5 September 2016

Raja Thailand tunjuk pemulihan positif

DUNIA ISNIN, 5 SEPTEMBER 2016 @ 7:44 AM

 Raja Bhumibol Adulyadej.

BANGKOK: Pemerintah Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej, 88, menunjukkan tanda-tanda pemulihan positif selepas dirawat akibat jangkitan dalam darah, kata istana dalam satu kenyataan semalam.

Monarki paling lama memerintah di dunia itu, dirawat berikutan pelbagai penyakit sepanjang setahun dimasukkan ke hospital di ibu negara Thai.

Demam baginda juga dikatakan makin reda dan masalah jangkitan darahnya semakin berkurangan, kata istana.

 Kenyataan itu dikeluarkan dua hari selepas istana mengeluarkan kenyataan bulanan mengenai kesihatan baginda, yang sebelum ini menyebut mengenai masalah air dalam paru-paru baginda yang turut menjejaskan fungsi buah pinggang.

 Menurut kenyataan itu, imbasan sinar ultra ungu menunjukkan masih ada air dalam paru-paru baginda memaksa satu pasukan pakar-pakar perubatan memberikan antibiotik dan terapi buah pinggang.

Berita mengenai keluarga diraja cukup dikawal ketat di Thailand. Undang-undang melindungi kaum kerabatnya dari sebarang bentuk penghinaan.

Memfitnah, menghina atau mengancam Raja, ratu, pewaris takhta atau pemangku Raja adalah dikira satu jenayah. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/189830

No comments:

Post a Comment