3 July 2014

10,000 rakyat Kemboja kembali bekerja di Thailand


PHNOM PENH 2 Julai - Kira-kira 10,000 rakyat negara ini kembali ke Thailand selepas melarikan diri beramai-ramai bulan lalu, apabila kedua-dua negara bersetuju untuk mendapatkan permit bagi pendatang asing.
Menteri Luar Kemboja, Hor Namhong yang bertemu dengan Setiausaha Kementerian Luar Thailand, Sihasak Phuangketkeow dalam satu mesyuarat semalam, bersetuju membantu pendatang tanpa izin untuk bekerja secara sah di Thailand.
"Kemboja telah meminta Thailand mengeluarkan visa kepada lebih 10,000 pendatang, kebanyakan mereka kini telah kembali bekerja di Thailand," kata Hor Namhong. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140702/lu_01/10,000-rakyat-Kemboja-kembali-bekerja-di-Thailand#ixzz38DVwJvQS
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment