23 January 2016

Thailand pertimbang kenakan surcaj

bendera thailand

22 JANUARI 2016 BANGKOK - THAILAND. Melancong ke Thailand mungkin akan menelan belanja yang mahal pada masa akan datang kerana pihak berkuasa pelancongan sedang mempertimbangkan untuk mengenakan surcaj 360 Baht (RM43) kepada pelancong asing ke negara itu.
Gabenor Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT), Yuthasak Supasorn berkata surcaj itu akan dimasukkan ke tiket penerbangan bagi mereka yang menaiki kapal terbang ke Thailand atau dibayar secara berasingan sejurus sampai ke negara ini menerusi mod pengangkutan yang lain.
"Tidak lama lagi, TAT akan mengemukakan idea dan membawanya kepada kerajaan untuk kelulusan. Pendapatan akan diberikan sama rata kepada wilayah-wilayah," katanya sebagaimana dipetik akhbar tempatan pada Jumaat.
Yuthasak berkata sekiranya kerajaan meluluskan cadangan tersebut, negara itu boleh memperoleh tambahan 12 bilion Baht (RM1.46 bilion) dengan unjuran ketibaan 30 juta pelancong.
Beliau berkata wilayah-wilayah berkenaan boleh menggunakan pendapatan tambahan itu untuk melaksanakan projek bagi memperbaiki alam sekitar dan meningkatkan tahap keselamatan sebagai sebahagian daripada pelan pembangunan pelancong tempatan.
Cadangan TAT untuk mengenakan surcaj itu dibangkitkan tidak lama selepas keputusan kerajaan untuk menggandakan bayaran visa ketibaan kepada 2,000 Baht (RM244) untuk warga dari 18 negara.
Antara negara yang terbabit dengan peraturan baharu itu ialah Andorra, Bulgaria, Bhutan, China, Cyprus, India, Kazakhstan, Malta, Mauritius, Romania, Arab Saudi, Taiwan, Ukraine dan Uzbekistan.
Visa ketibaan dikeluarkan di 42 pintu masuk, termasuk lapangan terbang Suvarnabhumi dan Don Muang.
Yuthasak berkata, cadangan surcaj dan bayaran baharu visa itu akan mempunyai kesan terhadap perbelanjaan pelancong dan bukan kepada industri pelancongan negara itu.
"Kami percaya faktor ini tidak akan mendatangkan banyak masalah terhadap pelancongan kerana ia tidak menjejaskan pelancong yang berbelanja tinggi.
Bagaimanapun, beberapa pelancong tidak akan gembira," katanya. - Bernam
a

22 January 2016

4 lagi maut serangan di selatan Thai


Anggota tentera mengumpul bahan bukti di lokasi serangan bom di daerah Thepa, Songhkla di selatan Thailand pada 19 Januari lalu yang mengorbankan seorang penduduk dan mencederakan tujuh yang lain. REUTERS
YALA 21 Jan. – Empat individu mati ditembak di Pattani dan Yala semalam, dipercayai berkaitan konflik bersenjata di wilayah selatan Thailand.
Dalam kejadian pertama di daerah Mayo, Pattani, mangsa yang dikenali sebagai Mat Kori Seng, 34, mati ditembak di kepala ketika dia dalam perjalanan pulang dari menunaikan solat subuh di masjid berdekatan.
“Mangsa ditembak di kepala menggunakan senapang dan meninggal di tempat kejadian. Polis menemukan dua kelongsong peluru dan masih menyiasat motif kejadian,” kata Timbalan Ketua Polis Mayo, Lt. Jirasit Lomae, semalam.
Dalam kejadian berasingan di Khokpo, daerah yang sama, katanya, seorang warga emas dikenali sebagai Anan Keawmani, 60, maut akibat ditembak di kepala oleh orang yang tidak dikenali.
Menurut Jirasit, polis masih menyiasat pembunuhan warga emas itu.
Sementara itu di Betong, Yala, pasangan anak-beranak, Kanok Titichottikul, 70, dan anak lelakinya, Nattawut Titichottikul, 27, turut mati ditembak oleh penyerang tidak dikenali.
Di Narathiwat pula, lapan anggota tentera Thai nyaris maut apabila sebutir bom seberat 20kg yang ditanam di tepi jalan meletup ketika mereka sedang menjalankan rondaan bagi melindungi keselamatan guru.
Ketua Polis Takbai Kol Polis Jiradej Prasawang berkata, bom terbabit diletupkan menggunakan walkie-talkie. – BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/4-lagi-maut-serangan-di-selatan-thai-1.182089#sthash.mMeea7qo.dpuf

21 January 2016

4 mati ditembak, bom meletup di selatan Thai

20 JANUARI 2016

Tembak

YALA - THAILAND. Empat lagi individu mati ditembak di Pattani dan Yala hari ini dipercayai berkaitan konflik bersenjata di wilayah selatan Thailand.
Dalam kejadian pertama di daerah Mayo, Pattani, mangsa yang dikenali sebagai Mat Kori Seng, 34, mati ditembak di bahagian kepala ketika dalam perjalanan pulang daripada menunaikan solat subuh di masjid berdekatan.
"Mangsa ditembak di kepala menggunakan senapang 'shot gun' dan meninggal di tempat kejadian. Polis menemukan dua kelongsong peluru dan masih menyiasat motif kejadian," kata Timbalan Ketua Polis Mayo Lt Polis Jirasit Lomae hari ini.
Dalam kejadian berasingan di Khokpo daerah yang sama pula katanya, seorang warga emas dikenali sebagai Anan Keawmani, 60, turut maut akibat ditembak di bahagian kepala oleh orang tidak dikenali.
Sebagaimana insiden di Mayo, pihak polis menurut Jirasit, masih menyiasat pembunuhan warga emas itu.
Sementara itu di Betong, Yala, pasangan anak-beranak, Kanok Titichottikul, 70, dan anak lelakinya, Nattawut Titichottikul, 27, turut mati ditembak oleh penyerang tidak dikenali kira-kira 2.15 petang tadi.
Polis juga masih menyiasat motif kejadian.
Di Narathiwat pula, lapan anggota tentera Thai nyaris maut apabila sebutir bom seberat 20kg yang ditanam di tepi jalan meletup ketika mereka sedang menjalankan rondaan bagi melindungi keselamatan guru.
Ketua Polis Takbai Kol Polis Jiradej Prasawang berkata bom terbabit diletupkan menggunakan walkie-talkie pada 6.50 pagi tadi. - Bernam
a

Prayuth bimbang konflik agama

Prayuth

21 JANUARI 2016

 BANGKOK -  THAILAND. Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha bimbang wujudnya konflik agama di wilayah Pattani selepas timbul cadangan membina taman Buddha di wilayah tersebut.
Prayuth semalam, tampil menjelaskan bahawa cadangan pembinaan taman itu yang lengkap patung gergasi Buddha di tengah-tengah Pattani, di mana majoriti penduduknya beragama Islam belum diluluskan pihak berkuasa tempatan wilayah terbabit.
Beliau mengeluarkan kenyataan itu berikutan bantahan pemimpin agama Islam dan masyarakat tempatan lapor Bangkok Post.
"Adakah taman itu sudah disiapkan dan siapa membinanya? Adakah mereka (pengurus projek) telah mendapat kebenaran?
"Gabenor wilayah sehingga kini masih belum mendapatkan kelulusan Kementerian Dalam Negeri.
"Saya akan mengelakkan persengketaan antara dua agama,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet, semalam.
Malah beliau sangsi sama ada Kementerian Dalam Negeri mengetahui kewujudan projek pembinaan taman Buddha yang yang turut dikenali sebagai Taman Monthon itu.
Pemimpin agama dan masyarakat tempatan bimbang pembinaan taman Buddha di wilayah yang 80 peratus penduduknya beragama Islam akan memburukkan lagi konflik berdarah di wilayah selatan Thailand.
Mengikut perancangan pihak berkuasa tempatan, taman Buddha itu dijangka akan dibina di satu kawasan dinamakan Pak Ao di daerah Muang, Pattani.

20 January 2016

Seorang Terbunuh, Lapan Cedera Dalam Serangan Bom Di Songkhla


Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2016 5:03 PM

BANGKOK: Seorang wanita terbunuh, lapan yang lain cedera dalam dua serangan bom ke atas sebuah restoran berganding karaoke di daerah Thepa, Songkhla lewat malam Isnin.
Ketua Polis Songkhla Maj. Jen Polis Krisakorn Palitanyawong berkata, kejadian berlaku pada 11.30 malam dan yang terkorban dikenali sebagai Wipawadee Roypuang, 28, dari daerah Na Chuak.
"Bom kedua digunakan sebagai perangkap samar, meletup 15 minit kemudian.
"Kami telah mengenal pasti dua anggota gerakan pembebasan Thai Selatan yang aktif di Khokpo dan empat daerah di Songkhla sebagai pihak bertanggungjawab," katanya kepada media pada Selasa.
Katanya, semua yang cedera dan dimasukkan ke Hospital Songkla adalah pekerja dan pelanggan restoran itu, dengan empat dalam kedaan kritikal.
Polis memperketat langkah berjaga-jaga terutama di 32 pintu masuk ke Hatyai, bandaraya yang popular di kalangan rakyat Malaysia dan Singapura.
Krisakorn menyangkal dakwaan yang kejadian itu ada kaitangan dengan serangan ganas di Jakarta, yang dikaitkan dengan kumpulan militan Daesh. 

19 January 2016

Seorang Terbunuh, Lapan Cedera Dalam Serangan Bom Di Songkhla


Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2016 5:03 PM

BANGKOK: Seorang wanita terbunuh, lapan yang lain cedera dalam dua serangan bom ke atas sebuah restoran berganding karaoke di daerah Thepa, Songkhla lewat malam Isnin.
Ketua Polis Songkhla Maj. Jen Polis Krisakorn Palitanyawong berkata, kejadian berlaku pada 11.30 malam dan yang terkorban dikenali sebagai Wipawadee Roypuang, 28, dari daerah Na Chuak.
"Bom kedua digunakan sebagai perangkap samar, meletup 15 minit kemudian.
"Kami telah mengenal pasti dua anggota gerakan pembebasan Thai Selatan yang aktif di Khokpo dan empat daerah di Songkhla sebagai pihak bertanggungjawab," katanya kepada media pada Selasa.
Katanya, semua yang cedera dan dimasukkan ke Hospital Songkla adalah pekerja dan pelanggan restoran itu, dengan empat dalam kedaan kritikal.
Polis memperketat langkah berjaga-jaga terutama di 32 pintu masuk ke Hatyai, bandaraya yang popular di kalangan rakyat Malaysia dan Singapura.
Krisakorn menyangkal dakwaan yang kejadian itu ada kaitangan dengan serangan ganas di Jakarta, yang dikaitkan dengan kumpulan militan Daesh. 

18 January 2016

Pasangan suami isteri mangsa terbaru di selatan Thai

Tembak

18 JANUARI 2016 Gambar hiasan. BANGKOK - Sepasang suami isteri mati ditembak di sebuah kebun getah di Kampung Batas Tinggi, Mukim Kota Teras di daerah Raman yang terletak di wilayah bergolak, Yala, selatan Thai.
Kapten Polis Chamnont Keawpimpl berkata, kejadian dipercayai berlaku pada pukul 5 pagi itu telah menyebabkan kedua-dua mangsa dikenali Ma-il Leemada-i, 60, dan isterinya, Bidoh Leemada-I, 60, mati di tempat kejadian.
"Mayat pasangan suami isteri itu ditemui berhampiran motosikal mereka. Mangsa telah ditembak dari jarak dekat," katanya kepada media di lokasi kejadian hari ini.
Menurutnya, saksi di tempat kejadian mendakwa melihat mangsa menunggang motosikal menuju ke kebun getah sebelum terdengar beberapa das tembakan senjata api dan menemui mayat mereka.
Pihak polis kata Chamnont masih menyiasat motif kejadian terbabit sama ada ia berpunca daripada masalah peribadi atau akibat pergolakan bersenjata di selatan Thai.
Konflik bersenjata di antara kumpulan pemisah dan pasukan keselamatan Thai di wilayah selatan negara itu yang majoriti penduduknya beragama Islam telah mengorbankan ribuan orang. - Bernam
a

Isu selatan Thai, Malaysia laksana peranan baik

Abu Hafiz al-Hakim

18 Januari 2016 12:24 AM BANGKOK 17 Jan. – Tidak ada ke­perluan untuk Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menjadi fasilitator dalam rundingan damai selatan Thai kerana peranan itu telah pun dimainkan dengan baik oleh Malaysia, menurut kumpulan Mara Pattani yang terlibat dalam rundingan dengan kerajaan Thailand itu.
Jurucakap kumpulan Mara Pattani, Dr Abu Hafiz al-Hakim (gambar) berkata, Malaysia memainkan peranan sebagai fasilitator dalam rundingan damai itu dengan baik dan berkecuali.
“Malaysia melaksanakan pe­ranan dengan baik, tidak boleh ada dua fasilitator atau dua pengadil dalam satu perlawanan,” katanya kepada Bernama hari ini.
Mara Pattani merupakan orga­nisasi yang menjadi payung kepada enam kumpulan pemisah di selatan Thai dan bertindak sebagai suara tunggal puak pemisah dalam run­dingan dengan kerajaan Thailand.
Dr. Abu Hafiz berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung OIC, Iyad Ameen Madani di Bangkok baru-baru ini tentang keinginan badan yang dianggotai oleh 57 negara Islam itu untuk terlibat sama dalam rundingan berkenaan.
Setiausaha Agung OIC itu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayuth Chan-O-cha dan Menteri Luarnya, Don Pramudwinnai.
Beliau melawat Thailand, yang merupakan negara pemerhati dalam OIC selepas mengunjungi Malaysia sebelum itu.
Dalam pertemuannya dengan media di Bangkok, Iyad Madani menyatakan harapannya agar OIC dapat memainkan peranan sebagai fasilitator dalam usaha membina keyakinan antara kedua-dua pihak yang bertelagah di selatan Thai itu.
Abu Hafiz yang turut terlibat sama dalam rundingan damai mewakili Barisan Islam Pembebasan Pattani (BIPP) itu berkata, mereka juga tidak menyentuh peranan OIC dalam pertemuan mereka dengan Madani di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Beliau juga menjelaskan Malaysia tidak mempunyai sebarang peranan dalam pertemuan antara Mara Pattani dengan setiausaha agung OIC di Kuala Lumpur baru-baru ini.
“Pertemuan itu diatur oleh individu-individu tertentu tanpa ada sebarang peranan oleh kerajaan Malaysia,” katanya.
Abu Hafiz juga berkata apa yang diperlukan ketika ini adalah sokongan kuat daripada OIC terhadap rundingan damai terbabit yang masih lagi berada di peringkat awal.
Menurutnya, penglibatan pihak-pihak lain dalam rundingan termasuk OIC boleh dipertimbangkan hanya dengan persetujuan kerajaan Thailand terlebih dahulu, apabila rundingan mencapai tahap rasmi dan menyentuh isu-isu kritikal.
“Pada ketika ini, rundingan antara kedua-dua pihak masih berada di tahap tidak rasmi dan di peringkat berbincang tentang terma-terma rujukan rundingan. Kita masih tidak menyentuh tentang isu-isu yang kritikal,” katanya.
Beliau berkata, pada ketika ini pihaknya masih menunggu reaksi balas kerajaan Thailand tentang isu terma-terma rujukan rundingan damai itu sebelum menyambung semula rundingan.
Abu Hafiz menjangkakan kedua-dua pihak akan bertemu semula pada akhir Januari ini atau awal Februari untuk menyambung se­mula rundingan damai itu. – BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/isu-selatan-thai-malaysia-laksana-peranan-baik-1.180681#sthash.NrwvwL0D.dpuf

