31 July 2015

Tiga Polis Cedera Serangan Bom Di Selatan Thai


Diterbitkan: Jumaat, 31 Julai 2015 11:50 AM
Serangan bom yang terkena kenderaan dinaiki polis di Cho Airong selatan Thai, Khamis.

NARATHIWAT: Tiga anggota polis yang dalam perjalanan mengiringi beberapa guru sekolah pulang ke rumah masing-masing cedera dalam serangan bom di daerah Cho Airong di sini.
Kejadian pada Khamis itu berlaku ketika anggota polis terlibat melalui Jalan Ban Ya Ning di Kampung Moo 2 di Juab dekat sini.
"Bom itu meletup dan mengenai kenderaan mereka menyebabkan mereka cedera di badan dan muka akibat terkena serpihak bom itu," kata jurucakap polis wilayah itu.
Ketiga-tiga anggota polis itu kini dirawat di Hospital Naradhiwas Rajanagarindra.
Katanya, siasatan mendapati bom itu dipasang dalam silinder gas seberat 20 kilogram yang disorok berhampiran satu papan tanda kira-kira 200 meter dari sekolah.
Bom itu dipercayai diletupkan menggunakan alat kawalan jauh apabila kenderaan polis menghampiri papan tanda berkenaan.
Polis percaya serangan bom itu dilancarkan kumpulan pemisah.
Keganasan yang melanda selatan Thai kerana menuntut pemisahan sejak 2004 lalu menyebabkan lebih 5,000 orang terbunuh.

28 July 2015

Ibu segala El Nino landa Thailand

Bangkok: Kemarau buruk yang melanda Thailand mungkin berlarutan sehingga pertengahan tahun depan akibat fenomena luar biasa yang digelar pakar sebagai ibu kepada segala El Nino.
“Kesan El Nino akan menjadi bertambah kuat dan berlarutan sehingga Februari tahun depan.
“Ini bermakna kurangnya awan lembap yang membawa hujan yang biasa diterima Thailand dari Lautan Pasifik,” kata pakar kaji cuaca, Chawalit Chantararat.
Katanya, El Nino juga menyebabkan hujan jarang turun pada musim tengkujuh pertama tahun ini.
“El Nino mengganggu corak ribut di Lautan Pasifik. Ini menyebabkan kurangnya ribut di rantau ini sekali gus mengurangkan hujan diterima Thailand.
“Sekiranya ini berterusan, kita terpaksa bertahan dengan kemarau sehingga musim hujan yang seterusnya,” jelasnya.
Pengkaji Meteorologi di Universiti Teknologi Thonburi, Dusadee Sukawat memberitahu El Nino yang teruk kemungkinan besar menyebabkan kekurangan hujan di Asia dan Australia.
Katanya, keadaan itu sudah pasti mengganggu corak hujan di Thailand.
“Sekiranya pada Ogos dan September, kita hanya menerima purata taburan hujan dalam dua bulan terakhir pada musim tengkujuh, ia tidak akan membantu menaikkan takungan air di empangan yang hampir kering.
“Keadaan tidak bertambah baik melainkan ada beberapa ribut menghala ke Thailand,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Julai 2015 @ 7:06 AM


SEORANG petani melihat tanaman padinya yang musnah akibat kemarau di Praek Siracha di wilayah Chainat.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66659#sthash.vAffQFdA.dpuf

27 July 2015

Kabinet Thailand alami tekanan rombakan

Prayuth Chan-ocha
Prayuth Chan-ocha

BANGKOK - THAILAND. Kerajaan Thailand yang kini mengalami pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan eksport yang berkurangan, kini berdepan dengan tekanan daripada orang ramai yang mahu kabinet dirombak.
 
Bercakap kepada pemberita hari ini, Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayuth Chan-ocha berkata, beliau akan mempertimbangkannya apabila tiba masa yang sesuai, mengambil kira faktor-faktor umur serta kesihatan dan bukan kerana tekanan awam.
 
Katanya, beliau mungkin mempertimbangkan rombakan selepas ulang tahun pertama kabinet atau lebih awal lagi.
 
Prayuth dipilih sebagai Perdana Menteri oleh Dewan Perundangan Nasional pada Ogos tahun lepas selepas mengetuai rampasan kuasa pada 22 Mei tahun yang sama yang menggulingkan bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.
 
Beliau menyampaikan kenyataan dasar kerajaan di Dewan Perundangan Nasional pada 12 September, 2014.
 
Beliau berkata kerajaan mendengar suara rakyat yang kadang-kadang tidak gembira atau tidak sabar dengan prestasi kerajaan.
 
Anggota kabinet yang memegang portfolio berkaitan ekonomi, terutamanya Menteri Perdagangan, Jeneral Chatchai Sarikalya, mengalami tekanan agar dirombak kerana rakyat merasakan kerajaan gagal menyelesaikan masalah ekonomi.
 
Prayuth berkata, rakyat hanya berfikir tentang ekonomi yang lembap tetapi tidak memberi perhatian kepada faktor-faktor atau sebab-sebab yang telah memberi kesan kepada pertumbuhan negara.
 
Beliau berkata, bukan ekonomi Thai sahaja yang terjejas daripada ekonomi global.
 
Sementara itu, Kementerian Perdagangan Thailand mengumumkan eksport negara itu mengecil 4.84 peratus kepada US$106.85 bilion pada separuh pertama tahun ini, dengan sektor pertanian dan industri menunjukkan penurunan.
 
Baht semakin lemah tidak banyak membantu meningkatkan eksport, katanya.
 
Kementerian itu berkata dengan prestasi yang lemah, ia akan mengumumkan sasaran eksport yang baharu, disemak semula pada tahun ini, menjelang bulan depan, yang kini ditetapkan pada pertumbuhan 1.2 peratus.
 
Pada separuh pertama, import susut 7.91 peratus kepada US$103.38 bilion.
 
Eksport negara turun sebanyak 7.87 peratus kepada US$18.16 bilion pada Jun, penurunan bulan keenam berturut-turut.
 
Import bulan lepas susut 0.21 peratus kepada US$ 18.01 bilion, yang bermakna Thailand mencatatkan lebihan dagangan sebanyak US$150 juta. - Bernama

Dua Maut, 6 Cedera Serangan Puak Pemisah Di Saiburi


Diterbitkan: Sabtu, 25 Julai 2015 11:11 PM

PATTANI: Dua orang terkorban dan enam lagi cedera dalam satu letupan bom di pekan Taluban, Saiburi, dalam wilayah Pattani awal pagi tadi.
Menurut sumber polis di Saiburi, serangan bom yang disyaki didalangi puak pemisah yang bergiat di Saiburi itu berlaku pada 6.30 pagi waktu tempatan, ketika tiga orang anggota tentera sedang mengawal keselamatan sami Buddha.
Ketika kejadian itu, tiga orang anggota tentera tersebut bersama dua orang sami Buddha sedang menerima makanan yang didermakan oleh masyarakat Buddha.

Menurut pihak polis lagi, bom buatan sendiri seberat 10 kilogram itu dipasang dalam kotak besi dan diletak di tepi jalan.

Ia diletupkan sebaik saja anggota tentera dan sami tersebut lalu dan kekuatan bom telah mencederakan lapan orang.

Dua orang daripada mereka meninggal dunia di Hospital Somdej Prayuparaj Saiburi, manakala enam lagi di pindah ke hospital Pattani.

26 July 2015

Bom di Pattani: Dua maut, enam cedera

bendera thailand

PATTANI - THAILAND. Dua orang terkorban dan enam lagi cedera dalam satu letupan bom di pekan Taluban, Saiburi, dalam wilayah Pattani
awal pagi tadi.
Menurut sumber polis di Saiburi, serangan bom yang disyaki didalangi puak pemisah yang bergiat di Saiburi itu berlaku pada 6.30 pagi waktu tempatan, ketika tiga orang anggota tentera sedang mengawal keselamatan sami Buddha.
Ketika kejadian itu, tiga orang anggota tentera tersebut bersama dua orang sami Buddha sedang menerima makanan yang didermakan oleh masyarakat Buddha.
Menurut pihak polis lagi, bom buatan sendiri seberat 10 kilogram itu dipasang dalam kotak besi dan diletak di tepi jalan.
Ia diletupkan sebaik saja anggota tentera dan sami tersebut lalu dan kekuatan bom telah mencederakan lapan orang.
Dua orang daripada mereka meninggal dunia di Hospital Somdej Prayuparaj Saiburi, manakala enam lagi di pindah ke hospital Pattani. - Bernama

Lebih 100 didakwa

Bangkok: Pendakwa raya Thailand mencadangkan tuduhan dikenakan terhadap lebih 100 individu termasuk seorang jeneral tentera kerana terbabit dalam skandal penyeludupan manusia di negara itu.
Seramai 91 warga Thailand, sembilan Myanmar dan empat Bangladesh berdepan 16 tuduhan termasuk menyeludup manusia, terbabit dalam sindiket jenayah antarabangsa dan membawa warga asing masuk ke negara itu secara haram.
Jurucakap Pejabat Peguam Negara, Wanchai Roujanavong berkata, siasatan mendapati semua tertuduh terbabit dalam sindiket yang besar.
“Ada rangkaian yang membawa pendatang dari luar negara masuk ke negara ini secara sistematik.
“Sindiket ini menyebabkan banyak kerosakan dan banyak mangsa yang mati.
“Peguam Negara menganggap kes ini sangat penting kerana ia turut membabitkan beberapa individu berpengaruh,” katanya.
Katanya, pendakwa raya mengenakan dakwaan terhadap 72 suspek yang ditangkap dan menunggu proses sama terhadap 32 suspek yang masih bebas.
Skandal itu terbongkar selepas 36 mayat dipercayai pendatang Rohingya dari Myanmar dan Bangladesh ditemui di kem rahsia berhampiran sempadan Thailand dan Malaysia pada Mei lalu.
Susulan penemuan itu, lebih 50 orang ditangkap dalam tempoh sebulan termasuk ahli politik tempatan, pegawai kerajaan, anggota polis dan seorang pegawai tentera berpangkat leftenan jeneral.
Antara yang ditahan 15 pegawai kerajaan termasuk Leftenan Jeneral Manas Kongpaen, datuk bandar dan ahli politik.
Kata Wanchai, semua pegawai kerajaan itu bakal didakwa atas beberapa tuduhan kerana cuai ketika menjalankan tugas.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Julai 2015 @ 5:03 AM


ANGGOTA polis menggali kubur pendatang di satu kawasan hutan di sempadan Thailand - Malaysia.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66047#sthash.rM0kbTRa.dpuf

Sami, tentera maut di Haatyai

Haatyai: Seorang sami dan seorang anggota tentera terbunuh sementara enam yang lain cedera dalam serangan bom di sini, semalam.
Polis mengesyaki kumpulan pemisah selatan Thai bertanggungjawab dalam kejadian di Pattani itu.
Ketua balai polis Saiburi Kolonel Paiya Karawanan berkata, bom itu diletupkan dari jarak jauh, menyasarkan sekumpulan sami yang memungut derma ketika satu majlis ritual dan anggota tentera yang mengiringi mereka.
Antara yang cedera ialah seorang lagi sami, dua polis dan tiga orang awam.
Pattani ialah antara tiga wilayah majoriti penduduk Islam di Thailand.
Lebih 5,000 orang terbunuh sejak penduduk Islam keturunan Melayu di rantau berkenaan memulakan kempen untuk mewujudkan sebuah negara merdeka di rantau berkenaan pada 2004. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Julai 2015 @ 5:03 AM


ANGGOTA tentera yang terbunuh dalam kejadian semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66228#sthash.apsAaB6n.dpuf

21 July 2015

Thailand bebaskan pemimpin kanan PULO


Yala, 19 Julai – Seorang bekas pemimpin kanan Pertubuhan Pembebasan Pattani Bersatu (PULO), Ismail Ternang yang menjalani hukuman penjara seumur hidup di Penjara Yala, dibebaskan selepas menerima pengampunan daripada Raja Bhumibol Adulyadej sempena Hari Raya Aidilfitri pada 17 Julai lalu.
Pengampunan diraja itu dilihat sebagai salah satu usaha untuk memulihkan keamanan di tiga wilayah di selatan negara ini yang majoriti penduduknya beragama Islam, yang terlibat dalam pemberontakan terhadap kerajaan pusat di Bangkok sejak 2004.
Thailand adalah sebuah negara yang didominasi penduduk beragama Buddha.
Pembebasan Ismail disambut baik oleh kaum keluarga dan rakan-rakannya dari Kampung Thanam, Panaret, Pattani, hari ini, kata sumber PULO.
Sementara itu, lebih 5,000 penduduk Islam di wilayah itu menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Jamek, Pattani dan masjid berdekatan pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri pada 17 Julai lalu.
– BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/thailand-bebaskan-pemimpin-kanan-pulo-1.114871#sthash.MeoyKZeK.dpuf

17 July 2015

Renjer maut bom meletup tepi jalan

Bangkok: Seorang renjer terbunuh dan enam yang lain cedera parah dalam letupan bom yang dipasang di tepi jalan di daerah Rangae, Narathiwat, kelmarin.
Letupan pada jam 8.50 pagi itu memusnahkan trak yang mereka naiki serta menyebabkan lubang sedalam tiga meter dan seluas 1.5 meter di tempat kejadian.
Pihak berkuasa kumpulan pemisah bertanggunghjawab meletupkan bom yang diikat pada tong gas masak 50 kilogram dari kawasan semak berhampiran ketika pasukan renjer terbabit pulang ke pangkalan mereka selepas mengiringi beberapa guru sekolah.
Polis Thai mengenal pasti kumpulan itu diketuai Amran Ming, Hasaree Ming dan Usman Aesa.
Lebih 100 tentera dan polis kemudian memeriksa rumah di sekitar kawasan itu untuk menjejaki suspek.
Beberapa jam kemudian, bom tepi jalan kedua meletup di daerah kecil Mareu Bo-ok, menyasarkan sepasukan 12 renjer yang pulang daripada melawat seorang pemimpin masyarakat.
Mereka bagaimanapun tidak cedera, tetapi trak mereka rosak teruk. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Julai 2015 @ 5:02 AM


PAKAR forensik dan tentera Thailand memeriksa kawasan letupan di Narrathiwat.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64494#sthash.UGQV5RLU.dpuf

16 July 2015

Renjer maut bom meletup tepi jalan

Bangkok: Seorang renjer terbunuh dan enam yang lain cedera parah dalam letupan bom yang dipasang di tepi jalan di daerah Rangae, Narathiwat, kelmarin.
Letupan pada jam 8.50 pagi itu memusnahkan trak yang mereka naiki serta menyebabkan lubang sedalam tiga meter dan seluas 1.5 meter di tempat kejadian.
Pihak berkuasa kumpulan pemisah bertanggunghjawab meletupkan bom yang diikat pada tong gas masak 50 kilogram dari kawasan semak berhampiran ketika pasukan renjer terbabit pulang ke pangkalan mereka selepas mengiringi beberapa guru sekolah.
Polis Thai mengenal pasti kumpulan itu diketuai Amran Ming, Hasaree Ming dan Usman Aesa.
Lebih 100 tentera dan polis kemudian memeriksa rumah di sekitar kawasan itu untuk menjejaki suspek.
Beberapa jam kemudian, bom tepi jalan kedua meletup di daerah kecil Mareu Bo-ok, menyasarkan sepasukan 12 renjer yang pulang daripada melawat seorang pemimpin masyarakat.
Mereka bagaimanapun tidak cedera, tetapi trak mereka rosak teruk. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Julai 2015 @ 5:02 AM


PAKAR forensik dan tentera Thailand memeriksa kawasan letupan di Narrathiwat.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64494#sthash.COiSN45w.dpuf

15 July 2015

Bom 50kg meletup: Seorang maut, 12 lagi cedera

thailand

NARATHIWAT - THAILAND. Sebanyak empat letupan bom berasingan berlaku di Selatan Thailand hari ini yang mengorbankan seorang anggota renjer dan mencederakan 12 yang lain.   

Ketua Polis Daerah Ranget, Kol (Polis) Pakdee Preechachon berkata, letupanpertama berlaku pada pukul 8.50 pagi di Kg Bangul Satol, dalam daerah Ranget, disini. 
 
Dalam kejadian itu bom seberat 50kg yang ditanam di jalan raya meletup dankekuatannya telah melambungkan sebuah pikap yang dinaiki tujuh pegawai renjeryang sedang meronda. 
    
Seorang anggota berpangkat sarjan maut di tempat kejadian dan enam lagianggota pasukan belia cedera parah. 
    
Kejadian kedua berlaku pada pukul 11 pagi di Kg Pileng, Marubo Naik, daerah Chok Irong yang menjadikan enam orang pegawai renjer dalam perjalanan untukbertemu dengan penduduk kampung sebagai sasaran tetapi tiada kecederaandilaporkan. 
     
Dua jam kemudian, pada 1.30 tengah hari sebutir lagi bom meletup di Kg Dohek, daerah Sungai Padi mencederakan empat orang anggota Rela yang sedang meronda jalan raya. 
    
Ketua Polis Daerah Sungai Padi, Kol (Polis) Suwarod Lunhawittayanon berkata, bom buatan sendiri yang meletup itu seberat 50kg dipasang dalam tong gas danditanam di tepi jalan raya. 

