20 July 2014

Thailand punca rakyat Kemboja mati


POIPET 18 Jun - Kerajaan Kemboja menuduh kerajaan junta Thailand mencetuskan penghijrahan beramai-ramai pekerja asing dari negara ini yang mengakibatkan lapan orang terbunuh dan berlaku kemelut ekonomi antara kedua-dua negara.
Tuduhan itu disuarakan oleh Menteri Dalam Negeri Kemboja, Sar Kheng, hanya sehari selepas Phnom Penh dan Bangkok bersetuju menolak khabar angin menyatakan operasi kerajaan junta membanteras pekerja tanpa permit, selain menubuhkan talian khas bagi menangani isu pekerja.
"Selepas rampasan kuasa di Thailand, pihak tentera mengusir pekerja haram dalam keadaan tergesa-gesa tanpa memaklumkan kepada kerajaan Phnom Penh, sekali gus menyebabkan 180,000 pekerja Kemboja terpkasa meninggalkan negara itu.
"Saya rasa pemimpin kerajaan junta Thailand wajar bertanggungjawab ke atas kematian lapan orang rakyat negara ini dalam satu kemalangan jalan raya yang dipercayai ada kaitan dengan pengusiran tersebut," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140619/lu_09/Thailand-punca-rakyat-Kemboja-mati#ixzz38FeLVkMy
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment