3 September 2016

Bom meletup di belakang balai polis di Narathiwat

DUNIA JUMAAT, 2 SEPTEMBER 2016 @ 9:07 PM

NARATHIWAT: Sebutir bom seberat lima kilogram meletup di belakang sebuah balai polis di daerah Waeng, wilayah Narathiwat, hari ini. Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Mej Jen Pol Pattanawut Angkanawin, bagaimanapun, berkata kejadian 9 pagi itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kematian. Dalam insiden kedua, katanya, Unit Pemusnah Bom berjaya mematikan bom buatan sendiri seberat 50 kilogram yang dipasang dalam sebuah kereta yang dicuri di daerah itu.

Menurutnya, kereta terbabit dilaporkan dicuri tiga hari lepas sebelum dilengkapi dengan bahan letupan dalam tong gas serta beberapa botol berisi petrol.

 "Rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) menunjukkan kereta itu dipandu oleh seorang lelaki yang meletakkannya di lokasi itu, sebelum sebuah motosikal mengambil pemandunya," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Polis menutup beberapa jalan berhampiran sebelum bertindak memusnah bom kereta itu. Kedua-dua insiden keganasan itu berlaku pada hari yang sama perunding daripada kerajaan Thailand dan MARA Patani mengadakan rundingan damai di Kuala Lumpur. - BERNAMA


 GAMBAR fail, pegawai pemusnah bom memeriksa tempat kejadian letupan bom di tepi jalan di sebuah isyarat lalu lintas di Narathiwat daerah Muang pada pagi Selasa. - Foto Waedao Harai/http://www.bangkokpost.com/

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/189201

No comments:

Post a Comment