Kejadian terakhir berlaku pada pukul 4 petang tadi di Kampong Tolang, daerahRanget mencederakan dua pegawai renjer yang sedang meronda. - Bernama

14 July 2015

Seorang maut, 12 cedera dalam 4 letupan di selatan Thailand

SELASA, 14 JULAI 2015 @ 8:45 PM

 NARATHIWAT, Thailand: Sebanyak empat letupan bom berasingan berlaku di Selatan Thailand hari ini yang mengorbankan seorang anggota renjer dan mencederakan 12 yang lain.

 Ketua Polis Daerah Ranget, Kol (Polis) Pakdee Preechachon, berkata letupan pertama berlaku pada 8.50 pagi di Kg Bangul Satol, dalam daerah Ranget, di sini.

 Dalam kejadian itu bom seberat 50kg yang ditanam di jalan raya meletup dan kekuatannya telah melambungkan sebuah pikap yang dinaiki tujuh pegawai renjer yang sedang meronda. Seorang anggota berpangkat sarjan maut di tempat kejadian dan enam lagi anggota pasukan belia cedera parah. Kejadian kedua berlaku pada jam 11 pagi di Kg Pileng, Marubo Naik, daerah Chok Irong yang menjadikan enam orang pegawai renjer dalam perjalanan untuk bertemu dengan penduduk kampung sebagai sasaran tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

 Dua jam kemudian, pada 1.30 tengah hari sebutir lagi bom meletup di Kg Dohek, daerah Sungai Padi mencederakan empat orang anggota Rela yang sedang meronda jalan raya. Ketua Polis Daerah Sungai Padi, Kol (Polis) Suwarod Lunhawittayanon berkata bom buatan sendiri yang meletup itu seberat 50kg dipasang dalam tong gas dan ditanam di tepi jalan raya. Kejadian terakhir berlaku pada jam 4 petang tadi di Kampong Tolang, daerah Ranget mencederakan dua pegawai renjer yang sedang meronda. - BERNAMA

 ANGGOTA renjer sedang memeriksa tapak serangan bom yang meletupkan sebuah pikap yang dinaiki tujuh pegawai renjer yang sedang meronda di Kg Bangul Satol. - Foto AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/68070

13 July 2015

7 maut keganasan di selatan Thai pada bulan Ramadan


BANGKOK 11 Julai - Tujuh orang terkorban, manakala 13 lagi cedera dalam empat serangan bom, satu kebakaran, dan satu kejadian tembakan yang berlaku di wilayah Songkhla dan Narathiwat, selatan Thailand, malam semalam.
Laman web Bangkok Post m­elaporkan, dalam serangan di Songkhla, sebuah motosikal yang mengandungi bahan peledak meletup di Padang Besar, daerah Sadao kira-kira pukul 8.45 waktu tempatan (9.45 waktu Malaysia) sehingga mengakibatkan tiga orang terkorban dan lima lagi cedera.
Motosikal berkenaan dilaporkan diletakkan bersebelahan cawangan Bank Komersial Siam berhampiran pondok polis.
Sementara itu, di Narathiwat, lapan orang cedera selepas berlaku letupan di pusat Karaoke Busana, sebelum berlaku dua letupan bom yang menjadikan restoran sebagai sasaran.
Semua insiden letupan di Na­rathiwat berlaku di daerah Sungai Golok.
Menurut saksi, letupan yang menyasarkan dua restoran terbabit melibatkan bom paip buatan sendiri yang dilemparkan oleh penunggang motosikal tidak dikenali kira-kira pukul 6.50 petang waktu tempatan (7.50 malam waktu Malaysia).
Dalam perkembangan sama, polis selatan Thailand dalam satu kenyataan berkata, sebuah kedai dibakar di Narathiwat pada lewat malam semalam sehingga menyebabkan tiga orang terkorban.
Jelas kenyataan itu lagi, berhampiran lokasi kebakaran turut berlaku kejadian tembakan yang menyebabkan seorang lelaki Islam berusia 35 tahun ditembak mati oleh penyerang tidak dikenali. – AFP/AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/7-maut-keganasan-di-selatan-thai-pada-bulan-ramadan-1.113062#sthash.C2QQbw1J.dpuf

12 July 2015

Tiga Terbunuh, Tiga Parah Dalam Letupan Bom Di Selatan Thailand


Diterbitkan: Sabtu, 11 Julai 2015 7:14 PM


Letupan bom di premis perniagaan Sg Golok.

PADANG BESAR (Thailand): Tiga orang maut manakala tiga lagi cedera parah dalam letupan bom di hadapan sebuah pusat hiburan di Padang Besar, Songkhla, Jumaat malam.

Kejadian berlaku kira-kira 8.50 malam apabila bom buatan sendiri seberat 15kg yang dipasang pada sebuah motosikal, meletup di hadapan sebuah pusat karaoke.

Kekuatan letupan bom dan serpihannya telah memusnahkan premis perniagaan, tempat kediaman dan enam buah kereta termasuk sebuah kereta warga Malaysia serta empat motosikal.

Ketua Polis Wilayah Songkhla Mej Jen Ampon Buarabporn berkata seorang mangsa yang juga pemilik kedai dikenali sebagai Nantisa Anam, 40, terbunuh di tempat kejadian, manakala dua lagi, masing-masing berusia 30 tahun, meninggal dunia di Hospital Universiti Songkhla Nakarin Hatyai.

Menurut saksi, Kanyarat Mongkol yang tinggal 50 meter dari tempat kejadian, ketika letupan terdapat lima wanita iaitu pekerja serta pemilik pusat hiburan itu sedang duduk di hadapan premis berkenaan.

"Saya melihat, selepas letupan bom dua orang rebah di bawah meja," katanya.

Letupan itu adalah sebahagian daripada siri serangan bom di selatan Thailand bermula malam tadi sehingga awal pagi Sabtu.

Di Sungai Golok, tujuh butir bom meletup mencederakan lapan orang dan beberapa premis perniagaan musnah.

Ketua Polis Daerah Sungai Golok Kol Korn-Art Suwannakam berkata tiga butir bom meletup dari 6.51 malam hingga 7 malam waktu tempatan di pekan Sungai Golok yang menjadikan kedai makanan dan pusat karaoke sebagai sasaran.

Beliau berkata pada 12.10 tengah malam tadi waktu tempatan, empat lagi bom meletup di pekan Sungai Golok secara serentak.

Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh atau cedera dalam kejadian letupan itu.

Tiga wanita maut kena bom


Padang Besar (Thailand), Tiga wanita terbunuh manakala dua lagi parah dalam letupan bom di hadapan sebuah pusat karaoke di pekan Siam, di sini malam tadi.
Mereka yang cedera sedang dirawat di Hospital Hatyai.
Menurut Ketua Polis Padang Besar Choketawee Janthongon, dua mangsa terbunuh di tempat kejadian termasuk pemilik karaoke itu yang berusia 43 tahun manakala seorang meninggal dunia di Hospital Hatyai pagi ini.
Beliau yang ditemui wartawan Malaysia di pekan Siam Padang Besar hari ini hanya mengesahkan mangsa yang lain berusia 28 hingga 40 tahun dan kesemuanya adalah rakyat Thailand.
Katanya, kejadian berlaku kira-kira 8.30 malam (waktu tempatan). Letupan itu merosakkan enam buah kereta, lima motosikal dan tujuh rumah kedai dua tingkat berdekatan karaoke tersebut.
Sumber memberitahu bom dipasang pada motosikal dan diletupkan dipercayai menggunakan telefon bimbit tidak sampai 10 minit selepas diletakkan di hadapan karaoke itu.
Letupan itu berlaku tidak lama selepas beberapa siri letupan di Golok malam tadi.
Ketika sekumpulan wartawan dan jurugambar Malaysia tiba, pasukan polis forensik Thailand sedang mengumpul bahan bukti di tempat kejadian.
Seorang pemilik rumah kedai dua tingkat yang berhadapan karaoke itu yang hanya mahu dikenali sebagai Tuan Jo, 48, berkata beliau baru melangkah keluar tidak sampai 100 meter dari premisnya apabila letupan itu berlaku.
"Saya berlari balik dan melihat beberapa wanita bergelimpangan dalam karaoke itu yang beroperasi tidak sampai tujuh bulan. Rumah kedai saya turut terkena serpihan bom akibat letupan itu," katanya.
Jiran beliau berselang dua pintu yang mengadap karaoke itu, Kanika Ruang Song, 65, berkata beliau terdengar letupan kuat ketika berada di satu lagi kedai miliknya di bahagian belakang.
"Saya takut untuk datang melihat.... letupan kuat itu mesti bom. Pagi ini saya lihat cermin belakang kereta Honda CRV anak saya pecah manakala serpihan bom mengenai bahagian hadapan rumah kedai," katanya dalam bahasa Melayu.
Penduduk tempatan Haji Hassan, 62, berkata dia sedang menunaikan solat Tarawih di masjid pekan Siam kira-kira 800 meter dari tempat kejadian apabila terdengar satu bunyi letupan kuat kira-kira 8.30 malam. Bernama
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2015 @ 3:37 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63703#sthash.GwdiQbrw.dpuf

