17 July 2015

Renjer maut bom meletup tepi jalan

Bangkok: Seorang renjer terbunuh dan enam yang lain cedera parah dalam letupan bom yang dipasang di tepi jalan di daerah Rangae, Narathiwat, kelmarin.
Letupan pada jam 8.50 pagi itu memusnahkan trak yang mereka naiki serta menyebabkan lubang sedalam tiga meter dan seluas 1.5 meter di tempat kejadian.
Pihak berkuasa kumpulan pemisah bertanggunghjawab meletupkan bom yang diikat pada tong gas masak 50 kilogram dari kawasan semak berhampiran ketika pasukan renjer terbabit pulang ke pangkalan mereka selepas mengiringi beberapa guru sekolah.
Polis Thai mengenal pasti kumpulan itu diketuai Amran Ming, Hasaree Ming dan Usman Aesa.
Lebih 100 tentera dan polis kemudian memeriksa rumah di sekitar kawasan itu untuk menjejaki suspek.
Beberapa jam kemudian, bom tepi jalan kedua meletup di daerah kecil Mareu Bo-ok, menyasarkan sepasukan 12 renjer yang pulang daripada melawat seorang pemimpin masyarakat.
Mereka bagaimanapun tidak cedera, tetapi trak mereka rosak teruk. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Julai 2015 @ 5:02 AM


PAKAR forensik dan tentera Thailand memeriksa kawasan letupan di Narrathiwat.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64494#sthash.UGQV5RLU.dpuf

No comments:

Post a Comment