Thai lancar serbuan perangi keganasan


BANGKOK 17 Jan. – Polis Thailand melancarkan serbuan di kawasan Min Buri, yang mempunyai banyak penduduk Islam, sebagai sebahagian daripada langkah meningkatkan keselamatan berikutan serangan pengganas di Jakarta, Indonesia, dua hari lepas.
Ketua Polis Metropolitan Kawasan Tiga Mejar Jeneral Chaiyaporn Panich-Attra berkata, operasi bersama tentera itu diketuai beliau sendiri.
“Saya mengetuai pasukan itu berikutan kejadian letupan di Jakarta dan pengeboman di Ratchaprasong pada pertengahan Ogos lepas,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Menurut beliau, pasukannya melakukan pemeriksaan di pangsapuri yang disyaki disewa suspek di kawasan itu, tetapi tidak menjumpai sebarang objek.
Chaiyaporn berkata, sasaran serbuan ialah individu mencurigakan, tetapi beliau tidak memberi penjelasan lanjut.
Beliau bagaimanapun meredakan kebimbangan yang mungkin dirasai masyarakat Islam di Min Buri apabila berkata, pasukan keselamatan Thailand tidak menjadikan golongan itu sebagai sasaran dalam operasi keselamatan berkenaan.
Pasukan keselamatan Thailand termasuk polis dan tentera, meningkatkan pengawasan di sekitar Bangkok dan kawasan sempadan dengan negara jiran berikutan serangan di Jakarta.
Ogos lepas, Thailand mengalami serangan bom paling dahsyat dalam sejarahnya apabila sebutir bom diletupkan di Kuil Erawan, yang terletak di persimpangan Rachaprasong di sini, yang terkenal kerana kesibukannya dan menyebabkan 20 orang maut, termasuk lima rakyat Malaysia. – BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/thai-lancar-serbuan-perangi-keganasan-1.180635#sthash.rUc62SgW.dpuf

16 January 2016

Yingluck didakwa di mahkamah



SEKUMPULAN wartawan dan jurugambar mengerumuni Yingluck Shinawatra di luar Mahkamah Agung di Bangkok semalam. - REUTERS


BANGKOK - Bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra tampil di mahkamah semalam untuk menghadapi perbicaraan tuduhan rasuah.
Para penyokong wanita itu bagaimanapun mendakwa, pertuduhan berkenaan merupakan satu muslihat oleh pemerintah junta tentera untuk menyekat pengaruh beliau dan keluarganya.
Yingluck yang merupakan adik perempuan bongsu bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra telah digulingkan junta tentera menerusi satu rampasan kuasa pada 2014.
Thaksin kini hidup dalam buangan di Britain selepas digulingkan pada September 2006.
Dia turut menghadapi beberapa tuduhan rasuah serta salah guna kuasa.
Yingluck dihadapkan di Mahkamah Agung kerana didakwa gagal menguruskan skim subsidi beras yang merupakan sebahagian daripada dasar popular bagi membantu parti pimpinannya memenangi pilihan raya umum Thailand pada 2011.
Beliau diharamkan berkecimpung dalam bidang politik selama lima tahun pada Januari lalu selepas pihak tentera yang melantik satu badan perundangan mendapati Yingluck bersalah kerana salah urus skim itu.
Bagaimanapun, Yingluck menafikan pertuduhan tersebut yang menyebabkan beliau bakal berhadapan dengan hukuman penjara selama 10 tahun jika didapati bersalah.
“Saya telah bersiap sedia. Saya yakin bahawa kita akan melakukan yang terbaik bagi menghadapi perbicaraan ini,” kata Yingluck kepada wartawan di luar mahkamah.
Yingluck dilihat disambut lebih 100 penyokongnya semasa beliau tiba di mahkamah semalam.
“Perdana menteri rakyat. Kamu perlu lawan. Kami sayang Yingluck!” jerit beberapa penyokongnya.
Pendakwa raya kes itu dijangka akan membawa empat orang saksi dan perbicaraan kes itu dijangka akan berlarutan sehingga tahun ini, manakala keterangan saksi kali terakhir pula dijadualkan pada November ini.
Kerajaan junta tentera berkata, skim beras yang diperkenalkan pada tahun 2011 itu dipenuhi dengan rasuah selain kerajaan perlu menanggung kerugian berbilion dolar.
- REUTERS


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0116&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3xNVYBrAS 
Hakcipta terpelihara 

14 January 2016

OIC harap dapat main peranan dalam 
proses perdamaian di selatan Thailand


Iyad Ameen Madani (tengah) melayan pertanyaan wartawan pada hari

Iyad Ameen Madani (tengah) melayan pertanyaan wartawan pada hari akhir lawatannya ke Thailand, kelmarin. BERNAMA
BANGKOK 13 Jan. – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berharap dapat memainkan peranan penting dalam proses perdamaian antara kerajaan Thailand dan kumpulan pemisah di selatan negara ini.
Setiausaha Agung OIC, Iyad Ameen Madani berkata, perkara itu disampaikan kepada Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha dalam satu pertemuan di sini semalam, sambil menambah kata, OIC hanya akan berbuat demikian ‘sekiranya terdapat perjanjian’ dengan Bangkok.
“Kami menawarkan diri untuk bertindak sebagai fasilitator, sebahagian daripada langkah membina keyakinan dalam proses politik di selatan (Thailand).
“Kami sangat yakin dengan apa yang berlaku di bawah kepemimpinan sekarang. Kami merasakan ada keikhlasan dalam menyelesaikan masalah ini (konflik di selatan Thai),” katanya kepada pemberita, di sini semalam.
Madani, yang baru tiba di sini dari Kuala Lumpur, Malaysia, tiga hari lalu berkata, OIC sangat menyokong rundingan antara Bangkok dan kumpulan pemisah dan ‘bersedia memain peranan jika diminta’.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa OIC tidak meletakkan syarat bagi penyelesaian konflik itu dan tidak ‘meletakkan agenda’ tetapi hanya menawarkan diri sebagai platform membina kenyakinan.
Dalam temu bual pada hari terakhir lawatannya ke Thailand, Setiausaha Agung OIC itu turut menekankan bahawa konflik di selatan Thailand ‘bukan berpunca daripada agama’.
Thailand dan kumpulan pemisah telah mengadakan beberapa siri rundingan dibantu oleh Malaysia di Kuala Lumpur sebagai usaha mencari penyelesaian yang aman terhadap konflik yang berterusan di wilayah di selatan negara ini.
Menurut Madani, ‘sejarah pergolakan’ dan ‘rasa tidak persefahaman’ boleh diselesaikan menerusi proses politik dengan ‘membawa mereka bertemu untuk berunding’.
Sementara itu, Prayuth berkata, pihaknya bersedia untuk bekerjasama dengan OIC dalam semua perkara, kecuali keganasan di selatan Thailand.
Prayuth juga berkata bahawa beliau tidak mengetahui tentang pertemuan antara Madani dan kumpulan pemisah Mara Patani di Malaysia, baru-baru ini untuk membincangkan isu rundingan damai di selatan Thailand.
“Saya mempunyai prinsip, jangan bercakap dengan saya jika anda tidak mempunyai prinsip. Kita tidak dapat menyelesaikan isu ini bersendirian.
“Berapa banyak nyawa yang terkorban kerana pemberontakan dan keganasan. Wang bukan nilai untuk nyawa mereka ini,” katanya kepada pemberita.
Pihak berkuasa Thailand telah lama bergelut untuk menyelesaikan isu keganasan di selatan Thailand sejak 2004 dan lebih 5,000 orang telah terbunuh sejak itu.
OIC sesekali turut mengkritik tindakan kerajaan Thailand, yang dilihat berat sebelah dalam menangani masalah yang dihadapi masyarakat minoriti Islam di negara ini. – Bernama/Agensi
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/oic-harap-dapat-main-peranan-dalam-8232-proses-perdamaian-di-selatan-thailand-1.179395#sthash.PXdm6K1n.dpuf

13 January 2016

90 peratus pasti Hassan

Selama: Identiti mayat seorang lelaki yang ditemui mati dengan tiga kesan tembakan di dahi dan muka di tepi jalan masuk ke Bukit Sumpitan, di sini, pada 29 Disember tahun lalu, dikenali sebagai Hassan Osman, 58, warga asing yang mempunyai dua kerakyatan dan dikehendaki pihak berkuasa Thailand membabitkan kegiatan pemerdagangan manusia.
Difahamkan lelaki etnik Rohingya itu, mempunyai kerakyatan Myanmar dengan nama U Mar San @ Tun Yee dan kerakyatan Thailand dengan nama Nai Had Thong Ting serta pengecaman mangsa disahkan oleh seorang anak lelakinya beberapa hari selepas berita mengenai penemuan mayat mangsa dilaporkan.
Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Loo Lian Lay berkata, pihaknya bagaimanapun masih menunggu laporan asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesahkan identiti sebenar mangsa.
Menurutnya, pihak berkuasa Thailand turut menghubungi pihaknya memaklumkan lelaki dikenali sebagai Hassan Osman itu dikehendaki dan diburu kerana dipercayai antara dalang utama dalam kegiatan memperdagangkan manusia di negara berkenaan.
“Identiti mangsa di kenal pasti berdasarkan pengecaman dibuat anak lelakinya yang tinggal di Thailand dan setakat ini 90 peratus pasti ia Hassan, namun kita masih menunggu laporan DNA serta mayatnya masih tidak boleh diserahkan kepada ahli keluarga lagi.
“Polis turut berhubung dengan Kedutaan Myanmar untuk pengesahan identiti lelaki berkenaan dan masih belum ada jawapan,” katanya.
Lian Lay berkata, siasatan awal turut mendapati mangsa mempunyai dua anak lelaki yang kedua-duanya rakyat Malaysia, namun hanya seorang saja yang datang membuat pengecaman dan seorang lagi dipercayai hilang bersama mangsa serta hingga kini masih gagal dikesan.
Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari 29 Disember lalu, lelaki berkenaan dipercayai ditembak dari jarak dekat iaitu di dahi dan dua das di muka dengan peluru jenis .22 milimeter (mm) ditemui lengkap berpakaian serta dipercayai dibunuh di tempat lain.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2016 @ 9:12 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/106895#sthash.XsplzhH9.dpuf

7 January 2016

Keganasan menurun

Bangkok: Jumlah keganasan di wilayah bergolak di selatan Thailand menurun ke paras terendah dalam sejarah bagi tempoh lebih 10 tahun ekoran kawalan keselamatan lebih ketat dan kurangnya serangan kumpulan pemisah terhadap orang awam, kata sebuah kumpulan pemantau semalam.
Kumpulan pemisah di wilayah yang majoriti penduduknya beragama Islam itu melancarkan serangan bom dan tembakan hampir setiap hari sejak 2004.
Serangan itu menyasarkan askar dan anggota polis, tetapi guru dan penjawat awam lain sering juga menjadi sasaran kerana dilihat sebagai ejen kerajaan.
Kumpulan pemisah menuntut kemerdekaan atau lebih kuasa autonomi dari Bangkok yang menguasai wilayah berkenaan lebih seabad lalu.
Secara keseluruhan lebih 6,500 mangsa yang kebanyakannya orang awam terbunuh akibat keganasan di wilayah itu.
Menurut kumpulan Deep South Watch, jumlah keganasan mencatatkan angka paling rendah tahun lalu.
Pada tahun lalu, sebanyak 674 insiden keganasan dicatatkan berbanding sekitar 1,000 kejadian setiap tahun sejak konflik itu tercetus.
Jumlah kematian juga menurun kepada 246 berbanding 341 pada 2014 dan purata tahunan sebanyak 550 sepanjang konflik.
Kebanyakan mangsa yang meninggal dunia juga adalah penduduk beragama Islam.
Pengarah Deep South
Watch, Srisompob Jitpiromsri berkata, penurunan mangsa yang terbunuh itu adalah kesan perjanjian oleh kumpulan pemisah untuk meminimumkan sasaran awam, susulan rundingan damai pertama yang diusahakan Bangkok pada 2013.
“Kerajaan juga meningkatkan langkah pertahanan seperti pusat pemeriksaan di kawasan bandar yang berjaya menghalang pemisah melancarkan serangan dengan mudah,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 January 2016 @ 6:54 AM


POLIS mengambil gambar kenderaan tentera yang diserang kumpulan pemisah di Yala pada 2 Jun lalu yang menyebabkan empat askar maut.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/105160#sthash.OzUY72xv.dpuf