Serbuan dibuat di rumah Abdulroning Dueramae, 51 yang mendakwa dia bukanlah peniaga kereta terpakai dikenali sebagai Bang Yi, yang telah disyaki menjual tiga buah kenderaan tersebut tetapi dia bekerja sebagai agen yang menjual kereta terpakai untuk Bang Yi.
Menurut jurucakap Polis Diraja Thailand, Leftenan Jeneral Prawut Thawornsiri, kenyataan Abdulroning tidak konsisten serta bertentangan dengan apa yang ditemui oleh pihak polis.
Dalam pada itu, anggota keselamatan menyerbu tiga lagi lokasi di Pattani semalam untuk mengumpul bukti berkaitan dengan serangan bom kereta tersebut serta menahan seorang lagi lelaki untuk siasatan lanjut.
Seorang lelaki, Makossafi Tuereh, 24, menjadi suspek serangan bom pada 2 April lalu di empat buah lokasi di Pattani serta turut disyaki dalam serangan di Koh Samui.