30 September 2016

Dua terbunuh, sembilan cedera dalam dua serangan bom di selatan Thai


30 September 2016 12:33 AM

SEBUAH stesen minyak hampir musnah dalam satu serangan bom di


SEBUAH stesen minyak hampir musnah dalam satu serangan bom di Khok Pho, Pattani, Thailand semalam.-AGENSI
NARATHIWAT 29 Sept. - Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala sembilan lagi dilaporkan cedera dalam serangan bom berasingan di wilayah Narathiwat dan Pattani, di selatan Thailand hari ini.
Bangkok Post melaporkan, selain orang awam, turut menjadi mangsa dalam serangan yang dilakukan oleh sekumpulan lelaki bersenjata itu ialah anggota polis dan sukarelawan pertahanan.
Di Narathiwat, 10 lelaki bermotosikal yang memakai skaf untuk menutup muka melepaskan tembakan rambang mengenai tiga anggota sukarelawan yang sedang berehat berhampiran sebuah jambatan pejalan kaki di luar Sekolah Luporluesong di Sungai Kolok awal pagi ini.
Salah seorang mangsa, Usaman Rupae mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah manakala dua lagi rakannya iaitu Surin Laesuk dan Marorsuedee Talulae masing-masing cedera di kaki dan bahu.
Sepasukan anggota polis dan tentera yang tiba ke tempat kejadian tidak lama kemudian bergegas membawa kesemua mangsa yang terlibat ke hospital berdekatan.
Sekurang-kurangnya 60 katrij peluru raifel jenis AK juga ditemukan bertaburan di tempat kejadian.
Setakat ini, polis percaya perbuatan tersebut dilakukan oleh puak pemisah di wilayah berkenaan.
Sementara itu, seorang atendan pam minyak ditembak mati di Khok Pho, Pattani manakala tujuh orang lagi dilaporkan cedera dalam letupan bom yang berlaku selepas serangan itu.
Pegawai bertugas di balai polis Khok Pho, Kapten Kiartichai Nakkharae berkata, mangsa, Treerapat Chanthararojwong, 37, mati ditembak kira-kira pukul 12.40 tengah hari waktu tempatan.
Katanya, tujuh mangsa yang tercedera itu termasuklah seorang wanita, empat anggota polis dan dua sukarelawan pertahanan. - AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/dua-terbunuh-sembilan-cedera-dalam-dua-serangan-bom-di-selatan-thai-1.388821#sthash.Ln0Zi78U.dpuf

29 September 2016

Thai bergolak: Dua maut, sembilan cedera


29 SEPTEMBER 2016
thailand

thailand
SUNGAI GOLOK - Wilayah bergolak selatan Thailand digegarkan dengan kejadian serangan bom dan tembakan hari ini yang mengakibatkan dua orang maut dan sembilan anggota keselamatan cedera.

Kejadian pertama berlaku di Sungai Golok, Narathiwat pada 11 pagi tadi (waktu tempatan) membabitkan tembakan terhadap anggota keselamatan, manakala insiden kedua melibatkan serangan bom terhadap sebuah stesen minyak di Pattani.

"Tiga anggota keselamatan yang sedang bertugas di hadapan sekolah di Lubuk Lesung, Sungai Golok diserang oleh 10 lelaki bersenjata menaiki lima motosikal yang melepaskan tembakan, menyebabkan seorang maut," kata Ketua Pejabat Daerah Sungai Golok Preecha Nualnoi hari ini.

Tiga laras senapang AK-47 milik anggota keselamatan itu dilarikan oleh kumpulan penyerang itu dan pasukan penyiasat yang tiba di lokasi kejadian menemukan kira-kira 60 kelongsong peluru, katanya.

Pihak berkuasa, menurut Preecha masih menyiasat motif serangan senjata api itu yang turut menyebabkan dua anggota keselamatan terbabit mengalami kecederaan.

Dalam insiden keganasan kedua pula, seorang pekerja stesen minyak di Pattani maut apabila sebutir bom buatan sendiri seberat 20kg memusnahkan kemudahan itu, kata Penolong Ketua Polis Daerah Khokpo Kapt Kiartichai Nakre.

Serangan bom pada 1 tengah hari (waktu tempatan) itu, katanya menyebabkan kebakaran besar terhadap stesen minyak terbabit dan anggota bomba terpaksa mengambil masa 20 minit untuk memadamkannya.

Beliau berkata, tujuh anggota keselamatan yang pada ketika itu berada di stesen minyak terbabit untuk menyiasat satu kejadian tembakan turut cedera dalam insiden itu.

Pihak polis, menurutnya percaya bom terbabit telah diletakkan di stesen minyak itu oleh empat orang tidak dikenali dan siasatan berkenaan motif letupan bom itu sedang berjalan. - Bernama

24 September 2016

Tiga Polis Thailand Terbunuh Dalam Serangan Di Yala




Diterbitkan: Sabtu, 24 September 2016 8:34 AM

Tiga anggota polis Thai maut dan dua yang lain cedera parah apabila dua buah kereta dinaiki mereka terkena letupan bom tepi jalan sebelum ditembak dalam kejadian yang berlaku pada 11 pagi Jumaat (waktu tempatan) di Kampung Lubok Kalo, Krong Pinang di Yala. -fotoREUTERS

YALA: Tiga anggota polis maut manakala dua lagi cedera parah apabila dua buah kereta dinaiki mereka terkena bom tepi jalan di Kampung Lubok Kalo, Krong Pinang, di sini, Jumaat.

Sebaik sahaja letupan berkenaan, anggota polis berkenaan diserang hendap dan berbalas tembak dengan tujuh hingga 10 anggota kumpulan militan.

Ketua Polis Wilayah Yala, Mej Jeneral Ittipol Achariat-pradit berkata dalam kejadian pukul 11 pagi waktu tempatan itu, anggota kumpulan itu turut melarikan enam laras senjata milik anggota polis tersebut.

Beliau berkata letupan daripada bom seberat 80kg itu menyebabkan sebuah kereta dinaiki tiga anggota polis itu melambung setinggi lima meter.

Kekuatan letupan bom tepi jalan itu, katanya, turut menyebabkan kereta dinaiki anggota polis itu terputus dua, selain meninggalkan lubang sedalam kira-kira satu meter di jalan raya itu.

Menurutnya, kesemua anggota polis terbabit sedang dalam perjalanan pulang selepas melakukan tugas risikan mengenai kegiatan penyeludupan dadah di kawasan berhampiran.

Menurut Ittipol, pihaknya percaya insiden serangan itu didalangi oleh anggota militan dikenali sebagai 'Ubaidillah Ramlee' dan usaha sedang dilakukan untuk menjejaki anggota kumpulan tersebut.

9 September 2016

Letupan bom di Pattani, dua tentera cedera


09 September 2016 12:41 AM
PASUKAN keselamatan Thailand mengetatkan kawalan selepas dua anggota

PASUKAN keselamatan Thailand mengetatkan kawalan selepas dua anggota tentera cedera dalam letupan bom di Nong Chik, Pattani, semalam. AGENSI
PATTANI 8 Sept. – Dua anggota tentera Thailand cedera, salah seorangnya parah, dalam satu letupan bom ketika menjalankan tugas mengawal keselamatan para guru selepas waktu persekolahan di daerah Nong Chik petang semalam.
Menurut Bangkok Post, ketika kejadian, sembilan anggota skuad Pasukan Khas Pattani 24 sedang melakukan rondaan apabila sebuah bom buatan sendiri yang disembunyikan di tepi jalan Ban Thung Po, Lipa Sango meletup.
Dua anggota berkenaan, Wichien Sae Ung dan Nathawat Prommat, kedua-duanya berusia 22 tahun, cedera serta dimasukkan ke hospital Nong Chik untuk rawatan lanjut.
Sepasukan pemusnah bom dikerahkan ke tempat kejadian berikutan tercetusnya kebimba­ngan ada lagi bom yang ‘terta­nam’ di kawasan berkenaan.
Dalam perkembangan berlainan, pihak polis telah mendapatkan waran tangkap ke atas suspek ketiga yang terlibat dalam 12 siri serangan bom di Prachuap Khiri Khan, daerah Hua Hin pada 12 Ogos lalu.
Timbalan Ketua Polis Negara, Srivara Ransibrahmanakul memberitahu, permohonan itu difailkan di Mahkamah Tentera Phetchaburi pada awal pagi ini dan telah diluluskan.
Waran itu dikeluarkan bagi menahan Saree Waedamu, 31, yang tinggal di Thepa, selatan wilayah Songkhla.
Menurut beliau, suspek didakwa memiliki bahan letupan ha­ram dan mahu melakukan cubaan serangan.
Permohonan waran itu telah disokong oleh analisis forensik mengenai imej suspek melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan dipercayai terlibat dalam beberapa insiden keganasan di wilayah selatan negara ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/letupan-bom-di-pattani-dua-tentera-cedera-1.380507#sthash.bH4GW1X6.dpuf

