16 March 2015

Kereta yang dinaiki terbabas langgar tiang di Selatan Thailand


KEADAAN kereta dinaiki lapan sekeluarga rakyat Malaysia yang terlibat dalam kemalangan maut di Satun, selatan Thailand kelmarin.


ALOR SETAR – Perjalanan pulang lapan sekeluarga ke Pondok Ayer Hitam di sini dari Satun, Thailand kelmarin bertukar tragedi apabila kereta Perodua Alza yang dinaiki terlibat dalam kemalangan mengakibatkan lima daripada mereka maut.
Sumber Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang semalam di La-ngu dekat Satun, mangsa yang maut ialah pemandu kereta, Abdul Rahman Abdullah, 46, isterinya Ramlah Adam, 42, serta tiga anak mereka iaitu Nur Anee­sa, 21, Mehad, 6, dan Najib Muddin, tiga bulan.
"Mangsa yang parah pula ialah Rofandi, 21, dan Nazri, 4, serta anak kepada Nur Aneesa yang berusia setahun, Nasumi Nasaii.
"Berdasarkan laporan awal, polis mendapati kereta tersebut dipandu laju dan terbabas melanggar tiang lampu ketika melalui jalan berselekoh," ujar sumber berkenaan.
Tambah sumber tersebut, pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla melalui Wisma Putra, Putrajaya te­lah memaklumkan kejadian kepada waris mangsa.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0316&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3UVGxmIK8 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment