7 April 2015

Pertahan undang-undang tentera


Bangkok: Ketua junta tentera Thai Prayuth Chan-ocha semalam mempertahankan undang-undang keselamatan kontroversinya dua hari selepas junta berkenaan menarik balik undang-undang tentera.
Prayuth turut memberi amaran, beliau tidak akan bertolak ansur dengan kecaman yang dilemparkan terhadap tentera Thai yang mengekalkan kuasa mutlak di bawah undang-undang keselamatan baru itu.
Ketua hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebelum ini menyuarakan rasa bimbang terhadap langkah baru itu dengan berkata, undang-undang baru itu lebih kejam daripada undang-undang tentera.
Kata pengkritik, langkah itu memberi kuasa mutlak kepada Prayuth.
Bercakap di sebuah akademi tentera di Bangkok, Prayuth berkata, pengkritiknya dikelirukan oleh media asing.
“Jika ada pihak yang berkata sesuatu hingga menjejaskan imej Tentera Diraja Thai atau kepada negara, saya tidak akan bertolak ansur. Saya tidak gentar.
“Saya akan menutup media jika mereka hanya melaporkan mengenai keburukan sistem baru. Saya boleh menutup sebarang media, tetapi tolong tulisnya secara baik,” katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/41354#sthash.A9L7RSxS.dpuf

No comments:

Post a Comment