29 March 2015

Lebih 50 orang cedera kereta api bertembung


28 Mac 2015

 Lebih 50 orang cedera kereta api bertembung
Lebih 50 orang cedera kereta api bertembung Anggota penyelamat bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa.

BANGKOK - THAILAND. Lebih 50 penumpang cedera selepas dua buah kereta api bertembung di wilayah Ayutthaya, Thailand, semalam.

Kemalangan pada pukul 10.15 malam (waktu tempatan) itu berlaku apabila kereta api laju dari Bangkok ke Denchai melanggar bahagian belakang sebuah kereta api ekspres yang tidak bergerak.

"Daripada 52 mangsa cedera, enam orang dimasukkan ke hospital manakala dua lagi berada dalam keadaan kritikal," menurut pegawai kanan Kereta api Negeri Thailand, Thanongsak Kongprasert.

Difahamkan, dua mangsa kritikal adalah pemandu kereta api dan seorang juruteknik.

Dalam perkembangan lain, satu jawatankuasa khas yang ditugaskan merangka perlembagaan baharu Thailand meluluskan fasal bagi memberikan pengampunan kepada pemimpin pada rampasan kuasa tahun lalu.

Sumber dalam Jawatankuasa Penggubalan Perlembagaan (CDC) mengesahkan, ia mengambil masa kurang lima minit untuk meluluskan fasal semua artikel dalam piagam interim semasa seperti yang diarahkan junta.

Setelah siap, draf perlembagaan perlu diluluskan oleh junta selaku pemerintah negara sebelum disahkan di dalam referendum.  - AFP

Thailand janji siasat pembunuhan orang ramai


27 Mac 2015
 bendera thailand
bendera thailand

PATTANI - THAILAND. Pihak berkuasa di selatan Thailand akan menyiasat kejadian anggota keselamatan membunuh empat orang awam dan menahan 22 orang lagi.

Wirapong Keawsuwang, Gabenor Wilayah Pattani berkata pihak beliau akan menyiasat kejadian dengan teliti dan akan memberi keadilan kepada semua pihak yang terlibat.

Beliau juga berjanji membayar wang pampasan kepada keluarga mangsa.

Ketua Polis Wilayah Pattani Mej Jen Pol. Krisakorn Plitanyawong berkata pasukan penyiasat akan ditugaskan untuk menyiasat kejadian itu dengan tepat dan adil.  

“Kami akan menyiasat kejadian ini dan jika didapati ada yang bersalah maka mereka akan dihukum mengikut undang-undang bagi mendapat keadilan kepada semua pihak," kata beliau.

Kejadian tersebut melahirkan perasaan tidak puas hati anggota keluarga mangsa dan yang ditahan dengan tindakan melampaui pihak keselematan.

Selain itu mereka mempersoalkan dari mana senjata api yang terdapat di tempat kejadian.

Seorang abang kepada mangsa berkata dia tidak percaya adiknya dan yang lain ada kaitan dengan gerakan pembebasan Patani.

“Kenapa pihak pegawai keselamatan bertindak menembak mereka yang tidak bersalah,” katanya.

Rektor Universiti Islam Fathoni, Dr Ismail Lutfi Chapakia turut mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan kes tersebut kerana dua orang daripada mangsa yang mati adalah pelajar universiti swasta tersebut.

“Kami usaha dalam membina sumber manusia tetapi kamu (pegawai keselamatan) datang merosakkannya. Kami sangat kecewa,” kata beliau.

Beliau berkata dua orang yang terkorban adalah pelajar tahun empat universiti itu dan kedua-dua mereka tidak ada kaitan dengan anggota pemisah seperti yang dituduh oleh pihak keselamatan.

Beliau juga mahu jawatankuasa diwakili pelbagai organisasi menyiasat kejadian.

Pada Rabu lepas, lebih kurang 100 orang anggota keselamatan Thailand telah mengepung sebuah rumah setelah mendakwa pihak perisikan mendapat laporan  bahawa terdapat lebih 20 orang lelaki yang disyaki anggota gerakan Pembebasan Pattani mengadakan mesyuarat.

