbakar.
Gabenor Yala, Dejrat Simsiri berkata, angka kecederaan tinggi kerana satu pesta buah sedang diadakan di wilayah berkenaan. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140726/lu_08/Letupan-di-Yala-2-terbunuh#ixzz38WSUP42Z
© Utusan Melayu (M) Bhd 

25 July 2014

3 maut, 36 cedera letupan bom di Hatyai


2014/07/25

HATYAI: Sekurang-kurangnya tiga terbunuh manakala 36 cedera termasuk tiga parah susulan letupam bom kereta di daerah komersial di selatan Thailand.

Leftenan Kolonel Sophon Saisuree berkata bom kereta berkenaan meletup di depan Hotel Holiday pada jam 4 petang (waktu tempatan).


Letupan berkenaan turut memusnahkan beberapa kenderaan lain dan merosakkan struktur bangunan. - AFP 

23 July 2014

Umat Islam Pattani turut doakan mangsa MH17


23 Julai 2014

PATTANI - THAILAND. Tragedi pesawat penerbangan MH17 Malaysia Airlines yang mengorbankan 298 nyawa di Timur Ukraine Khamis lepas turut mendapat simpati umat Islam di sini.
   
Semalam, lebih daripada 100 umat Islam dari tiga wilayah selatan Thailand iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat membacakan doa khusus untuk mangsa MH17 pada Majlis Berbuka Puasa bersama Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Faizal Ghazali.
   
Mohd Faizal berkata ini adalah kali pertama Pejabat Konsul Malaysia mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Selatan Thailand.
   
Beliau  mengucapkan terima kasih atas simpati umat Islam di selatan Thailand terhadap kehilangan penerbangan MH370 sebelum ini dan tragedi MH17 yang terhempas di Ukraine.
   
Beliau berkata majlis buka puasa kali ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan pejabat Konsul Jeneral di Songkhla dengan umat Islam di wilayah berkenaan.
   
Majlis yang berlangsung di Dewan Majlis Agama Islam Wilayah Pattani di mulakan dengan ucapan daripada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pattani Wae Deramae Matminchik yang mengucapkan takziah kepada keluarga penumpang MH17 yang meninggal dunia dalam tragedi berkenaan dan berharap agar rakyat Malaysia tetap sabar dengan ujian itu. - Bernama

22 July 2014

Pelajar Thailand mahu tentang junta


BANGKOK 21 Julai - Golongan mahasiswa Thailand dilaporkan sedang menggerakkan usaha menentang kerajaan junta dan mahukan sistem demokrasi serta kebebasan awam segera dikembalikan di negara itu.
Gerakan itu difahamkan digerakkan menerusi kumpulan kecil pelajar yang berkumpul di sekitar Bangkok dengan menerbitkan bahan bacaan alternatif sehingga mewujudkan aktiviti bacaan novel anti-autoritarian karya George Orwell, `Nineteen Eighty-Four’.
Tentangan itu turut menggunakan medium media sosial seperti Facebook sebagai wadah perjuangan mereka dengan mewujudkan kumpulan-kumpulan rahsia di Facebook, aplikasi telefon pintar sendiri dan akaun palsu bagi mengelak mereka dikesan pihak berkuasa.
``Saya sanggup untuk dihadapkan ke mahkamah tentera namun ia perlu berbaloi untuk sesuatu yang besar, sebuah perhimpunan atau sebagainya,’’ kata Anapit, 20, yang ditahan polis bulan lalu kerana merancang untuk berdemonstrasi. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140721/lu_06/Pelajar-Thailand-mahu-tentang-junta#ixzz38DTqaaWw
© Utusan Melayu (M) Bhd 

20 July 2014

Thailand punca rakyat Kemboja mati


POIPET 18 Jun - Kerajaan Kemboja menuduh kerajaan junta Thailand mencetuskan penghijrahan beramai-ramai pekerja asing dari negara ini yang mengakibatkan lapan orang terbunuh dan berlaku kemelut ekonomi antara kedua-dua negara.
Tuduhan itu disuarakan oleh Menteri Dalam Negeri Kemboja, Sar Kheng, hanya sehari selepas Phnom Penh dan Bangkok bersetuju menolak khabar angin menyatakan operasi kerajaan junta membanteras pekerja tanpa permit, selain menubuhkan talian khas bagi menangani isu pekerja.
"Selepas rampasan kuasa di Thailand, pihak tentera mengusir pekerja haram dalam keadaan tergesa-gesa tanpa memaklumkan kepada kerajaan Phnom Penh, sekali gus menyebabkan 180,000 pekerja Kemboja terpkasa meninggalkan negara itu.
"Saya rasa pemimpin kerajaan junta Thailand wajar bertanggungjawab ke atas kematian lapan orang rakyat negara ini dalam satu kemalangan jalan raya yang dipercayai ada kaitan dengan pengusiran tersebut," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140619/lu_09/Thailand-punca-rakyat-Kemboja-mati#ixzz38FeLVkMy
© Utusan Melayu (M) Bhd 

19 July 2014

Junta Thailand benar Yingluck ke Paris


BANGKOK 17 Julai - Kerajaan junta Thailand membenarkan bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra untuk meninggalkan negara ini buat kali pertama sejak rampasan kuasa tentera pada 22 Mei lalu.
Jurucakap tentera, Kolonel Winthai Suvaree berkata, kerajaan sementara yang diterajui tentera, semalam meluluskan permintaan Yingluck untuk pergi ke Paris pada minggu depan bagi menghadiri majlis sambutan hari jadi abangnya, Thaksin Shinawatra yang juga bekas Perdana Menteri yang kini hidup dalam buangan.
Suvaree berkata, permintaan tersebut diluluskan selepas kerejaan sementara yang sebelum ini dikenali sebagai Majlis Keamanan dan Ketenteraman Nasional Thailand (NCPO) mendapati Yingluck tidak terlibat dalam politik sejak beliau digulingkan,
"Beliau juga tidak pernah menunjukkan tindakan menentang NCPO dan mengambil sikap merendah diri," katanya.
Dalam perkembangan lain, kerajaan junta pimpinan Jeneral Prayut Chan-ocha memansuhkan yuran visa bagi pelancong China dan Taiwan selama tiga bulan sebagai langkah merangsang industri pelancongan negara ini, yang terjejas teruk akibat ketidakstabilan politik pada separuh pertama tahun ini.
Pemansuhan yuran itu berkuat kuasa dari 1 Ogos hingga 31 Oktober ini, tempoh sebelum musim kemuncak, untuk merangsang industri pelancongan.
Presiden Majlis Pelancongan Thailand, Piyaman Tejapaibul berkata, junta meluluskan langkah itu sebagai penghargaan kepada pelancong dari China dan Taiwan, yang sentiasa menyokong dengan tetap melawat Thailand, walau apa pun berlaku di negara ini.
Beliau berkata, jumlah ketibaan pelancong dari China turun sebanyak 20 peratus, dan yakin dasar baharu itu akan membantu meningkatkan semula bilangan pelancong dari negara itu.- AFP/BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140718/lu_06/Junta-Thailand-benar-Yingluck-ke-Paris#ixzz38DUGAOYc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

