9 September 2016

Letupan bom di Pattani, dua tentera cedera


09 September 2016 12:41 AM
PASUKAN keselamatan Thailand mengetatkan kawalan selepas dua anggota

PASUKAN keselamatan Thailand mengetatkan kawalan selepas dua anggota tentera cedera dalam letupan bom di Nong Chik, Pattani, semalam. AGENSI
PATTANI 8 Sept. – Dua anggota tentera Thailand cedera, salah seorangnya parah, dalam satu letupan bom ketika menjalankan tugas mengawal keselamatan para guru selepas waktu persekolahan di daerah Nong Chik petang semalam.
Menurut Bangkok Post, ketika kejadian, sembilan anggota skuad Pasukan Khas Pattani 24 sedang melakukan rondaan apabila sebuah bom buatan sendiri yang disembunyikan di tepi jalan Ban Thung Po, Lipa Sango meletup.
Dua anggota berkenaan, Wichien Sae Ung dan Nathawat Prommat, kedua-duanya berusia 22 tahun, cedera serta dimasukkan ke hospital Nong Chik untuk rawatan lanjut.
Sepasukan pemusnah bom dikerahkan ke tempat kejadian berikutan tercetusnya kebimba­ngan ada lagi bom yang ‘terta­nam’ di kawasan berkenaan.
Dalam perkembangan berlainan, pihak polis telah mendapatkan waran tangkap ke atas suspek ketiga yang terlibat dalam 12 siri serangan bom di Prachuap Khiri Khan, daerah Hua Hin pada 12 Ogos lalu.
Timbalan Ketua Polis Negara, Srivara Ransibrahmanakul memberitahu, permohonan itu difailkan di Mahkamah Tentera Phetchaburi pada awal pagi ini dan telah diluluskan.
Waran itu dikeluarkan bagi menahan Saree Waedamu, 31, yang tinggal di Thepa, selatan wilayah Songkhla.
Menurut beliau, suspek didakwa memiliki bahan letupan ha­ram dan mahu melakukan cubaan serangan.
Permohonan waran itu telah disokong oleh analisis forensik mengenai imej suspek melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan dipercayai terlibat dalam beberapa insiden keganasan di wilayah selatan negara ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/letupan-bom-di-pattani-dua-tentera-cedera-1.380507#sthash.bH4GW1X6.dpuf

No comments:

Post a Comment