11 July 2014

Dua pelajar kejururawatan maut ditembak


YALA 10 Julai - Kira-kira dua pelajar kejururawatan maut dalam satu serangan bersenjata ketika ketika keluar beli-belah semalam, selepas pihak yang menamakan diri mereka sebagai Pejuang Patani mengeluarkan surat amaran kepada penduduk beragama Buddha.
Kapten Montree Vijitwed, Pegawai Polis Siasatan Balai Polis Yala, berkata kedua-dua mangsa yang berumur 21 dan 29 tahun telah dibunuh dengan satu das tembakan di bahagian kepala oleh dua lelaki.
Kedua-dua mangsa adalah pelajar kejururawatan dari Kolej Kejururawatan Srinthon Wilayah Yala dan sedang dalam latihan di Hospital Somdej Prayuparaj Yala sejak 1 Julai lepas. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140710/lu_12/Dua-pelajar-kejururawatan-maut-ditembak#ixzz38Fegxf1n
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment