29 October 2016

Guru wanita maut, seorang parah ditembak


28 OKTOBER 2016
Tembak

Tembak Gambar hiasan
PATTANI - THAILAND. Seorang guru wanita maut manakala seorang lagi cedera parah ditembak penyerang tidak dikenali dalam kejadian di pekan Mayo, Pattani pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Pattani, Kol Piyawat berkata, dalam kejadian jam 10.40 pagi waktu tempatan (11.40 pagi waktu Malaysia), kedua-dua guru wanita itu ditembak oleh dua lelaki menaiki motosikal.

"Mangsa ditembak ketika berada dalam kereta," katanya hari ini sambil menambah mangsa yang maut dalam kejadian itu dikenali sebagai Sunisa Boonyen, 49.

Menurutnya, mangsa yang mengalami cedera parah, Chadaporn Srileng, 52, pula telah dikejarkan ke Hospital Wilayah Pattani untuk mendapatkan rawatan.

Piyawat berkata, usaha memburu kedua-dua lelaki yang wajahnya berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sedang dipergiatkan manakala motif serangan sedang disiasat. - Bernama

Thailand, militan bincang isu zon keselamatan selatan


28 OKTOBER 2016
Thailand

Thailand
BANGKOK - THAILAND . Kerajaan Thailand dan kumpulan militan selatan negara itu akan meneruskan perbincangan mengenai isu mewujudkan zon keselamatan selepas kedua-dua pihak menamatkan pusingan terbaru rundingan damai tidak rasmi di Kuala Lumpur hari ini.

Sumber rapat Majlis Syura Patani (MARA Patani), yang mewakili kumpulan militan selatan Thailand, berkata isu mengenai zon keselamatan di selatan negara itu masih dalam perbincangan peringkat awal.

"(Perbincangan tentang zon keselamatan) baru bermula, masih di peringkat awal. Belum muktamad lagi, jika sudah muktamad kita akan hebahkan," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata isu mengenai zon keselamatan di selatan Thailand akan terus menjadi agenda perbincangan kedua-dua pihak pada rundingan berikutnya yang bakal diadakan bulan depan.

Tarikh sebenar pusingan rundingan itu, yang mungkin diadakan di Kuala Lumpur, belum ditetapkan kedua-kedua pihak, kata sumber itu.

Zon keselamatan di selatan Thailand merujuk kepada suatu kawasan yang bebas daripada semua bentuk keganasan.

Delegasi kerajaan Thailand ke pusingan rundingan di Kuala Lumpur, yang bermula Selasa dan berakhir hari ini, diketuai oleh ketua panel ke rundingan damai Jeneral Aksara Kerdphol.

Malaysia memainkan peranan sebagai fasilitator di dalam rundingan tidak rasmi di antara kerajaan Thailand dan kumpulan-kumpulan militan selatan negara itu.

MARA Patani merupakan organisasi payung yang mewakili beberapa kumpulan militan di selatan Thailand dan terlibat dalam rundingan tidak rasmi itu. - Bernama

26 October 2016

Tembakan Rambang Di Yala, Dua Polis Maut


Diterbitkan: Rabu, 26 Oktober 2016 3:10 PM

SEBAHAGIAN anggota polis yang cedera sedang dirawat di hospital tempatan selepas kejadian tembakan rambang di Balai Polis Benang Setar pada 25 Oktober 2016. - BERNAMA

YALA: Dua anggota polis maut manakala 13 yang lain cedera parah dalam satu kejadian tembakan secara rambang di Balai Polis Benang Setar, Yala malam Selasa.

Ketua Polis Wilayah Yala Mej Jen Krisada Jandee berkata, kejadian pada 8.30 malam (waktu tempatan) itu dipercayai dilakukan oleh seorang anggota polis dari Balai Polis Batu Tamong, Benang Setar yang mengalami masalah tekanan mental.

"Suspek melepaskan tembakan menggunakan senjata M-16 itu ke arah sekumpulan anggota polis dan orang awam yang sedang menjamu selera. Empat daripada yang cedera parah itu adalah orang awam," katanya pada Rabu.

Dua anggota polis yang maut itu berumur 39 dan 44 tahun, katanya dan menambah, usaha memburu anggota polis dipercayai melepaskan tembakan itu telah dilakukan tetapi belum berhasil.

Katanya, pihak berkuasa juga masih menyiasat tentang motif kejadian itu. - BERNAMA

Wanita maut dalam serangan bom di Pattani




PASUKAN keselamatan memeriksa lokasi serangan bom di sebuah pasar di Pattani, kelmarin. - AFP

Pattani: Seorang wanita terbunuh dan 19 lagi cedera selepas sebutir bom meletup di sebuah pasar di sini petang kelmarin.

Serangan itu berlaku pada ulang tahun ke-12 tragedi Tai Bak yang menyaksikan berpuluh-puluh lelaki Islam maut ketika ditahan pihak berkuasa Thailand di Narathiwat.

Jurucakap polis, Yutthakarn Chitmanee berkata, sebutir bom yang diletakkan di luar sebuah kedai mi meletup kira-kira jam 7 petang (waktu tempatan).

“Seorang wanita terbunuh manakala 19 mangsa termasuk seorang sami Buddha cedera.

“Polis masih menyiasat dan berusaha mencari dalang serangan berkenaan,” katanya.

Saksi memberitahu, letupan berlaku ketika kedai dan kawasan pasar berkenaan sibuk dengan orang ramai yang makan malam.

Seorang jurugambar AFP yang berada di lokasi kejadian melihat ramai mangsa yang cedera termasuk mereka yang parah.

Letupan kuat menyebabkan kedai mi berkenaan rosak teruk.

Pada 25 Oktober 2004, seramai 85 lelaki Islam di Narathiwat maut, kebanyakannya akibat lemas selepas diikat sebelum dimasukkan ke dalam lori yang sesak oleh askar Thailand.

Tragedi yang berlaku di Tai Bak itu mencetuskan keganasan di wilayah berkenaan yang kini sudah meragut lebih 6,600 nyawa. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Oktober 2016 @ 10:20 AM

18 October 2016

Seorang Imam di Thailand Ditembak Mati Saat Menuju Masjid




Seorang imam masjid ditembak mati ketika sedang mengendarai motonya untuk menuju masjid di wilayah Thailand selatan yang masih dilanda pemberontakan pada rezim Bangkok.
Menurut sersan Narawit Ratchakityothin, seorang petugas penyidik di distrik Yaring, provinsi Pattani, serangan terjadi pada pukul 19:10 hari Minggu (26/6) petang.
Korban adalah Abdullah Doe, 46 tahun, seorang imam masjid. Saat itu dirinya tengah berkendara sepeda motor menuju masjid di desanya.
Seorang laki-laki tak dikenal telah membuntuti Doe, dan kemudian menembaknya beberapa kali dengan pistol dari arah belakang.
Akibat luka tembakan yang fatal, Doe langsung meninggal di tempat kejadian.

Wilayah selatan Thailand, khususnya tiga provinsi Yala, Pattani dan Narathiwat yang mayoritas Muslim, telah dilanda pemberontakan selama lebih dari 50 tahun dan menjadi salah satu konflik intensitas rendah namun mematikan.
Meski belum jelas hasil penyelidikannya, Ratchakityothin yakin bahwa penembakan tersebut tidak terkait dengan konflik di Thailand selatan.
“Untuk saat ini kami yakin bahwa penembakan ini disebabkan oleh masalah pribadi”, kata Ratchakityothin melalui telepon kepada Anadolu Agency.
Konflik di Thailand SelatanPerlawanan di Thailand selatan berakar dari masalah lama sejak ratusan tahun lalu antara masyarakat Muslim Melayu di wilayah itu dengan Kerajaan Thailand yang secara de facto menjadikan Buddha sebagai agama negaranya.
Beberapa wilayah Melayu Muslim berhasil diduduki oleh Kerajaan Thailand (Siam) pada akhir abad ke 18, dimana sebelumnya berdiri Kesultanan Islam Patani (berbeda dengan Pattani). Inggris mengakui penguasaan Thailand atas wilayah itu pada tahun 1909.
Sebagian lain bekas wilayah Kesultanan Patani menjadi bagian dari negara Malaysia.
Rezim Bangkok mulai melakukan intervensi untuk menghapus identitas Melayu (Muslim) dengan pemaksaan identitas nasional Thailand berdasar UU kebudayaan.
Termasuk mengusik kurikulum di sekolah-sekolah Islam, pemaksaan penggunaan aksara serta bahasa, penghapusan peradilan Islam tradisional (adat) dan kemudian hilangnya tokoh-tokoh Muslim secara misterius.
Selain diskriminasi tersebut, pembangunan atau pemerataan ekonomi Thailand juga tidak menyentuh ke wilayah Muslim ini.
Sejak dekade 40-an, tokoh Muslim Melayu di bekas Kesultanan Patani telah mengampanyekan tuntutan otonomi, kebebasan penggunaan bahasa, budaya, dan hak menerapkan hukum Islam sendiri.

Kelompok bersenjata dibentuk pertama kali pada akhir 50-an. Namun pemberontakan bersenjata memudar pada era 1990-an.
Pada tahun 2000-an, gerakan perlawanan bersenjata kembali mulai menggeliat. Mencapai puncaknya di tahun 2004, menyebabkan Bangkok mengirim banyak tentaranya ke wilayah selatan.
Perlawanan terdiri dari banyak sel-sel pejuang lokal, juga terbentuk organisasi bernama Barisan Revolusi Nasional atau BRN, dan kelompok lainnya. Termasuk kehadiran kecil para “jihadis”.
Tujuan mereka beraneka ragam, ada yang menginginkan kemerdekaan penuh dan juga meminta otonomi seluas-luasnya sebagai opsi yang lebih diterima bersama.
Perlawanan pejuang lokal terhadap militer Thailand terjadi secara gerilya di bentang alam yang memang mendukung.
Beberapa laporan kelompok HAM menyatakan bahwa militer Thailand melakukan berbagai kekerasan dan penyiksaan terhadap orang-orang yang dituduh terlibat pemberontakan.
Pertemuan untuk negosiasi damai antara rezim Bangkok dan pemberontak telah terjadi beberapa kali, melalui inisiasi pemerintah Malaysia maupun Indonesia.
Pada tahun 2013, tercapai sebuah kesepakatan mengenai pembicaraan awal antara Bangkok dan kelompok perlawanan Islam di Kuala Lumpur.
Negosiasi antara perwakilan pemberontak dengan Thailand dimulai pada 2015, dimana Malaysia sebagai penengah.
Hingga hari ini, wilayah selatan Thailand masih menjadi zona militerisasi. Pos-pos militer Thailand ada dalam tiap jarak sekitar 500 meter dan tiap desa.
Masyarakat Muslim setempat saat ini tetap percaya masih ada tindakan-tindakan militer untuk “menghilangkan” tokoh-tokoh Islam yang dianggap berbahaya.
Partisipasi Melayu Muslim juga sangat kecil dalam pemerintahan di wilayahnya sendiri.
Sumber: risalah.tv