7 April 2015

10 aktivis Islam masih ditahan tentera Thai


Bangkok: Tentera Thai semalam memberitahu bahawa pihaknya masih menahan 10 daripada 22 aktivis Islam yang ditahan di selatan negara itu kerana disyaki terbabit dalam satu serangan bom kereta.
Kesemua aktivis berkenaan ditahan dalam beberapa serbuan di asrama pelajar di wilayah Narathiwat pada 2 April lalu.
Mereka ditahan di bawah undang-undang tentera negara itu.
Serbuan itu dikritik oleh pertubuhan hak asasi manusia kerana mereka tidak didakwa dan ditahan tanpa sebarang bukti yang kukuh.
Bagaimanapun, jurucakap pusat kawalan operasi keselamatan dalaman tentera, Pramote Prommin memberitahu empat aktivis mengaku mempunyai kaitan dengan serangan bom kereta pada 20 Februari lalu.
Serangan bom kereta di selatan negara itu menyebabkan seramai 13 orang cedera.
Pramote berkata, pihaknya membebaskan 12 tahanan dan empat lagi dilepaskan semalam.
Ujarnya, semua aktivis yang masih ditahan ditempatkan di tiga kem tentera.
“Kami menggunakan undang-undang tentera untuk memburu dan menahan mereka yang terbabit dalam jenayah,” tegasnya. - Reuters
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/41771#sthash.3JlMi3wg.dpuf

No comments:

Post a Comment