16 July 2014

Kerajaan junta Thai hantar pulang 100,000 pelarian


BANGKOK 15 Julai - Kerajaan junta Thailand akan menghantar pulang 100,000 pelarian yang telah menduduki kem pelarian selama lebih dua dekad di sepanjang sempadan Myanmar, satu tindakan yang dilihat akan mencetuskan konflik antara dua negara berkenaan.
"Kami tidak akan mengusir mereka keluar kerana kami perlu mengesahkan status kewarganegaraan mereka yang tinggal dalam kem tersebut.
"Selepas itu, kami akan mencari jalan untuk menghantar mereka pulang. Terdapat 100,000 pelarian yang tinggal di kem tahanan itu dalam tempoh yang lama tanpa diberi kebebasan. Thailand dan Myanmar akan membantu melicinkan kepulangan mereka," kata jurucakap timbalan tentera, Veerachon Sukhontapatipak.
Bulan lalu, kerajaan tentera Thailand mengancam untuk menahan dan menghantar pulang pendatang tanpa izin yang menyebabkan seramai 200,000 warga Kemboja pulang ke negara mereka. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140715/lu_02/Kerajaan-junta-Thai-hantar-pulang-100,000-pelarian#ixzz38DUfwKGi
© Utusan Melayu (M) Bhd 

14 July 2014

Tentera Thai mahu kuasai kerajaan awam


BANGKOK 12 Julai - Kerajaan junta Thailand berkata, pihaknya akan mengekalkan kawalan ke atas keselamatan nasional di bawah rancangan pembentukan kerajaan sementara, walaupun masyarakat antarabangsa mendesak pentadbiran negara diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan awam.
Panglima Angkatan Tentera Thailand, Jeneral Prayuth Chan-O-Cha berkata, Majlis Keamanan dan Ketenteraman Nasional (NCPO) akan berkongsi kuasa bersama kerajaan yang akan dilantik pada September ini.
"Kerajaan sementara akan memberi fokus kepada pentadbiran negara manakala NCPO akan bertanggungjawab ke atas keselamatan,’’ katanya dalam ucapan mingguan yang disiarkan televisyen tempatan.
Pemilihan anggota Kabinet baharu itu dijangka dilakukan oleh Dewan Perwakilan dilantik oleh kerajaan junta yang mana sumber tentera menyatakan anggota dewan itu akan terdiri daripada pegawai-pegawai tentera. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140713/lu_12/Tentera-Thai-mahu-kuasai-kerajaan-awam#ixzz38DUsTsiE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

11 July 2014

Dua pelajar kejururawatan maut ditembak


YALA 10 Julai - Kira-kira dua pelajar kejururawatan maut dalam satu serangan bersenjata ketika ketika keluar beli-belah semalam, selepas pihak yang menamakan diri mereka sebagai Pejuang Patani mengeluarkan surat amaran kepada penduduk beragama Buddha.
Kapten Montree Vijitwed, Pegawai Polis Siasatan Balai Polis Yala, berkata kedua-dua mangsa yang berumur 21 dan 29 tahun telah dibunuh dengan satu das tembakan di bahagian kepala oleh dua lelaki.
Kedua-dua mangsa adalah pelajar kejururawatan dari Kolej Kejururawatan Srinthon Wilayah Yala dan sedang dalam latihan di Hospital Somdej Prayuparaj Yala sejak 1 Julai lepas. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140710/lu_12/Dua-pelajar-kejururawatan-maut-ditembak#ixzz38Fegxf1n
© Utusan Melayu (M) Bhd 

9 July 2014

Konflik di selatan Thai diberi keutamaan


BANGKOK 7 Julai - Kerajaan junta Thailand menegaskan bahawa usaha mencapai keamanan di wilayah bergolak di selatan negara, merupakan keutamaan yang perlu diberi perhatian selepas dibelenggu konflik yang dicetuskan gerakan pemisah sejak sedekad lalu.
Setiausaha Majlis Keamanan dan Ketenteraman Nasional (NCPO), Udomdet Sitabutr berkata, sebagai permulaan, junta akan menghidupkan semula rundingan damai dengan kumpulan pemisah bagi memulihkan keamanan di wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat.
"Perdana Menteri sementara, Jeneral Prayuth Chan-ocha mahu langkah yang lebih teguh diambil, selain membawa lebih banyak kejayaan di selatan Thailand.
"Beliau juga mahu menggunakan strategi politik berbanding taktik ketenteraan untuk menyelesaikan kemelut tersebut," katanya. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140708/lu_09/Konflik-di-selatan-Thai-diberi-keutamaan#ixzz38DVAnjAm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

