Ketua Polis Daerah Saiburi, Kolonel Polis, Panya Karawanan berkata, empat daripada mangsa adalah anggota polis, sementara dua lagi sami Buddha.
Beliau berkata, kejadian pada pukul 6.30 pagi itu menyaksikan bom buatan sendiri seberat lima kilogram tersebut dipasang di dalam kotak besi sebelum disembunyikan di dalam tong sampah dan diaktifkan dengan walkie-talkie.
Pihak keselamatan sebelum ini memberi amaran supaya orang ramai berhati-hati memandangkan semalam merupakan ulang tahun ke-55 penubuhan Barisan Revolusi Nasional, antara kumpulan pemisah di selatan Thailand.
Puak pemisah itu dikatakan mahu bertindak balas terhadap penangkapan anggota mereka dan telah merampas beberapa butir bom awal bulan ini. – BERNAMA