6 September 2016

Dua beranak maut dalam serangan bom Narathiwat


6 SEPTEMBER 2016
bendera thailand


NARATHIWAT - Seorang lelaki dan anak perempuannya berusia lima tahun maut dalam kejadian serangan bom di hadapan sebuah sekolah di daerah Tak Bai, Narathiwat hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi (waktu tempatan) itu, empat anggota polis dan empat orang awam turut cedera, kata jurucakap Pusat Arahan Operasi Keselamatan Dalam Negeri (ISOC) Kol Pramote Prom-in.

"Letupan berlaku ketika polis sedang mengawal lalu lintas di hadapan Sekolah Ban Taba. Mangsa dikenali sebagai Mayeng Wohba dan anak perempuannya, Mitra Wohba," katanya.

Pihak keselamatan katanya, sedang menyiasat motif kejadian dan pihak yang bertanggungjawab.

Dalam kejadian berasingan pada 10 pagi di Panare, Pattani, seorang anggota keselamatan sukarela cedera akibat terkena serpihan letupan bom ketika sedang berehat di pondok di tepi jalan selepas bertugas mengawal keselamatan guru. - Bernama

No comments:

Post a Comment