7 September 2016

Dua beranak maut dalam serangan bom




ORANG awam membantu membawa seorang mangsa yang cedera ke hospital. - Agensi

Narathiwat: Seorang budak perempuan berusia empat tahun dan bapanya antara tiga mangsa yang terbunuh dalam satu serangan bom motosikal di luar sekolah daerah Tak Bai di sini semalam.

Tentera berkata, bom yang disembunyikan dalam motosikal itu meletup kira-kira jam 8.25 pagi (waktu tempatan) ketika ibu bapa sibuk menghantar anak mereka ke Sekolah Ban Taba di kampung Ban Taba di Tak Bai.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Mayeng Wohba dan anak perempuannya, Mitra Wohba maut dalam serangan itu bersama seorang lagi lelaki berusia 23 tahun.

Jurucakap hospital memberitahu, semua mangsa yang maut beragama Islam.

Seramai 10 lagi mangsa termasuk empat anggota polis, guru dan ibu bapa turut cedera dalam serangan berkenaan.

Menurut tentera, bom dianggarkan seberat 20 kilogram disembunyikan dalam motosikal yang diletakkan di kedai di hadapan sekolah rendah berkenaan.

Bom itu dipercayai diletupkan menggunakan alat kawalan jauh ketika ibu bapa sibuk menghantar anak mereka ke sekolah berkenaan.

Jurucakap tentera, Pramote Prom-in mengutuk serangan itu yang dianggapnya tidak berperikemanusiaan.

“Bom ini tujuannya cuma satu iaitu untuk membunuh,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 7:46 AM

Budak 4 tahun korban baharu selatan Thai


Mangsa bersama bapa terbunuh dalam letupan bom di Tak Bai
07 September 2016 12:49 AM


BANGKOK 6 Sept. - Tiga termasuk dua beranak terbunuh apabila satu letupan bom berlaku di luar sebuah sekolah di daerah Tak Bai, Narathiwat, pagi ini.
Bangkok Post melaporkan, sebanyak 10 orang turut cedera dalam kejadian kira-kira pukul 8.25 pagi itu ketika polis mengawal lalu lintas di hadapan Sekolah Ban Taba di Kampung Ban Taba dekat mukim Jeh Hay.
Menurut jurucakap polis, mangsa dikenali sebagai Mayeng Wohba dan anak perempuannya Mitra, 4, manakala empat anggota polis dari Balai Polis Tak Bai dan enam orang awam cedera dalam kejadian itu.
Seorang lagi lelaki berusia 23 tahun meninggal dunia di hospital.
Jurucakap itu berkata, bahan letupan tersebut diletakkan pada tangki minyak sebuah motosikal dan meledak ketika murid dan guru sedang memasuki kawasan sekolah ber­kenaan.
“Dua yang terbunuh dipercayai seorang bapa dan anak­nya yang bersekolah di sebuah tadika,” kata jurucakap itu yang tidak mahu namanya didedahkan.
Kumpulan pemisah di wilayah selatan Thailand sering menjadikan sekolah dan guru sebagai sasaran serangan sehingga ada guru yang dibunuh di hadapan murid.
Jurucakap Pusat Pemerintah Operasi Keselamatan Dalam Ne­geri cawangan selatan, Kolonel Pramote Phrom-in mengecam serangan di luar bangunan sekolah yang disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan.
Katanya, pihak berkuasa sedang memburu dalang itu dan akan menyelaraskan bantuan kepada mangsa terlibat.
Lebih 6,500 orang terutama­nya orang awam terbunuh akibat serangan kumpulan pemisah sejak 2004 sama ada menggunakan bahan letupan atau senjata api. – AFP/AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/budak-4-tahun-korban-baharu-selatan-thai-1.379468#sthash.8gM10kvE.dpuf

6 September 2016

Bapa, anak maut letupan bom di selatan Thailand

SELASA, 6 SEPTEMBER 2016 @ 2:04 PM



 SEORANG lelaki dan anak perempuannya yang berusia empat tahun terbunuh dalam letupan bom di luar sekolah di selatan Thailand.. - Foto AFP

 BANGKOK: Seorang lelaki dan anak perempuannya yang berusia empat tahun terbunuh dalam letupan bom di luar sekolah di selatan Thailand.

