4 April 2016

Junta Thailand rampas lebih 6,000 mangkuk merah politik

DUNIA ISNIN, 4 APRIL 2016 @ 12:21 AM


 BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand merampas lebih 6,000 mangkuk merah memaparkan mesej daripada bekas Perdana Menteri disingkir Thaksin Shinawatra, menurut seorang anggota polis hari ini dalam cubaan baharu junta menyekat kebangkitan parti politik. Rampasan itu dilakukan susulan penahanan seorang wanita minggu lalu yang dilihat bergambar dengan mangkuk terbabit di media sosial. Wanita itu didakwa menghasut di mana kumpulan hak asasi menyifatkan perkembangan itu sebagai mengarut. Mangkuk plastik digunakan untuk menyiram air dalam upacara agama Buddha ketika sambutan tahun baharu Thailand, memaparkan nota ditandatangani Thaksin. Thaksin digulingkan dalam satu rampasan kuasa pada tahun 2006 dan kini hidup dalam buangan sementara kerajaan diterajui adik perempuannya, Yingluck digulingkan junta pada 2014. Mangkuk yang mempunyai tandatangan Thaksin berwarna merah itu kali pertama diagihkan dalam satu pameran kuil minggu lalu di wilayah utara, Chiang Mai dan bertulis: "Situasi mungkin panas, namun saudara saudari memperoleh kesejukan daripada air dalam bekas ini." Kelmarin, polis dan tentera merampas 5,800 mangkuk air itu daripada rumah seorang bekas ahli parlimen Parti Puea Thai pimpinan keluarga terbabit di wilayah utara Nan, menurut seorang pegawai polis tempatan. -AFP


 Mangkuk merah memaparkan mesej daripada bekas Perdana Menteri disingkir Thaksin Shinawatra yang dirampas pihak berkuasa Thailand.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/140214

No comments:

Post a Comment