Mereka didakwa merancang serangan ke atas pihak anggota keselamatan dan ia menyebabkan satu pertempuran di mana empat orang terkorban dan 22 orang lagi  di tahan. - Bernama

27 March 2015

Empat anggota kumpulan 
pemisah mati ditembak di Pattani

Pasukan keselamatan Thailand memeriksa lokasi  kejadian pertempuran
Pasukan keselamatan Thailand memeriksa lokasi kejadian pertempuran yang mengorbankan empat ahli kumpulan pemisah di wilayah Pattani, semalam. REUTERS
BANGKOK 26 Mac – Polis Thailand semalam menembak empat individu dipercayai anggota kumpulan pemisah dalam satu serbuan di tempat persembunyian mereka di Pattani.
Jurucakap polis, Leftenan Somphon Piendee berkata, mereka dikesan menerusi isyarat telefon ahli kumpulan pemisah, Runda Kumpulan Kecil (RKK), yang beroperasi di selatan Thailand.
Katanya lagi, anggota RKK itu melepaskan tembakan ke arah pihak berkuasa apabila mereka tiba di lokasi serbuan sebelum membalas tembakan itu yang mengorbankan keempat-empat suspek.
Beliau berkata, seramai 22 anggota kumpulan pemisah yang lain berjaya ditahan dan kini ditempatkan pusat tahananm, manakala empat yang lain sempat melarikan diri.
Tahun lalu, kerajaan Thailand berkata, keamanan di wilayah selatan adalah satu keutamaan negara walaupun perbincangan untuk menamatkan pemberontakan terhenti.
Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha yang memimpin negara sejak Mei lalu menerusi rampasan kuasa berjanji mahu menamatkan persengketaan tersebut tahun ini. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/empat-anggota-kumpulan-8232-pemisah-mati-ditembak-di-pattani-1.73993#sthash.XDpUDN8G.dpuf

26 March 2015

Empat disyaki anggota pemisah maut, 22 suspek ditahan

KHAMIS, 26 MAC 2015 @ 1:02 PM

 

PEGAWAI polis memeriksa tapak pertempuran antara pasukan keselamatan dan disyaki pemberontak di wilayah bergolak selatan Thailand, Pattani. - Foto AFP
PATTANI: Empat lelaki disyaki anggota gerakan pemisah di selatan Thailand maut dan 22 suspek anggota pemisah ditahan dalam pertempuran di Pattani petang semalam, menurut Ketua Polis Daerah Tung-yang-deang, Kolonel Polis Kovit Wattanchotuk.

Beliau berkata, mereka yang terkorban dikenal pasti sebagai Suhaimee Sengleak, 32, Khalid Samen, 24, Saddam Wanu, 24, dan Madaree Merah, 23.

Katanya, dalam kejadian pada pukul 6.30 petang itu, sebanyak 100 anggota pasukan keselamatan termasuk polis dan tentera mengepung sebuah rumah yang sedang dalam pembinaan di Kampung Tokcud Mukim Piten, daerah Tung-yang-deang, Pattani.


Operasi tersebut dilakukan selepas pihak keselamatan mendapat maklumat perisikan terdapat lebih 20 lelaki sedang mengadakan perjumpaan dalam rumah tersebut, katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata kumpulan lelaki yang berada dalam rumah tersebut telah menyedari kehadiran anggota pasukan keselamatan dan cuba melarikan diri ke kawasan bukit di belakang rumah sambil melepaskan tembakan.

Berikutan itu katanya, anggota keselamatan melepaskan tembakan balas selain mengarahkan kumpulan pemisah menyerah diri tetapi tidak diendahkan.

Pertempuran sengit berlaku kira-kira 30 minit dan selepas keadaan reda, hasil pemeriksaan mendapati empat suspek pemisah maut dan beberapa laras senjata api dan bom tangan dijumpai berdekatan mayat mereka, kata Kovit.