 Siasatan awal menunjukkan suspek menunggang motosikal dan meletakkannya di depan sebuah kedai kecil di seberang jalan berhadapan sekolah di Tai Bai di Narathiwat. Leftenan Kolonel Polis Noppandon Kingthong, berkata bom itu diletakkan dalam raga depan motosikal dan diletupkan dari jauh.

 Katanya, sasarannya ialah anggota polis trafik dan orang ramai yang menghantar anak mereka di Sekolah Baan Ta Baa.

 Letupan juga mencederakan 10 orang lain. Antara mereka ialah Mayeng Waba dan anak perempuannya, Mitra Waba, yang meninggal dunia akibat kecederaan. Mayeng menghantar anaknya ke tadika.

Antara yang cedera ialah tiga anggota polis dan seorang anggota tentera. - AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190253

Dua Maut Akibat Serangan Bom Di Tak Bai


Diterbitkan: Selasa, 6 September 2016 12:32 PM

BANGKOK: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun apabila sebutir bom diletupkan di luar sebuah sekolah dekat wilayah selatan Thailand pada Selasa.

Kejadian itu berlaku di daerah Tak Bai di wilayah Narathiwat apabila bom yang disembunyikan dalam sebuah motosikal, diletupkan ketika ramai murid dan guru sedang memasuki sekolah untuk memulakan hari persekolahan.

Seorang anggota polis yang enggan dikenali berkata, mangsa yang terbunuh merupakan seorang kanak-kanak perempuan dan seorang lelaki dewasa, berkemungkinan bapa kepada mangsa.

Seramai 10 orang mangsa, termasuk empat anggota polis turut dilaporkan cedera akibat letupan tersebut.

Sementara itu, jurucakap tentera Thailand, Kolomel Pramote Prom-in menyifatkan kejadian tersebut sebagai kejam kerana pihak yang mendalangi keganasan itu sanggup menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa.

"Serangan bom itu merupakan cubaan kumpulan militan untuk mencetuskan huru-hara dan membunuh orang ramai," katanya.

Bagaimanapun tiada pihak mengaku bertanggungjawab dalam kejadian itu. - AFP

Dua beranak maut dalam serangan bom Narathiwat


6 SEPTEMBER 2016
bendera thailand


NARATHIWAT - Seorang lelaki dan anak perempuannya berusia lima tahun maut dalam kejadian serangan bom di hadapan sebuah sekolah di daerah Tak Bai, Narathiwat hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi (waktu tempatan) itu, empat anggota polis dan empat orang awam turut cedera, kata jurucakap Pusat Arahan Operasi Keselamatan Dalam Negeri (ISOC) Kol Pramote Prom-in.

"Letupan berlaku ketika polis sedang mengawal lalu lintas di hadapan Sekolah Ban Taba. Mangsa dikenali sebagai Mayeng Wohba dan anak perempuannya, Mitra Wohba," katanya.

Pihak keselamatan katanya, sedang menyiasat motif kejadian dan pihak yang bertanggungjawab.

Dalam kejadian berasingan pada 10 pagi di Panare, Pattani, seorang anggota keselamatan sukarela cedera akibat terkena serpihan letupan bom ketika sedang berehat di pondok di tepi jalan selepas bertugas mengawal keselamatan guru. - Bernama

5 September 2016

Raja Thailand tunjuk pemulihan positif

DUNIA ISNIN, 5 SEPTEMBER 2016 @ 7:44 AM

 Raja Bhumibol Adulyadej.

BANGKOK: Pemerintah Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej, 88, menunjukkan tanda-tanda pemulihan positif selepas dirawat akibat jangkitan dalam darah, kata istana dalam satu kenyataan semalam.

Monarki paling lama memerintah di dunia itu, dirawat berikutan pelbagai penyakit sepanjang setahun dimasukkan ke hospital di ibu negara Thai.

Demam baginda juga dikatakan makin reda dan masalah jangkitan darahnya semakin berkurangan, kata istana.

 Kenyataan itu dikeluarkan dua hari selepas istana mengeluarkan kenyataan bulanan mengenai kesihatan baginda, yang sebelum ini menyebut mengenai masalah air dalam paru-paru baginda yang turut menjejaskan fungsi buah pinggang.

