14 July 2014

Tentera Thai mahu kuasai kerajaan awam


BANGKOK 12 Julai - Kerajaan junta Thailand berkata, pihaknya akan mengekalkan kawalan ke atas keselamatan nasional di bawah rancangan pembentukan kerajaan sementara, walaupun masyarakat antarabangsa mendesak pentadbiran negara diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan awam.
Panglima Angkatan Tentera Thailand, Jeneral Prayuth Chan-O-Cha berkata, Majlis Keamanan dan Ketenteraman Nasional (NCPO) akan berkongsi kuasa bersama kerajaan yang akan dilantik pada September ini.
"Kerajaan sementara akan memberi fokus kepada pentadbiran negara manakala NCPO akan bertanggungjawab ke atas keselamatan,’’ katanya dalam ucapan mingguan yang disiarkan televisyen tempatan.
Pemilihan anggota Kabinet baharu itu dijangka dilakukan oleh Dewan Perwakilan dilantik oleh kerajaan junta yang mana sumber tentera menyatakan anggota dewan itu akan terdiri daripada pegawai-pegawai tentera. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140713/lu_12/Tentera-Thai-mahu-kuasai-kerajaan-awam#ixzz38DUsTsiE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment