9 July 2014

Konflik di selatan Thai diberi keutamaan


BANGKOK 7 Julai - Kerajaan junta Thailand menegaskan bahawa usaha mencapai keamanan di wilayah bergolak di selatan negara, merupakan keutamaan yang perlu diberi perhatian selepas dibelenggu konflik yang dicetuskan gerakan pemisah sejak sedekad lalu.
Setiausaha Majlis Keamanan dan Ketenteraman Nasional (NCPO), Udomdet Sitabutr berkata, sebagai permulaan, junta akan menghidupkan semula rundingan damai dengan kumpulan pemisah bagi memulihkan keamanan di wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat.
"Perdana Menteri sementara, Jeneral Prayuth Chan-ocha mahu langkah yang lebih teguh diambil, selain membawa lebih banyak kejayaan di selatan Thailand.
"Beliau juga mahu menggunakan strategi politik berbanding taktik ketenteraan untuk menyelesaikan kemelut tersebut," katanya. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140708/lu_09/Konflik-di-selatan-Thai-diberi-keutamaan#ixzz38DVAnjAm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment