20 December 2014

Banjir Narathiwat paling buruk dalam 9 tahun


19 Disember 2014

bendera thailand
Bendera Thailand



NARATHIWAT - THAILAND. Gabenor Wilayah Narathiwat, Natapong Sirichana mengisytihar kesemua 13 daerah di Narathiwat sebagai kawasan kecemasan bencana alam setelah mengalami banjir paling buruk dalam tempoh sembilan tahun.

Setakat ini tiga orang mati lemas manakala seorang anggota tentera hilang dipercayai dibawa arus deras.

Sebanyak 12 rumah musnah dan 115 sekolah ditutup serta lapan kawasan jalan raya dilanda tanah runtuh, kata Natapong ketika mengisytihar wilayah itu sebagai kawasan bencana alam.

Terdapat 335 kampung di 76 mukim di 13 daerah dalam wilayah Narathiwat. Natapong berkata jumlah penduduk yang terlibat dengan banjir ialah 115,853 orang  melibatkan 30,624 keluarga.

Seorang kanak-kanak lelaki, Sulaiman Yusuf, 14, dilapor mati lemas di Sungai Golok.

Dia yang tinggal di kawasan Jarenket, Pekan Sungai Golok dihanyut arus deras ketika bermain air bersama rakan-rakannya, menurut pihak berkuasa.  

Semalam seorang anggota tentera hilang dibawa arus ketika membantu penduduk di Sungai Golok dan mayatnya belum lagi ditemui. - Bernama

No comments:

Post a Comment