 Menurut kenyataan itu, imbasan sinar ultra ungu menunjukkan masih ada air dalam paru-paru baginda memaksa satu pasukan pakar-pakar perubatan memberikan antibiotik dan terapi buah pinggang.

Berita mengenai keluarga diraja cukup dikawal ketat di Thailand. Undang-undang melindungi kaum kerabatnya dari sebarang bentuk penghinaan.

Memfitnah, menghina atau mengancam Raja, ratu, pewaris takhta atau pemangku Raja adalah dikira satu jenayah. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/189830

Suspek serangan bom di bandar pelancongan Thailand ditahan

AHAD, 4 SEPTEMBER 2016 @ 11:57 AM


PASARAYA Lee Mart Ka Song yang terjejas dalam serangan bom.

BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand menahan suspek pertama siri serangan pengeboman dan kebakaran di beberapa bandar pelancongan di selatan negara itu bulan lalu, kata seorang pegawai polis semalam. Serangan bom yang diselaraskan itu meletus di tujuh wilayah pada 11 hingga 12 Ogos lalu, membunuh empat orang dan mencederakan berpuluh-puluh lain, termasuk pelancong asing.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab setakat ini tetapi penganalisis berkata ia menunjukkan kebangkitan pemberontak Etnik Melayu Islam sejak 12 tahun lalu, jauh di selatan.

Lelaki yang dikenal pasti polis sebagai Abdul Kadae Salae, 36 dituduh membakar sebuah pasar raya di wilayah Trang.

 "Seorang suspek disyaki menyebabkan satu kebakaran ditangkap semalam di kampung halamannya di Pattani," kata Penolong ketua polis negara, Suchart Theerasawat kepada AFP semalam, merujuk kepada wilayah yang terletak di tengah-tengah kawasan pemberontakan.

Peperangan untuk mendapatkan autonomi lebih besar dari negeri majoriti penganut Buddha itu meragut lebih 6,500 nyawa, terutamanya orang awam sejak tahun 2004.

Bagaimanapun keganasan jarang merebak ke luar dari kawasan sempadan selatan. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/189586

Perkhidmatan SRT selatan Thai terjejas


Susulan serangan bom di Pattani, seorang terbunuh
05 September 2016 12:09 AM


KEADAAN gerabak perkhidmatan kereta api dari Sungai Kolok ke Hatyai

KEADAAN gerabak perkhidmatan kereta api dari Sungai Kolok ke Hatyai yang musnah dalam serangan bom di Stesen Kereta Api Khokpo, Pattani, kelmarin. BERNAMA
BANGKOK 4 Sept. - Sejumlah besar penum­pang yang merancang perjalanan ke selatan negara ini terkandas di Stesen Kereta Api Hatyai selepas pihak Kereta Api Thailand (SRT) menangguhkan perkhidmatan ke tiga wilayah bergolak ekoran sera­ngan bom di Pattani, semalam.
Satu serangan bom merosakkan sebuah gerabak kereta api Sungai Kolok-Hatyai berhampiran Stesen Kereta Api Ban Nikhom Khok Pho di daerah Khok Pho, Pattani mengakibatkan seorang kakitangan (SRT), Chawalit Khongpan terbunuh manakala tiga lagi cedera.
Bangkok Post melaporkan, ketika kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, kakitangan ter­babit berada di dalam gerabak terakhir kereta api tersebut.
Polis percaya kejadian itu didalangi oleh kumpulan pemisah ketika keganasan di wilayah selatan Thailand telah meragut lebih 6,500 nyawa sejak lebih 12 tahun lalu.
Menurut SRT, kesemua per­khidmatan kereta api ke Pattani, Yala dan Narathiwat dari Hatyai ditangguhkan serta-merta buat tempoh sementara.
Pengumuman itu meng­akibatkan sebahagian besar penum­pang yang merancang perjalanan dari Bangkok ke Su­ngai Kolok dengan kereta api terkandas di Hatyai, Songkhla.
Bagaimanapun, SRT menyelesaikan masalah itu dengan menyediakan beberapa buah bas bagi membawa penum­pang berkenaan dari Hatyai ke destinasi tujuan mereka di tiga wilayah tersebut.
Dalam pada itu, Gabenor SRT, Wuthichart Kallayanamitr dilapor akan menilai kerosakan dan merangka pelan bagi memulihkan landasan serta gerabak kereta api yang rosak.
Serangan bom ke atas kemudahan kereta api itu adalah ke­ganasan kedua yang menjejaskan perkhidmatan SRT tahun ini.
Pada 3 Julai lalu, satu bom buatan sendiri merosakkan landasan antara Stesen Kereta Api Rueso di Narathiwat dan Balo di Yala yang mengakibatkan pe­nangguhan perkhidmatan selama 10 hari bagi kerja pembaikan kemudahan berkenaan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/perkhidmatan-srt-selatan-thai-terjejas-1.378651#sthash.awjvKz4K.dpuf

4 September 2016

1 maut, 3 cedera kereta api kena bom di Pattani

AHAD, 4 SEPTEMBER 2016 @ 1:23 AM

KEADAAN gerabak yang musnah selepas keretapi dari Sungai Golok ke Hatyai diserang bom mengakibatkan seorang kakitangan keretapi maut dan tiga lain cedera di stesen keretapi Khokpo kira-kira 5.45 petang tadi (waktu tempatan). - Foto BERNAMA


PATTANI: Seorang pekerja kereta api maut manakala tiga rakan kerja lain cedera apabila kereta api yang dikendalikan mereka terkena letupan bom selepas melepasi stesen Nikom Khokpo di sini, hari ini.

Dalam kejadian 5.45 petang itu, kereta api enam gerabak dengan 100 penumpang yang dalam perjalanan dari Sungai Golok ke Hatyai, terkena bom 20 kilogram yang ditanam di landasan kereta api di stesen berkenaan.

Bagaimanapun, semua penumpang tidak mengalami kecederaan. Ketua Polis Pattani, Mej Jen Thanongsak Wangsupa, berkata mangsa yang terkorban, Chavalit Khonpan, 53, dan tiga pekerja termasuk seorang wanita itu menaiki gerabak terakhir tanpa penumpang.

Beliau berkata, kereta api itu singgah di stesen berkenaan dan mula bergerak apabila bom berkenaan meletup di bahagian akhir kereta api berkenaan sehingga gerabak terakhir itu terputus dua.

 "Seorang daripada tiga yang cedera itu adalah kakitangan wanita yang mengalami kecederaan parah.

Mangsa terbunuh di tempat kejadian manakala yang cedera dihantar ke Hospital Pattani untuk rawatan," katanya kepada pemberita di sini. Letupan bom itu meninggalkan kawah sedalam satu meter dan selebar dua meter. Polis sedang menyiasat mereka yang mendalangi serangan itu. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/189539

3 September 2016

Musnah bahan letupan dalam pikap




PASUKAN pemusnah bom Thai memeriksa pikap yang berisi bahan letupan.

Agensi
Bangkok: Pakar bom semalam berjaya memusnahkan bahan letupan di dalam sebuah pikap di daerah Waeng di Narathiwat.

Pikap yang membawa susu untuk pelajar sekolah itu sebelum ini dicuri di Sai Buri, Pattani Selasa lalu.

Ia ditemui di sebelah balai polis Waeng kira-kira jam 11.20 pagi.

Polis berkata, mereka menjumpai tong gas yang disumbatkan antara 80 dan 100 kilogram bahan letupan di dalam trak itu selain bekas berisi petrol.

Saksi berkata, seorang lelaki meletakkan pikap berkenaan sebelum meninggalkan kawasan itu dengan menunggang motosikal.

Penemuan trak berkenaan menyusuli letupan di sebuah gerai makan bertentangan dengan balai berkenaan pada jam 6.30 pagi. Tiada kecederaan dilaporkan.

Kejadian berlaku ketika pihak berkuasa Thai mengadakan rundingan damai dengan kumpulan pemisah selatan negara itu di Kuala Lumpur. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 September 2016 @ 5:05 AM

Bom meletup di belakang balai polis di Narathiwat

DUNIA JUMAAT, 2 SEPTEMBER 2016 @ 9:07 PM

NARATHIWAT: Sebutir bom seberat lima kilogram meletup di belakang sebuah balai polis di daerah Waeng, wilayah Narathiwat, hari ini. Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Mej Jen Pol Pattanawut Angkanawin, bagaimanapun, berkata kejadian 9 pagi itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kematian. Dalam insiden kedua, katanya, Unit Pemusnah Bom berjaya mematikan bom buatan sendiri seberat 50 kilogram yang dipasang dalam sebuah kereta yang dicuri di daerah itu.

