14 July 2015

Seorang maut, 12 cedera dalam 4 letupan di selatan Thailand

SELASA, 14 JULAI 2015 @ 8:45 PM

 NARATHIWAT, Thailand: Sebanyak empat letupan bom berasingan berlaku di Selatan Thailand hari ini yang mengorbankan seorang anggota renjer dan mencederakan 12 yang lain.

 Ketua Polis Daerah Ranget, Kol (Polis) Pakdee Preechachon, berkata letupan pertama berlaku pada 8.50 pagi di Kg Bangul Satol, dalam daerah Ranget, di sini.

 Dalam kejadian itu bom seberat 50kg yang ditanam di jalan raya meletup dan kekuatannya telah melambungkan sebuah pikap yang dinaiki tujuh pegawai renjer yang sedang meronda. Seorang anggota berpangkat sarjan maut di tempat kejadian dan enam lagi anggota pasukan belia cedera parah. Kejadian kedua berlaku pada jam 11 pagi di Kg Pileng, Marubo Naik, daerah Chok Irong yang menjadikan enam orang pegawai renjer dalam perjalanan untuk bertemu dengan penduduk kampung sebagai sasaran tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

 Dua jam kemudian, pada 1.30 tengah hari sebutir lagi bom meletup di Kg Dohek, daerah Sungai Padi mencederakan empat orang anggota Rela yang sedang meronda jalan raya. Ketua Polis Daerah Sungai Padi, Kol (Polis) Suwarod Lunhawittayanon berkata bom buatan sendiri yang meletup itu seberat 50kg dipasang dalam tong gas dan ditanam di tepi jalan raya. Kejadian terakhir berlaku pada jam 4 petang tadi di Kampong Tolang, daerah Ranget mencederakan dua pegawai renjer yang sedang meronda. - BERNAMA

 ANGGOTA renjer sedang memeriksa tapak serangan bom yang meletupkan sebuah pikap yang dinaiki tujuh pegawai renjer yang sedang meronda di Kg Bangul Satol. - Foto AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/68070

No comments:

Post a Comment