Dalam operasi itu, katanya, pihak keselamatan turut menahan 22 suspek yang disyaki terlibat dengan kumpulan gerakan pemisah bagi membantu siasatan dan mereka dibawa ke pusat tahanan tentera Task Force 25 Pattani.

Polis percaya pertemuan anggota kumpulan pemisah itu bertujuan merancang serangan di daerah Tung-Yang-Deang, katanya. - BERNAMA

Hanya Malaysia facilitator damai selatan Thailand


26 Mac 2015
Hamzah Zainudin

Hamzah Zainudin

KUALA LUMPUR - Malaysia ialah satu-satunya negara yang menjadi fasilitator kepada proses damai di selatan Thailand, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainudin.

Beliau berkata ini ditegaskan sendiri oleh Perdana Menteri Thailand Jeneral (B) Prayut Chan-o-cha semasa lawatan rasminya di Malaysia pada 1 Dis tahun lepas.

"Beliau turut melahirkan penghargaan terhadap peranan yang dimainkan oleh Malaysia sebagai fasilitator dan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) menyambut baik perkara ini serta menyatakan bahawa Malaysia terus komited untuk membantu dalam program bina upaya untuk masyarakat selatan Thailand," katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Kamarudin Jaffar (Pas-Tumpat) yang ingin tahu langkah terkini kerajaan untuk membantu menyelesaikan masalah Pattani di selatan Thailand.

Sehubungan itu, katanya Malaysia selaku fasilitator telah menyambung proses konsultasi dengan pihak yang berkenaan di selatan Thailand dan pihak kerajaan Thailand ke arah proses rundingan damai.  

Hamzah berkata kedua-dua pemimpin negara turut bersetuju terhadap tiga asas penting yang akan menjadi parameter kepada rundingan damai itu.

Asas berkenaan ialah keperluan menghormati undang-undang dan menghentikan aktiviti keganasan; prinsip keterangkuman iaitu semua kumpulan yang mewakili masyarakat Islam di selatan Thailand perlu terlibat dalam proses damai itu; dan semua tuntutan kumpulan berkenaan perlu digabungkan bagi membentuk satu tuntutan yang jelas dan komprehensif mewakili semua pihak.  

Beliau berkata Malaysia juga akan terus membantu dalam program bina upaya untuk masyarakat Islam di selatan Thailand dalam bidang pendidikan, latihan vokasional dan keusahawanan. - Bernama

Empat disyaki anggota pemisah maut di Pattani


thailand
PATTANI - THAILAND. Empat lelaki disyaki anggota gerakan pemisah di selatan Thailand maut dan 22 suspek anggota pemisah ditahan dalam pertempuran di Pattani petang semalam, menurut Ketua Polis Daerah Tung-yang-deang, Kolonel Polis Kovit Wattanchotuk.

Beliau berkata, mereka yang terkorban dikenal pasti sebagai Suhaimee Sengleak, 32, Khalid Samen, 24, Saddam Wanu, 24, dan Madaree Merah, 23.

Katanya dalam kejadian pada pukul 6.30 petang itu, sebanyak 100 anggota pasukan keselamatan termasuk polis dan tentera mengepung sebuah rumah yang sedang dalam pembinaan di Kampung Tokcud Mukim Piten, daerah Tung-yang-deang, Pattani.

Operasi tersebut dilakukan selepas pihak keselamatan mendapat maklumat perisikan terdapat lebih 20 lelaki sedang mengadakan perjumpaan dalam rumah tersebut, katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kumpulan lelaki yang berada dalam rumah tersebut telah menyedari kehadiran anggota pasukan keselamatan dan cuba melarikan diri ke kawasan bukit di belakang rumah sambil melepaskan tembakan.

Berikutan itu katanya anggota keselamatan melepaskan tembakan balas selain mengarahkan kumpulan pemisah menyerah diri tetapi tidak diendahkan.

Pertempuran sengit berlaku kira-kira 30 minit dan selepas keadaan reda, hasil pemeriksaan mendapati empat suspek pemisah maut dan beberapa laras senjata api dan bom tangan dijumpai berdekatan mayat mereka, kata Kovit.

