5 July 2014

Junta tentera Thailand sedia sambung rundingan damai


BANGKOK 3 Julai - Majlis Keamanan dan Ketenteraman Nasional Thailand (NCPO) memberi jaminan bahawa rundingan damai antara pihak kerajaan dan kumpulan pemisah di selatan negara ini akan diteruskan, tetapi menegaskan bahawa peranan Malaysia dalam proses rundingan itu dan penyelarasan mungkin berubah.
Portal berita Bangkok Post melaporkan bahawa jurucakap Kawalan Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4, Kolonel Pramote Prom-in berkata, ketua NCPO, Jeneral Prayuth Chan-ocha semalam mengeluarkan arahan supaya rundingan itu diteruskan.
Bagaimanapun, katanya, NCPO akan membuat perubahan dalam amalan rundingan dan penyelarasan dengan Malaysia yang menjadi fasilitator dalam rundingan damai sebelum ini.
``Prayuth menegaskan rundingan damai perlu menghormati prinsip kedaulatan kawasan.
``Pada 30 Jun lalu, kumpulan kerja penyelesaian sempadan wilayah selatan yang diketuai Timbalan Ketua tentera, Jeneral Udomdet Sitabutr memutuskan bahawa proses rundingan yang sedia ada sesuai untuk meneruskan tugas ke arah mencapai resolusi damai terhadap konflik di selatan negara ini,’’ kata Pramote.
Dalam pada itu, NCPO semalam membenarkan stesen radio komuniti beroperasi di wilayah Yala, Pattani dan Narathiwat dan sebahagian Songkhla.
Stesen-stesen radio itu digantung operasi selepas rampasan kuasa tentera pada 22 Mei lalu bagi menghalang penyiaran kandungan politik berunsur provokasi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140704/lu_04/Junta-tentera-Thailand-sedia-sambung-rundingan-damai#ixzz38DVemasP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment