5 September 2016

Suspek serangan bom di bandar pelancongan Thailand ditahan

AHAD, 4 SEPTEMBER 2016 @ 11:57 AM


PASARAYA Lee Mart Ka Song yang terjejas dalam serangan bom.

BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand menahan suspek pertama siri serangan pengeboman dan kebakaran di beberapa bandar pelancongan di selatan negara itu bulan lalu, kata seorang pegawai polis semalam. Serangan bom yang diselaraskan itu meletus di tujuh wilayah pada 11 hingga 12 Ogos lalu, membunuh empat orang dan mencederakan berpuluh-puluh lain, termasuk pelancong asing.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab setakat ini tetapi penganalisis berkata ia menunjukkan kebangkitan pemberontak Etnik Melayu Islam sejak 12 tahun lalu, jauh di selatan.

Lelaki yang dikenal pasti polis sebagai Abdul Kadae Salae, 36 dituduh membakar sebuah pasar raya di wilayah Trang.

 "Seorang suspek disyaki menyebabkan satu kebakaran ditangkap semalam di kampung halamannya di Pattani," kata Penolong ketua polis negara, Suchart Theerasawat kepada AFP semalam, merujuk kepada wilayah yang terletak di tengah-tengah kawasan pemberontakan.

Peperangan untuk mendapatkan autonomi lebih besar dari negeri majoriti penganut Buddha itu meragut lebih 6,500 nyawa, terutamanya orang awam sejak tahun 2004.

Bagaimanapun keganasan jarang merebak ke luar dari kawasan sempadan selatan. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/189586

No comments:

Post a Comment