Elak pergi selatan Thai

ANGGOTA polis Thailand memeriksa serpihan selepas letupan.
Kangar: Orang ramai terutama mereka yang kerap berurusan di negara jiran dinasihatkan mengelak daripada berkunjung ke selatan Thailand atas faktor keselamatan berikutan kejadian letupan bom yang mengorbankan tiga nyawa dan dua cedera parah di pekan Padang Besar, Thailand, kelmarin.
Ketua Polis Perlis Senior Asisten Komisioner Shafie Ismail berkata, mereka yang gemar berkunjung ke negara jiran untuk membeli barangan atau keperluan lain perlu menghentikan seketika aktiviti terbabit kerana dibimbangi berlaku kejadian tidak diingini.
“Jika tidak ada perkara mustahak, elakkan daripada berkunjung ke kawasan selatan Thailand (Padang Besar) demi keselamatan.
“Kebanyakan barang atau keperluan yang ada di selatan Thailand masih boleh dibeli di sebelah kita, jadi beli di sini saja,”” katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau diminta mengulas kejadian letupan bom di hadapan pusat karaoke di pekan Padang Besar, Thailand menyebabkan tiga wanita terbunuh manakala dua lagi cedera parah jam 9.30 malam, kelmarin.
Dua mangsa terbunuh di tempat kejadian termasuk pemilik karaoke berusia 43 tahun manakala seorang lagi meninggal dunia di Hospital Hatyai, semalam.
Shafie berkata, mereka yang terpaksa berkunjung ke selatan Thailand dinasihatkan menjauhi kawasan tumpuan ramai khususnya tempat hiburan.
“Berdasarkan insiden letupan semalam (kelmarin) dan beberapa kejadian sebelum ini, pusat hiburan antara tempat yang dijadikan sasaran penyerang.
“Oleh itu, jika anda perlu ke sana (selatan Thailand), pastikan tidak berada berdekatan kawasan seperti ini,”” katanya.
Menurutnya, berikutan insiden berkenaan, polis mengambil langkah berjaga-jaga dan mempertingkatkan kawalan keselamatan terutama di kawasan sempadan Malaysia-Thailand.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2015 @ 5:10 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63835#sthash.nmNnXIxA.dpuf

Tujuh maut

ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran sebuah bangunan yang musnah dalam serangan bom di Sungai Golok, kelmarin.
Bangkok: Seramai tujuh orang terbunuh dan lebih 12 cedera dalam 10 serangan termasuk lapan serangan bom di selatan Thailand, kata polis semalam.
Tiga terbunuh pada petang kelmarin selepas bom yang dipasang pada sebuah motosikal meletup di luar sebuah pusat karaoke di daerah Sadao di Songkhla.
“Tiga orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam serangan bom berkenaan,” kata timbalan komander polis Songkhla, Puthichart Ekachant.
Di wilayah Narathiwat pula, lapan cedera selepas enam bom meletup di beberapa lokasi di Sungai Golok pada petang kelmarin.
Serangan bom itu disasarkan terhadap beberapa lokasi termasuk sebuah pusat karaoke di Sungai Golok dan Hotel Top Asia di Soi Pracha Vivat 2.
Sebuah lagi bom meletup di daerah Than di Yala menyebabkan lapan tiang elektrik rosak.
Tidak lama selepas tengah malam semalam, beberapa suspek membakar tiga premis perniagaan di Sungai Golok.
Serangan itu menyebabkan tiga orang maut kerana gagal keluar menyelamatkan diri dari bangunan yang terbakar.
Sementara itu, seorang lelaki berusia 35 tahun maut selepas ditembak penyerang tidak dikenali di Sungai Golok.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2015 @ 5:05 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63811#sthash.syank73m.dpuf

Letupan bom gegar selatan Thailand

BANGKOK – Tujuh orang terbunuh, manakala berpuluh-puluh orang terce­dera dalam tiga letupan serangan bom berasingan dan kebakaran yang di­sengajakan di selatan Thailand, kata polis semalam.
AFP - ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran di sebuah bangunan di pekan Sungai Golok, Narathiwat, Thailand semala
Dalam siri serangan menggunakan bom motosikal di sebuah pusat karaoke di Sadao, Songkhla kira-kira pukul 8.30 malam kelmarin, tiga orang termasuk seorang pemilik kedai terbunuh.
“Tiga orang terbunuh dalam serangan itu, manakala empat orang tercedera, kata Timbalan Ketua Polis wilayah selatan itu, Mejar Jeneral Puthichart Ekachant.
Dalam kejadian lain pada awal pagi ini, sebuah bangunan terbakar selepas dibom di pekan Sungai Golok menyebabkan tiga orang mati.
Tidak jauh dari situ, seorang lelaki beragama Islam yang berusia 35 tahun ditembak mati oleh seorang lelaki bersenjata yang kemudian melarikan diri dari tempat kejadian.

BERNAMA - Anggota polis memeriksa sebuah motosikal yang dipasang bom sebelum diletupkan di hadapan sebuah pusat karaoke di Sadao, Songkhla.


Bagaimanapun, tidak jelas sama ada serangan itu telah dirancang oleh pihak tertentu ketika umat Islam menjalani ibadah di bulan Ramadan kerana selatan Thailand sering berhadapan dengan keganasan.
Di pekan Sungai Golok, letupan pertama berlaku kira-kira pukul 7 malam memusnahkan kedai makan dan pusat karaoke menyebabkan lapan orang cedera.
Letupan kedua pula berlaku pada 12.10 malam menyebabkan empat rumah terbakar.
Junta tentera Thailand yang telah merampas kuasa pada 22 Mei 2014 berjanji akan memulakan proses perdamaian yang terhenti dengan beberapa kumpulan pemisah yang di pedalaman selatan negara itu, namun setakat ini, hanya menunjukkan sedikit kemajuan.
– Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0712&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3fci9JnD4 
Hakcipta terpelihara 

Tiga terbunuh, tiga parah dalam letupan bom di Selatan Thailand


Tiga terbunuh, tiga parah dalam letupan bom di Selatan Thailand
PADANG BESAR (Thailand), 11 JULAI 2015 - Unit forensik Polis Diraja Thailand memeriksa serpihan objek daripada kesan letupan dipercayai berpunca daripada bom yang dipasang pada sebuah motosikal di hadapan sebuah pusat karaoke di Pekan Siam malam semalam. Kejadian letupan yang berlaku kira-kira pukul 8.30 malam (waktu tempatan) itu telah merosakkan enam buah kereta, lima motosikal dan tujuh rumah kedai dua tingkat berdekatan pusat karaoke itu. - fotoBERNAMA
PADANG BESAR (Thailand) 11 Julai - Tiga orang maut manakala tiga lagi cedera parah dalam letupan bom di hadapan sebuah pusat hiburan di Padang Besar, Songkhla, malam tadi.
Kejadian berlaku kira-kira 8.50 malam apabila bom buatan sendiri seberat 15kg yang dipasang pada sebuah motosikal, meletup di hadapan sebuah pusat karaoke.
Kekuatan letupan bom dan serpihannya telah memusnahkan premis perniagaan, tempat kediaman dan enam buah kereta termasuk sebuah kereta warga Malaysia serta empat motosikal.
Ketua Polis Wilayah Songkhla Mej Jen Ampon Buarabporn berkata seorang mangsa yang juga pemilik kedai dikenali sebagai Nantisa Anam, 40, terbunuh di tempat kejadian, manakala dua lagi, masing-masing berusia 30 tahun, meninggal dunia di Hospital Universiti Songkhla Nakarin Hatyai.
Menurut saksi, Kanyarat Mongkol yang tinggal 50 meter dari tempat kejadian, ketika letupan terdapat lima wanita iaitu pekerja serta pemilik pusat hiburan itu sedang duduk di hadapan premis berkenaan.
"Saya melihat, selepas letupan bom dua orang rebah di bawah meja," katanya.
Letupan itu adalah sebahagian daripada siri serangan bom di selatan Thailand bermula malam tadi sehingga awal pagi ini.
Di Sungai Golok, tujuh butir bom meletup mencederakan lapan orang dan beberapa premis perniagaan musnah.
Ketua Polis Daerah Sungai Golok Kol Korn-Art Suwannakam berkata, tiga butir bom meletup dari 6.51 malam hingga 7 malam waktu tempatan di pekan Sungai Golok yang menjadikan kedai makanan dan pusat karaoke sebagai sasaran.
Beliau berkata pada 12.10 tengah malam tadi waktu tempatan, empat lagi bom meletup di pekan Sungai Golok secara serentak.
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh atau cedera dalam kejadian letupan itu.- BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/tiga-terbunuh-tiga-parah-dalam-letupan-bom-di-selatan-thailand-1.112978#sthash.32pe8tKu.dpuf