Dalam operasi itu, katanya pihak keselamatan turut menahan 22 suspek yang disyaki terlibat dengan kumpulan gerakan pemisah bagi membantu siasatan dan mereka dibawa ke pusat tahanan tentera Task Force 25 Pattani.

Polis percaya pertemuan anggota kumpulan pemisah itu bertujuan merancang serangan di daerah Tung-Yang-Deang, katanya. - Bernama

24 March 2015

Islam bukan pengancam kedamaian


masjid
Islam cintakan kedamaian. - Gambar hiasan.
PATTANI - THAILAND. Islam bukan pengancam terhadap kedamaian dan keselamatan, kata Ketua Majlis Privi kepada Raja Bhumibol Adulyadej, Jen Surayud Chulanont.
  
Oleh yang demikian, semua pihak perlu mengamalkan konsep kesederhanaan (wasatiyyah) untuk membawa masyarakat ke arah kedamaian, kata beliau ketika merasmikan Persidangan Pengajian Islam Antarabangsa ke-3, semalam.
  
Persidangan bertajuk 'Nilai-Nilai Islam Dalam Dunia Yang Semakin Berubah' itu diadakan di Prince of Songkla University, Kampus Pattani (PSU Pattani)  selama tiga hari, anjuran Kolej Pengajian Islam, PSU Pattani dan dihadiri 500 peserta dari 25 negara.
  
"Kita boleh bina kefahaman tentang konsep wasatiyyah pada era perubahan termasuk hak asasi manusia kumpulan minoriti dalam masyarakat," kata beliau.
  
Ini semua perlukan kerjasama antara institusi pendidikan, intelektual, ahli akademik serta badan bukan kerajaan bagi menyelesaikan masalah yang dialami dalam masyarakat kini, ujar Surayud.
  
Beliau berharap persidangan kali ini akan membentangkan perbahasan dan mengambil pengalaman tentang penerapan nilai Islam yang diamalkan masyarakat Islam dan bukan Islam yang berbeza di seluruh dunia untuk mewujudkan kedamaian dan perpaduan yang berkekalan dalam masyarakat berbilang kaum.
  
Persidangan kali ini adalah susulan daripada dua persidangan sebelum ini iaitu pada 2010 yang bertajuk 'Peranan Pengajian Islam dalam Pascaglobalisasi' dan kedua pada 2013, 'Pengajian Islam Dalam Dunia Yang Semakin Berubah: Cabaran dan Peluang'. - Bernama

23 March 2015

Penoreh getah mati ditembak di Yala

Anggota pemusnah bom Thailand, memeriksa lokasi kejadian di daerah
Anggota pemusnah bom Thailand, memeriksa lokasi kejadian di daerah Cho Airong di Narathiwat selepas dua anggota polis terselamat daripada letupan bom, kelmarin. AGENSI
BANGKOK 22 Mac – Seorang penoreh getah maut, manakala isteri dan anaknya cedera parah ditembak dalam satu serangan bersenjata di rumah mereka di daerah Thanto, Yala, semalam.
Ketua penyiasat Balai Polis Mae Wat, Mejar Manop Borapan berkata, kejadian berlaku pada pukul 9.30 malam ketika Afnan Che-mae, 48, isterinya, Piyaporn To-adam, 46, dan anak lelaki mereka Che-mae, 25, sedang menonton televisyen, lapor portal Bangkok Post.
Katanya, mangsa secara tiba-tiba diserang dua penyerang bersenjatakan raifal AK47 yang melepaskan tembakan rambang ke arah rumah mereka di Kampung Krapong di mukim Mae Wat.
Afnan terbunuh dalam serangan itu, manakala isteri dan anaknya yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Thanto sebelum dipindahkan ke Hospital Yala.
Dalam perkembangan berasingan, dua anggota polis Thailand terselamat daripada satu letupan bom tepi jalan yang berlaku sejurus pikap yang dinaiki mereka melepasi daerah Cho Airong di Narathiwat, petang semalam.
Jurucakap polis, Vitchapol Damsangvarn berkata, dua anggota itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan polis dimaklumkan tentang kejadian itu kira-kira pukul 2.55 petang.
Bom itu katanya dimampatkan di dalam gas memasak 20 kilogram sebelum disembunyikan di bawah papan iklan di Kampung Ban Khok di mukim Chuap.
Bom berkenaan diletupkan menerusi komunikasi radio semasa kenderaan tersebut tiba di tempat kejadian.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/penoreh-getah-mati-ditembak-di-yala-1.72471#sthash.Ie7ngo49.dpuf