5 July 2014

Junta tentera Thailand sedia sambung rundingan damai


BANGKOK 3 Julai - Majlis Keamanan dan Ketenteraman Nasional Thailand (NCPO) memberi jaminan bahawa rundingan damai antara pihak kerajaan dan kumpulan pemisah di selatan negara ini akan diteruskan, tetapi menegaskan bahawa peranan Malaysia dalam proses rundingan itu dan penyelarasan mungkin berubah.
Portal berita Bangkok Post melaporkan bahawa jurucakap Kawalan Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4, Kolonel Pramote Prom-in berkata, ketua NCPO, Jeneral Prayuth Chan-ocha semalam mengeluarkan arahan supaya rundingan itu diteruskan.
Bagaimanapun, katanya, NCPO akan membuat perubahan dalam amalan rundingan dan penyelarasan dengan Malaysia yang menjadi fasilitator dalam rundingan damai sebelum ini.
``Prayuth menegaskan rundingan damai perlu menghormati prinsip kedaulatan kawasan.
``Pada 30 Jun lalu, kumpulan kerja penyelesaian sempadan wilayah selatan yang diketuai Timbalan Ketua tentera, Jeneral Udomdet Sitabutr memutuskan bahawa proses rundingan yang sedia ada sesuai untuk meneruskan tugas ke arah mencapai resolusi damai terhadap konflik di selatan negara ini,’’ kata Pramote.
Dalam pada itu, NCPO semalam membenarkan stesen radio komuniti beroperasi di wilayah Yala, Pattani dan Narathiwat dan sebahagian Songkhla.
Stesen-stesen radio itu digantung operasi selepas rampasan kuasa tentera pada 22 Mei lalu bagi menghalang penyiaran kandungan politik berunsur provokasi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140704/lu_04/Junta-tentera-Thailand-sedia-sambung-rundingan-damai#ixzz38DVemasP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Aktivis anti-rampasan kuasa Thailand dipenjara


BANGKOK 4 Julai - Mahkamah Thailand menjatuhkan hukuman penjara selama dua bulan dan denda sebanyak 6,000 baht (RM 591.96) ke atas seorang aktivis atas kesalahan melakukan tunjuk perasaan anti-rampasan kuasa oleh pihak tentera.
Hukuman penjara dijatuhkan selepas suspek iaitu Weerayuth Kongkanatan mengaku bersalah melakukan perkara tersebut.
Mahkamah Daerah Bangkok mendapati Weerayuth bersalah melanggari undang-undang kerana berkumpul di tempat awam lebih daripada lima orang. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140704/lu_11/Aktivis-anti-rampasan-kuasa-Thailand-dipenjara#ixzz38DVTOt7x
© Utusan Melayu (M) Bhd 

3 July 2014

10,000 rakyat Kemboja kembali bekerja di Thailand


PHNOM PENH 2 Julai - Kira-kira 10,000 rakyat negara ini kembali ke Thailand selepas melarikan diri beramai-ramai bulan lalu, apabila kedua-dua negara bersetuju untuk mendapatkan permit bagi pendatang asing.
Menteri Luar Kemboja, Hor Namhong yang bertemu dengan Setiausaha Kementerian Luar Thailand, Sihasak Phuangketkeow dalam satu mesyuarat semalam, bersetuju membantu pendatang tanpa izin untuk bekerja secara sah di Thailand.
"Kemboja telah meminta Thailand mengeluarkan visa kepada lebih 10,000 pendatang, kebanyakan mereka kini telah kembali bekerja di Thailand," kata Hor Namhong. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140702/lu_01/10,000-rakyat-Kemboja-kembali-bekerja-di-Thailand#ixzz38DVwJvQS
© Utusan Melayu (M) Bhd