7 January 2016

Keganasan menurun

Bangkok: Jumlah keganasan di wilayah bergolak di selatan Thailand menurun ke paras terendah dalam sejarah bagi tempoh lebih 10 tahun ekoran kawalan keselamatan lebih ketat dan kurangnya serangan kumpulan pemisah terhadap orang awam, kata sebuah kumpulan pemantau semalam.
Kumpulan pemisah di wilayah yang majoriti penduduknya beragama Islam itu melancarkan serangan bom dan tembakan hampir setiap hari sejak 2004.
Serangan itu menyasarkan askar dan anggota polis, tetapi guru dan penjawat awam lain sering juga menjadi sasaran kerana dilihat sebagai ejen kerajaan.
Kumpulan pemisah menuntut kemerdekaan atau lebih kuasa autonomi dari Bangkok yang menguasai wilayah berkenaan lebih seabad lalu.
Secara keseluruhan lebih 6,500 mangsa yang kebanyakannya orang awam terbunuh akibat keganasan di wilayah itu.
Menurut kumpulan Deep South Watch, jumlah keganasan mencatatkan angka paling rendah tahun lalu.
Pada tahun lalu, sebanyak 674 insiden keganasan dicatatkan berbanding sekitar 1,000 kejadian setiap tahun sejak konflik itu tercetus.
Jumlah kematian juga menurun kepada 246 berbanding 341 pada 2014 dan purata tahunan sebanyak 550 sepanjang konflik.
Kebanyakan mangsa yang meninggal dunia juga adalah penduduk beragama Islam.
Pengarah Deep South
Watch, Srisompob Jitpiromsri berkata, penurunan mangsa yang terbunuh itu adalah kesan perjanjian oleh kumpulan pemisah untuk meminimumkan sasaran awam, susulan rundingan damai pertama yang diusahakan Bangkok pada 2013.
“Kerajaan juga meningkatkan langkah pertahanan seperti pusat pemeriksaan di kawasan bandar yang berjaya menghalang pemisah melancarkan serangan dengan mudah,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 January 2016 @ 6:54 AM


POLIS mengambil gambar kenderaan tentera yang diserang kumpulan pemisah di Yala pada 2 Jun lalu yang menyebabkan empat askar maut.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/105160#sthash.OzUY72xv.dpuf

No comments:

Post a Comment