20 March 2015

Yingluck dibicara Mei ini

Yingluck
Yingluck


BANGKOK 19 Mac – Bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra berdepan hukuman penjara 10 tahun selepas Mahkamah Agung mengarahkan perbi­caraan kes jenayah berhubung dakwaan salah tadbir skim subsidi beras yang bernilai berjuta-juta dolar yang dilaksanakan beliau semasa memerintah negara ini.
Hakim Mahkamah Agung Thailand, Veeraphol Tangsuwan dalam kenyataannya berkata, tarikh pendengaran kes tersebut buat kali pertama ditetapkan pada 19 Mei ini selepas pihak pendakwa raya menerima kes berkenaan untuk membicarakan Yingluck.
Bagaimanapun beliau yang tidak hadir ke mahkamah hari ini, menafikan tuduhan tersebut.
Yingluck mempertahankan skim itu yang melibatkan pembelian beras daripada petani melebihi harga pasaran dan menyifatkan tuduhan berkenaan bermotifkan politik.
Selain itu, beliau mendakwa tidak terlibat dalam operasi harian skim berkenaan dan mempertahankan subsidi tersebut sebagai usaha membantu golongan miskin.
Namun pengkritik menyifatkan skim subsidi itu diperkenalkan sebagai cara Yingluck meraih sokongan daripada penduduk miskin di luar bandar.
Kes tersebut dikemukakan selepas Menteri Kewangan pada 24 Februari lalu melaporkan bahawa simpanan stok beras sebanyak 17.5 juta tan dan anggaran kerugian yang terpaksa ditanggung akibat skim tersebut berjumlah AS$16.46 bilion (RM60.83 bilion).
Syarikat pengeksport juga mengkritik skim subsidi itu kerana menjejaskan pasaran beras dan menggugat kedudukan Thailand sebagai pengeksport beras terbesar dunia.
Yingluck digulingkan oleh tentera pada Mei tahun lalu selepas tunjuk perasaan antikerajaan yang mendakwa kerajaan pimpinan beliau diselubungi masalah rasuah.
Kerajaan junta Thailand juga dilapor tidak berhasrat untuk melaksanakan semula pelan subsidi beras tersebut. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/yingluck-dibicara-mei-ini-1.71441#sthash.wDqxsWwW.dpuf

16 March 2015

Kereta yang dinaiki terbabas langgar tiang di Selatan Thailand


KEADAAN kereta dinaiki lapan sekeluarga rakyat Malaysia yang terlibat dalam kemalangan maut di Satun, selatan Thailand kelmarin.


ALOR SETAR – Perjalanan pulang lapan sekeluarga ke Pondok Ayer Hitam di sini dari Satun, Thailand kelmarin bertukar tragedi apabila kereta Perodua Alza yang dinaiki terlibat dalam kemalangan mengakibatkan lima daripada mereka maut.
Sumber Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang semalam di La-ngu dekat Satun, mangsa yang maut ialah pemandu kereta, Abdul Rahman Abdullah, 46, isterinya Ramlah Adam, 42, serta tiga anak mereka iaitu Nur Anee­sa, 21, Mehad, 6, dan Najib Muddin, tiga bulan.
"Mangsa yang parah pula ialah Rofandi, 21, dan Nazri, 4, serta anak kepada Nur Aneesa yang berusia setahun, Nasumi Nasaii.
"Berdasarkan laporan awal, polis mendapati kereta tersebut dipandu laju dan terbabas melanggar tiang lampu ketika melalui jalan berselekoh," ujar sumber berkenaan.
Tambah sumber tersebut, pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla melalui Wisma Putra, Putrajaya te­lah memaklumkan kejadian kepada waris mangsa.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0316&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3UVGxmIK8 
Hakcipta terpelihara 

