3 September 2016

Musnah bahan letupan dalam pikap




PASUKAN pemusnah bom Thai memeriksa pikap yang berisi bahan letupan.

Agensi
Bangkok: Pakar bom semalam berjaya memusnahkan bahan letupan di dalam sebuah pikap di daerah Waeng di Narathiwat.

Pikap yang membawa susu untuk pelajar sekolah itu sebelum ini dicuri di Sai Buri, Pattani Selasa lalu.

Ia ditemui di sebelah balai polis Waeng kira-kira jam 11.20 pagi.

Polis berkata, mereka menjumpai tong gas yang disumbatkan antara 80 dan 100 kilogram bahan letupan di dalam trak itu selain bekas berisi petrol.

Saksi berkata, seorang lelaki meletakkan pikap berkenaan sebelum meninggalkan kawasan itu dengan menunggang motosikal.

Penemuan trak berkenaan menyusuli letupan di sebuah gerai makan bertentangan dengan balai berkenaan pada jam 6.30 pagi. Tiada kecederaan dilaporkan.

Kejadian berlaku ketika pihak berkuasa Thai mengadakan rundingan damai dengan kumpulan pemisah selatan negara itu di Kuala Lumpur. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 September 2016 @ 5:05 AM

No comments:

Post a Comment