13 March 2015

Bekas besan raja Thai kena jel

Bangkok: Sepasang suami isteri bekas besan Maharaja Thai dipenjara dua setengah tahun semalam atas kesalahan menghina raja.
Kes Apiruj Suwadee, 72, dan isteri Wanthanee, 66, adalah yang terbaru membabitkan anggota keluarga terdekat bekas Puteri Srirasmi yang berdepan dengan tindakan undang-undang selepas skandal rasuah membabitkan keluarganya terbongkar tahun lalu.
Pasangan berkenaan sebelum ini mengaku bersalah menghina kerabat diraja Thai selepas membuat laporan yang berniat jahat dan meminta pegawai memfailkan tuduhan palsu terhadap seorang wanita pada 2003.
Anak mereka, Srirasmi ialah bekas isteri Putera Mahkota Thai, Maha Vajiralongkorn.
“Hakim menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas kedua-dua mereka. Bagaimanapun, kerana mengaku bersalah, hukuman itu dikurangkan kepada dua setengah tahun,” menurut keputusan yang diterbitkan oleh mahkamah, semalam. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mac 2015 @ 8:26 AM


APIRUJ (kanan) dan isteri.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/36308#sthash.5kTSifuJ.dpuf

No comments:

Post a Comment