15 March 2015

6 cedera letupan bom di selatan Thailand

KEADAAN kawasan letupan bom berhampiran balai polis Saiburi, Pattani. - Foto ihsan http://www.kualalumpurpost.net/

PATTANI: Dalam siri letupan bom di selatan Thailand, enam orang cedera apabila sebutir bom meletup kira-kira 500 meter dari balai polis Saiburi di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Saiburi, Pol. Kol. Panya Karawanan berkata, dalam kejadian 6.30 pagi itu di pekan Taluban, ia mencederakan empat anggota polis dan dua orang sami Buddha.
Beliau berkata, bom tersebut merupakan buatan sendiri seberat 5 kilogram yang dipasang dalam kotak besi yang disembunyi dalam tong sampah dan diaktifkan menerusi alat walkie-talkie.
Pihak keselamatan telah memberi amaran supaya orang ramai berhati-hati ekoran semalam merupakan ulang tahun ke-55 penubuhan Barisan Revolusi Nasional, antara kumpulan pemisah di selatan Thailand.
Puak pemisah itu dikatakan mahu bertindak balas di atas penangkapan anggota mereka dan telah merampas beberapa butir bom awal bulan ini.
Dalam kejadian minggu lepas, sembilan orang termasuk tiga anggota renjer dilapor cedera apablia sebutir bom yang dipasang pada motosikal meletup di hadapan stesen kereta api Daerah Rusak, Narathiwat. - BERNAMA

Lagi kes letupan bom di selatan Thailand


thailand
PATTANI - THAILAND. Dalam siri letupan bom di selatan Thailand,  enam orang cedera apabila sebutir bom meletup kira-kira 500 meter dari balai polis Saiburi di sini, pagi tadi.
  
Ketua Polis Daerah Saiburi, Pol. Kol. Panya Karawanan berkata, dalam kejadian 6.30 pagi itu di pekan Taluban, ia mencederakan empat anggota polis dan dua orang sami Buddha.
  
Beliau berkata, bom tersebut merupakan buatan sendiri seberat 5 kilogram yang dipasang dalam kotak besi yang disembunyi dalam tong sampah dan diaktifkan menerusi alat walkie-talkie.
  
Pihak keselamatan telah memberi amaran supaya orang ramai berhati-hati ekoran semalam merupakan ulang tahun ke-55 penubuhan Barisan Revolusi Nasional, antara kumpulan pemisah di selatan Thailand.
  
Puak pemisah itu dikatakan mahu bertindak balas di atas penangkapan anggota mereka dan telah merampas beberapa butir bom awal bulan ini.
  
Dalam kejadian minggu lepas, sembilan orang termasuk tiga anggota renjer dilapor cedera apablia sebutir bom yang dipasang pada motosikal meletup di hadapan stesen keretapi Daerah Rusak, Narathiwat. - Bernama

Lagi letupan bom di Selatan Thai


PATTANI 14 Mac - Dalam siri letupan bom di selatan Thailand, enam orang cedera apabila sebutir bom meletup kira-kira 500 meter dari balai polis Saiburi di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Saiburi, Pol. Kol. Panya Karawanan berkata dalam kejadian 6.30 pagi itu di pekan Taluban, ia mencederakan empat anggota polis dan dua orang sami Buddha.
Beliau berkata, bom tersebut merupakan buatan sendiri seberat 5 kilogram yang dipasang dalam kotak besi yang disembunyi dalam tong sampah dan diaktifkan menerusi alat walkie-talkie.
Pihak keselamatan telah memberi amaran supaya orang ramai berhati-hati ekoran semalam merupakan ulang tahun ke-55 penubuhan Barisan Revolusi Nasional, antara kumpulan pemisah di selatan Thailand.
Puak pemisah itu dikatakan mahu bertindak balas di atas penangkapan anggota mereka dan telah merampas beberapa butir bom awal bulan ini.
Dalam kejadian minggu lepas, sembilan orang termasuk tiga anggota renjer dilapor cedera apablia sebutir bom yang dipasang pada motosikal meletup di hadapan stesen keretapi Daerah Rusak, Narathiwat. - BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/lagi-letupan-bom-di-selatan-thai-1.69254#sthash.OMSoneZD.dpuf

Enam cedera letupan bom di selatan Thai


PATTANI 14 Mac – Enam orang cedera apabila sebutir bom meletup kira-kira 500 meter dari balai polis Saiburi di pekan Taluban, selatan Thailand, di sini pagi ini.
Ketua Polis Daerah Saiburi, Kolonel Polis, Panya Karawanan berkata, empat daripada mangsa adalah anggota polis, sementara dua lagi sami Buddha.
Beliau berkata, kejadian pada pukul 6.30 pagi itu menyaksikan bom buatan sendiri seberat lima kilogram tersebut dipasang di dalam kotak besi sebelum disembunyikan di dalam tong sampah dan diaktifkan dengan walkie-talkie.
Pihak keselamatan sebelum ini memberi amaran supaya orang ramai berhati-hati memandangkan semalam merupakan ulang tahun ke-55 penubuhan Barisan Revolusi Nasional, antara kumpulan pemisah di selatan Thailand.
Puak pemisah itu dikatakan mahu bertindak balas terhadap penangkapan anggota mereka dan telah merampas beberapa butir bom awal bulan ini. – BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/enam-cedera-letupan-bom-di-selatan-thai-1.69352#sthash.4PVCMSHj.dpuf

13 March 2015

Bekas besan raja Thai kena jel

Bangkok: Sepasang suami isteri bekas besan Maharaja Thai dipenjara dua setengah tahun semalam atas kesalahan menghina raja.
Kes Apiruj Suwadee, 72, dan isteri Wanthanee, 66, adalah yang terbaru membabitkan anggota keluarga terdekat bekas Puteri Srirasmi yang berdepan dengan tindakan undang-undang selepas skandal rasuah membabitkan keluarganya terbongkar tahun lalu.
Pasangan berkenaan sebelum ini mengaku bersalah menghina kerabat diraja Thai selepas membuat laporan yang berniat jahat dan meminta pegawai memfailkan tuduhan palsu terhadap seorang wanita pada 2003.
Anak mereka, Srirasmi ialah bekas isteri Putera Mahkota Thai, Maha Vajiralongkorn.
“Hakim menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas kedua-dua mereka. Bagaimanapun, kerana mengaku bersalah, hukuman itu dikurangkan kepada dua setengah tahun,” menurut keputusan yang diterbitkan oleh mahkamah, semalam. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mac 2015 @ 8:26 AM


APIRUJ (kanan) dan isteri.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/36308#sthash.5kTSifuJ.dpuf

9 March 2015

Narathiwat kena bom lagi, sembilan cedera


8 Mac 2015


NARATHIWAT - THAILAND. Sembilan orang cedera termasuk dua parah dalam kejadian serangan bom terbaharu di sini awal pagi tadi.
 
Mereka terdiri daripada enam orang awam dan tiga anggota renjer.
 
Ketua Polis Daerah Rusak, Kolonel Polis, Reangsak Buadeang berkata, sebutir bom buatan sendiri meletup di depan stesen kereta api Daerah Rusak, 40km dari Bandar Narathiwat kira-kira pukul 8.05 pagi.
 
Beliau berkata, bom tersebut dipasang pada sebuah motosikal yang diletak di hadapan stesen itu yang berdekatan pasar pagi.
 
"Ia dipercayai disasarkan kepada orang awam dan pegawai keselamatan yang menggunakan kereta api," katanya.
 
