Jurucakap polis, Leftenan Somphon Piendee berkata, mereka dikesan menerusi isyarat telefon ahli kumpulan pemisah, Runda Kumpulan Kecil (RKK), yang beroperasi di selatan Thailand.
Katanya lagi, anggota RKK itu melepaskan tembakan ke arah pihak berkuasa apabila mereka tiba di lokasi serbuan sebelum membalas tembakan itu yang mengorbankan keempat-empat suspek.
Beliau berkata, seramai 22 anggota kumpulan pemisah yang lain berjaya ditahan dan kini ditempatkan pusat tahananm, manakala empat yang lain sempat melarikan diri.
Tahun lalu, kerajaan Thailand berkata, keamanan di wilayah selatan adalah satu keutamaan negara walaupun perbincangan untuk menamatkan pemberontakan terhenti.
Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha yang memimpin negara sejak Mei lalu menerusi rampasan kuasa berjanji mahu menamatkan persengketaan tersebut tahun ini. – REUTERS