26 July 2014

Letupan di Yala, 2 terbunuh


Pasukan bomba memadam kebakaran di sebuah bangunan yang terbakar selepas bom diletupkan di luar sebuah hotel di Betong, Yala, semalam. - AFP
BANGKOK 25 Julai - Sekurang-kurangnya dua orang maut, manakala 36 orang lagi termasuk seorang rakyat Malaysia cedera apabila bom diletupkan di luar sebuah hotel di selatan Thailand, hari ini.
Ketua Polis Daerah Yala, Wasan Puangnoi berkata, dalam kejadian pada pukul 4.40 petang waktu tempatan (5.40 petang waktu Malaysia), bom tersebut ditempatkan dalam sebuah kereta kira-kira 50 meter dari sebuah hotel di Betong, Yala yang merupakan kawasan pelacongan popular dalam kalangan rakyat Malaysia.
"Letupan bom itu dipercayai dilancarkan kumpulan pemisah di wilayah selatan di mana ia sering berlaku pada bulan Ramadan, '' katanya.
Akhbar Bangkok Post melaporkan letupan tersebut turut merosakkan bangunan hotel dan kenderaan di sekitar kawasan itu, selain menyebabkan sebuah rumah dan sebuah kedai runcit terbakar.
Gabenor Yala, Dejrat Simsiri berkata, angka kecederaan tinggi kerana satu pesta buah sedang diadakan di wilayah berkenaan. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140726/lu_08/Letupan-di-Yala-2-terbunuh#ixzz38WSUP42Z
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment