1 April 2015

Tarik balik undang-undang tentera


Bangkok: Ketua Junta Thailand, Prayut Chan-O-Cha semalam memberitahu bahawa beliau sudah meminta kebenaran Raja Bhumibol Adulyadej untuk menamatkan undang-undang tentera di negara itu.
Bagaimanapun, Prayut yang juga Perdana Menteri Thailand menambah, satu undang-undang eksekutif bagi mengekalkan kuasa tentera akan menggantikan undang-undang tentera berkenaan.
“Saya sudah mengemukakan permintaan kepada Raja Bhumibol untuk memohon kebenaran bagi menamatkan undang-undang tentera.
“Baginda akan memutus sama ada menolak atau tidak permintaan itu.
“Satu undang-undang baru bagi menggantikan undang-undang tentera sedia ada akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya.
Thailand menerima tekanan hebat daripada sekutu Barat, ahli perniagaan dan syarikat pelancongan yang mahu undang-undang tentera berkenaan ditamatkan.
Undang-undang tentera itu dikuatkuasakan selepas tentera merampas kuasa pada Mei tahun lalu.
Di bawah undang-undang itu, tentera boleh menghukum sesiapa yang didakwa cuba menggugat keselamatan negara dan menghina raja di mahkamah tentera tanpa hak untuk merayu. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/40657#sthash.o1LjKiit.dpuf

No comments:

Post a Comment