4 February 2015

Udomdej: Bukan konspirasi kerajaan

Bangkok: Komander tentera Thai Udomdej Sitabutr semalam menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa letupan di pusat beil-belah Siam Paragon dibuat kerajaan untuk memanjangkan tempoh pemerintahan tentera.
“Kerajaan tidak mungkin melakukan perkara seperti itu.
“Kami jujur dalam melaksanakan tugas dan tidak mewujudkan keadaan yang membahayakan,” katanya.
Sementara itu, Udomdej turut menafikan cadangan bahawa kejadian itu usaha untuk mencabar kerajaan dan Majlis Keamanan dan Ketenteraman Awam Negara (NCPO).
Sebaliknya, dia menegaskan motif kejadian masih belum dikenal pasti, malah tidak menafikan kejadian itu sekadar perbuatan ‘gurauan nakal.’
Pihak tentera menamakan tiga pihak dipercayai mungkin bertanggungjawab atas kejadian itu, manakala polis ‘90 peratus’ pasti kejadian itu bermotifkan politik.
Menurut sumber, tiga kumpulan disyaki adalah mereka yang terkesan akibat usaha NCPO membanteras rasuah dan peras ugut; kumpulan politik yang tidak berpuas hati dengan kerajaan tentera; atau polis yang tidak berpuas hati apabila dipindahkan.
“Dalam kejadian seperti ini, NCPO akan memfokuskan kumpulan dengan haluan politik. Ramai juga tidak berpuas hati dengan tuduhan terhadap bekas perdana menteri Yingluck Shinawatra dan membuat kenyataan yang kini menjadikan mereka suspek,” kata sumber itu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Februari 2015 @ 5:48 AM


POLIS mengawal keadaan di luar pusat beli-belah di mana dua bom meletup, hujung minggu lalu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28367#sthash.YGkCsGuc.dpuf

No comments:

Post a Comment