Motosikal tersebut dan enam motosikal lain dilapor turut musnah. - Bernama

9 cedera letupan bom terbaharu di Narathiwat

Police and forensic experts inspect the site of a motorcycle bomb attack in the troubled southern province of Narathiwat March 8, 2015. Six civilians and three rangers were injured as a motorcycle bomb exploded near a train station in Narathiwat, police said. REUTERS/Surapan Boonthanom (THAILAND - Tags: CIVIL UNREST TPX IMAGES OF THE DAY)

Mereka terdiri daripada enam orang awam dan tiga anggota renjer.
Ketua Polis Daerah Rusak, Kolonel Polis, Reangsak Buadeang berkata sebutir bom buatan sendiri meletup di depan stesen kereta api Daerah Rusak, 40km dari Bandar Narathiwat kira-kira jam 8.05 pagi.
Beliau berkata bom itu dipasang pada sebuah motosikal yang diletak di hadapan stesen itu yang berdekatan pasar pagi.
"Ia dipercayai disasarkan kepada orang awam dan pegawai keselamatan yang menggunakan kereta api," katanya.
Motosikal itu dan enam motosikal lain dilapor turut musnah. - BERNAMA

4 March 2015

Sembilan cedera dalam letupan bom di Pattani


Sembilan cedera dalam letupan bom di Pattani
Anggota pasukan keselamatan sedang memeriksa tempat kejadian letupan bom di Mukim Tarua, Daerah Khokpo, Pattani, hari ini. - Foto Bernama
PATTANI – THAILAND. Sembilan orang cedera dalam kejadian letupan bom dan satu kejadian serangan bersenjata di sini hari ini. 

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Khokpo, Leftenan Colonel Pol. Siriwat Panyachon-nawat, ketiga-tiga kejadian berlaku di Mukim Tarua, Daerah Khokpo.

Beliau berkata, kejadian pertama berlaku di bengkel motosikal yang terletak di Jalan Ban Krok-Tarua pada jam 11.55 pagi dan mengakibatkan dua orang cedera.

Lima belas minit kemudian sebutir bom yang dipasang pada motosikal yang diletak tepi jalan dua kilometer dari tempat kejadian pertama meletup.

Katanya sasaran bom kedua itu ialah Penolong Ketua Pejabat Jajahan Khokpo dan anggota rela yang memasuki kawasan kejadian tembakan untuk membantu mangsa dalam kejadian letupan bom pertama.

Namun begitu, tiada kehilangan jiwa berlaku dan hanya kereta yang dinaiki mereka rosak.

Sementara itu serangan bom ketiga mencederakan tujuh orang iaitu empat pegawai kesihatan, dua pegawai penyelamat dan seorang anggota polis. - Bernama

3 March 2015

9 cedera letupan bom di Pattani

PATTANI: Sembilan orang cedera dalam kejadian letupan bom dan satu kejadian serangan bersenjata di sini, hari ini.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Khokpo Left. Col. Pol. Siriwat Panyachon-nawat, ketiga-tiga kejadian berlaku di Mukim Tarua, Daerah Khokpo.
Beliau berkata kejadian pertama berlaku di bengkel motosikal yang terletak di Jalan Ban Krok-Tarua pada jam 11.55 pagi dan mengakibatkan dua orang cedera.
Lima belas minit kemudian sebutir bom yang dipasang pada motosikal yang diletak tepi jalan dua kilometer dari tempat kejadian pertama meletup.
Katanya, sasaran bom kedua itu ialah Penolong Ketua Pejabat Jajahan Khokpo dan anggota rela yang memasuki kawasan kejadian tembakan untuk membantu mangsa dalam kejadian letupan bom pertama.
Namun begitu, tiada kehilangan jiwa berlaku dan hanya kereta yang dinaiki mereka rosak.
Sementara itu serangan bom ketiga mencederakan tujuh orang iaitu empat pegawai kesihatan, dua pegawai penyelamat dan seorang anggota polis. - BERNAMA