Menurutnya, kereta terbabit dilaporkan dicuri tiga hari lepas sebelum dilengkapi dengan bahan letupan dalam tong gas serta beberapa botol berisi petrol.

 "Rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) menunjukkan kereta itu dipandu oleh seorang lelaki yang meletakkannya di lokasi itu, sebelum sebuah motosikal mengambil pemandunya," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Polis menutup beberapa jalan berhampiran sebelum bertindak memusnah bom kereta itu. Kedua-dua insiden keganasan itu berlaku pada hari yang sama perunding daripada kerajaan Thailand dan MARA Patani mengadakan rundingan damai di Kuala Lumpur. - BERNAMA


 GAMBAR fail, pegawai pemusnah bom memeriksa tempat kejadian letupan bom di tepi jalan di sebuah isyarat lalu lintas di Narathiwat daerah Muang pada pagi Selasa. - Foto Waedao Harai/http://www.bangkokpost.com/

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/189201

2 September 2016

Bom: Mahkamah Tentera Thailand keluar 2 waran


2 SEPTEMBER 2016
Enam cedera dalam letupan bom di Trang

Enam cedera dalam letupan bom di Trang Enam orang cedera dalam satu kejadian letupan bom di sebuah pasar di Wilayah Trang, selatan Thailand baru-baru ini. - Foto Bernama (Gambar Fail)
BANGKOK - Mahkamah tentera Thailand mengeluarkan waran tangkap ke atas dua suspek susulan insiden pengeboman dan perbuatan khianat di tujuh wilayah di selatan negara itu baru-baru ini.

Polis Diraja Thailand dalam satu kenyataan hari ini berkata, waran tangkap dikeluarkan oleh Bahagian 43 Ketenteraan dan Divisyen 41 Tentera Diraja Thai Nakhorn Si Thammarat.  

"Secara keseluruhan, mahkamah tentera telahpun mengeluarkan lima waran tangkap setakat ini," kata kenyataan itu berhubung keganasan tiga minggu lepas yang menyebabkan empat orang maut dan lebih 30 lagi cedera termasuk 10 pelancong asing.

Waran tangkap pertama dikeluarkan ke atas Hakim Dohlah, 32, dari daerah Muang di Pattani kerana memiliki bahan letupan tanpa kebenaran dan bagi letupan dan perbuatan khianat di Tesco Lotus, Nakhorn Si Thammarat.

Waran tangkap kedua dikeluarkan ke atas Abdulkade Salae, 36, dari daerah Yaring di Pattani kerana perbuatan khianat di Lee Supermarket, wilayah Trang.

Baru-baru ini, mahkamah tentera mengeluarkan tiga waran tangkap ke atas suspek-suspek susulan insiden keganasan di Phuket dan Hua Hin. - Bernama

1 September 2016

Rundingan Damai Selatan Thailand Bersambung


Diterbitkan: Khamis, 1 September 2016 3:22 PM

Pasukan penyiasat tentera memeriksa kenderaan yang musnah akibat serangan bom di wilayah Yala, selatan Thailand pada Mac 2012. - AGENSI

BANGKOK: Rundingan damai bagi menyelesaikan konflik di selatan Thailand, akan disambung semula di Kuala Lumpur pada 2 September, tetapi tiada syarat-syarat yang akan dipersetujui atau ditandatangani memandangkan keganasan di wilayah itu masih berterusan.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prawit Wongsuwon seperti yang dilaporkan portal Bangkok Post pada Khamis.

"Kerajaan akan meminta kumpulan pemisah menghentikan sebarang keganasan jika mereka mahu perjanjian damai dimeterai.

"Buat masa ini hanya rundingan sahaja dilaksanakan," katanya.

Wongsuwon turut menegaskan ketelusan kerajaan Malaysia sebagai orang tengah dalam rundingan damai antara pihak berkuasa Thailand dan kumpulan pemisah.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak dijadualkan menunjungi Thailand pada 9 September ini untuk menandatangani beberapa perjanjian termasuk isu kerakyatan dua negara.

Kira-kira 6,500 orang dilaporkan terbunuh dan hampir 12,000 mangsa cedera akibat keganasan yang tercetus di tiga wilayah selatan Thailand iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala sejak 12 tahun lalu. - AGENSI